1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Isnin, 31 Januari 2011

25 Random Things About Me..

Thanks To Redha Sarhan


Assalamua'laikum. Oleh sebab telah ditag oleh Ajai, dengan rela hatinya chawi menyahut cabaran untuk membuat entry ni. 25 random things about me. Kenapa nak cerita? Sebab ini belog saya.hehe.. Takda la, boleh jugak korang kenal chawi dan blogger-blogger lain dialam fana cinta maya ni.hahaha..

Jangan la baca! Segan la..hahaha..

1. Lahir lepas orang habis tahyat akhir sembahyang jumaat. Diiktiraf sebagai baby paling cute masa tu. Jangan jeles.haha..

2. Pernah demam sebab kucing kena buang dengan abah. Rindu woo kat kucing tu.

3. Budak kampung, bukan budak bandar ataupon pinggir bandar.

4. Ada guli yang masih elok sampai sekarang. 1 tan tin besar. Masa kecik dulu hebat main guli. Mandi parit/ban pon feveret masa kecik jugak.

5. Boleh cakap bahasa banjar, perak, dan kedah dengan lancar lagi licin.

6. Selalu kantoi rokok rambut masa tengah belajar. Tak kira sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik atau pon politeknik. Maybe diorang semua jeles dengan rambut chawi yang lurus bendul lagi mulus.hehe..

7. Pernah dikatakan gila kuasa masa darjah 5 dengan 6. Sebabnya jadi ketua kelas, ketua boria, ketua pengakap, ketua nasyid, kapten team bola. Juga merupakan penyanyi untuk lagu sekolah rendah seberang perak. Selalu dapat undangan kalau ada cikgu-cikgu yang memerlukan khidmat nyanyian.hahaha..

8. Koleksi moto yang pernah chawi pakai Suzuki RC, Suzuki RG dan Yamaha Lagenda 110. Rempit adalah hobi utama masa form 1-form 3.

9. Suka menyanyi tak kira dalam rumah, dalam reban, dalam kelas mahu pon dalam bas.hahaha..

10. Suka kenakan orang tapi takda la lebih-lebih. Boleh mematahkan setiap kata-kata orang yang nak kenakan chawi.

11.  Suka berdebat pasal politik. Politik adalah bacaan utama chawi setiap hari.

12. Handphone ada 3, tapi guna 2 je. Sony dengan Samsung. No telefon 0175149852 (No ni dah digabungkan no Celcom dengan Maxis.hahaha..

13. Pernah bercinta masa form 5. Tapi tahan setahun jagung je. So, sampai sekarang tengah menikmati ketenangan hidup single mingle. Aweks-aweks yang nak masuk line dipersilakan ambil ujian dulu. Muahaha...

14. Suka lagu lama hindustan, lagu lagenda rock, lagu indon, dan lagu-lagu melayu yang baru.

15. Akan bawak moto selaju yang boleh kalau tengah tension.

16. Tau menjala, memukat, tahan taut, memancing, panjat pokok kelapa.

17. Tak pandai sangat berbahasa inggeris, tak pandai memasak, tapi boleh mengaji.

18. Ramai kawan perempuan kata chawi ni pemalu sangat. Malu ke?? Mana ada. Segan tu ada la..

19. Kat sekolah teknik belajar elektrik, belajar mekanikal kat poli, tapi keje bahagian financial advisor. Semua lari bidang woo..

20. Seorang paksu yang penyayang, tak percaya korang boleh tanya kepada lebih 20 orang anak buah chawi. Ramaikan?

21. Boleh selesaikan rubik 3x3 bawah 1 minit 30 saat. Rekod paling pantas 1 minit, 8 saat. Tak pantas mana pon..

22. Lebih dikenali dengan panggilan "Chawi" oleh membe-membe. Sebabnya saya tinggal di Kampung Bukit Chawi, Seberang Perak.

23. Mudah touching kalau orang buat chawi sedih. Mudah juga dipujuk.hehehe..

24. Laman web yang wajib dibukak masa online. Blogger, Facebook, Nuffnang, Malaysiakini, Berita Harian, Kosmo, Chelsea fc.

25. Suka memuji diri sendiri macam kat atas ni, tapi susah nak cerita kelemahan diri macam kat bawah ni. Jumpa tak? Mana ada, kan dah bagitau chawi susah nak bercerita.hahaha..

Ok, dah siap. Sekarang adalah masa untuk mengetag rakan-rakan.


Tak larat nak tag banyak-banyak. Cukup la kot.hehehe..

19 ulasan :

Unknown berkata... [Reply to comment]

haha.. tq3.. ang tag aku ni da buat aku tepikiaq na jawab ngarot2.. hahaha...

nanti insyaALLAH aku buat.. tq naa abg chawii..auwwww


hahaha

Wan Gerrard berkata... [Reply to comment]

orait bro..tau banyak pasal ko..thanks ^_^

chelsea fans ka :P

Jom: Kalau Gerrard jadi Boss

Najeera Yahya berkata... [Reply to comment]

hahaha ..nak tergelak nulia baca entri kali ni ... kena pula entri diri sendiri ..hehehe ..kelemahan x nampaklah...satu je kut ..pemalu ..^_^'''

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

Uih.. Chawi mat rempit. Hakhakhak.. Igt kan skema je. =p

cik ain berkata... [Reply to comment]

macam mana ek dialek banjar ,kedah dan perak.cik ain tak biasa dengar la
...

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@nub

orait bro, kalau hg buat cnfm depa suma nk baca punyalah..hahaa

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@Wan Gerrard

chelsea la bro..xkn west ham kot..hahaha

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@Nulia

ahaks~ biasa la tu, hidup kne ada sifat malu..huhu

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@Anitafasha

dulu je la, skg ni dah skema blk..haha

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@cik ain

nk tau cmne? meh jumpa chawi kita sembg..haha

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

hahhaa..daus pemalu yer..dr tadika memang ko mcm tuh..hehhee

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

haha paksu, i dah buat dah. u lambat sangat tag
ni link dia : http://fatynadia.blogspot.com/2010/11/25-random-fact-about-me.html

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@Anonymous

haa..tau pon..huhu

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@fatynadia

saja ja nk tag..hehe..xtau nk tag sapa dh..huhuhu

coKlaT ICe CreaM berkata... [Reply to comment]

tq tag cik ch@wi..
ch@wi cik ida nk undang ch@wi mnyanyi time knduri t bleh..??? hahhaha

coKlaT ICe CreaM berkata... [Reply to comment]

chelsea in my heart...!!! hahaha

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@coKlaT ICe CreaM

boleh2..kena sewa la..hahaha

sayaidaydotcom berkata... [Reply to comment]

suka menyanyi ker?nanti boleh buat video,,nak dengar jugakkk,,hehe

Admin berkata... [Reply to comment]

ch@wi, sorry ye baru je buat entry yang ch@wi tag missha ni. hehehe. btw thanks alot ye :)

25 Random Things About Me

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting