1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Selasa, 4 Januari 2011

Serius !! Aku Tak Suka Dengan Blog Ni !!

Benci!! Benci!! Beci!!!!!
Assalamua'laikum. Tak ngantuk lagi? Jom baca entry ni kejap. Seminit je. Ok, ceritanya macam ni, walaupon chawi ni masih lagi ditahap junior (yela, blog baru berusia 1 bulan 25 hari) dalam dunia blog tapi chawi nak tegur cikit la dengan blog-blog yang 'agak kreatif' cikit ni. Bukan apa, susah la nak baca apa yang korang tulis tu. Ni haa kriteria yang chawi tak suka.

1. Terlalu ringkas (aku = aq, nanti = nt, kenapa = np). Kalau bahasa mesej takpa la jugak.
2. Hujung perkataan ada 'ew', contoh sayew, kew, adew.. Tergeliat lidah i nak baca tau..Aww~
3. Tak da perenggan. Orang putih kata paragraph. Penat belajar masa kecik-kecik dulu buat perenggan, ni la masanya nak praktikkan apa yang kita dah belajar.

Ni pon satu hal jugak, banyak kali dah tegur ni. (sebenarnya ni baru kali kedua.hehe)

4. Blog yang terlalu berat nak loading. Blog chawi dah ringan ye, harap maklum.huhu..
5. Lagu yang auto play bila bukak blog dia (Ni chawi ambil nasihat dari blogger-blogger yang dah otai diorang kata lagu yang tengah play menyusahkan pembaca blog kita). Chawi kalau tengah berblogwalking, volume speaker mesti kena rendahkan. Takut kena serang sakit jantung tiba-tiba, bahaya woo..hohoho..

Walaupon korang lebih senang dengan cara macam tu tapi tak semua pembaca blog korang senang dengan apa yang korang sampaikan tu. Macam chawi jugak la, mesti ada orang yang tak setuju dengan pendapat chawi ni. "Ahh lantak la, ni blog aku, bukan blog engkau". Sowi..sowi.hehehe.. Sepanjang chawi berblog yang ni je la yang chawi jumpa, tak tau macam mana pulak lepas ni. Mungkin lebih banyak lagi cabaran dan dugaan. Tapi yang penting kita kena tau ada blog untuk bercerita kat orang lain, bukan untuk diri sendiri. Kalau nak buat untuk diri sendiri lebih baik buat kat note pad je. Tak payah guna internet, lagi senang. Come on la, semangat la cikit. Apa yang penting? Kerjasama..huhu

p/s: Sorry~ Tajuk kat atas tu saja ja chawi bikin panas. Takda kena mengena pon dengan mana-mana blog. Bukan la tak suka atau pon benci, tapi kurang berminat je.hehee.. Semua blog chawi suka. Ingat! Ni bukan kutukan tapi nasihat dari seorang insan yang lemah. ;)

Sorry....hehe 

51 ulasan :

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting