1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Selasa, 30 November 2010

Sape nak download filem 2 ALAM?

Assalamua'laikum. Haa.. Tak habis lagi ke nak cerita pasal cerita 2 Alam ni. Kesian kat Dr rozmey, Finas kata filem ni kutipannya baru je cecah 200 ribu lebih, jauh lagi ni nak sampai sasaran 40 juta. Pape pon chawi tetap respek dia sebab dia berjaya membina empayar bisnes dia dalam Malaysia ni. Bukan senang nak jadi usahawan yang berjaya macam dia tu. Cuma 1 je la, keyakinan dia meletakkan target tu macam tak masuk akal. Ni bukan filem Avatar ke, Haary Potter ke, kalau filem 2 Alam ada ciri-ciri filem yang tu tak payah nak sebut la. A eh, lari tajuk la pulak.huhu..


Tertanya-tanya jugak ni, boleh download dah ke cerita ni. Bia betul kome. Boleh je, tapi chawi pon tak tau macam mana.hehu.. So, sape-sape yang tau tu bagi la link dia ke.huhu.. Ase nye macam takde je. Bukan apa, nak tengok jugak filem yang dikatakan 'karya agung' ni, sampaikan kena kutuk 'kaw2' lagi tu. Nape tak pegi tengok kat wayang je? Chawi bukan la kaki wayang tapi kaki perempuan.hoho.. Tak minat la tengok cite kat wayang, men boling lagi bes.hehe.

So, any idea? Sowi la, lari dari tajuk cikit.huhu.

p/s: Jangan la kutuk lebih-lebih filem kita ni, sepatutnya kita kena sokong. Walaupon tak beberapa nak bes, bagi la pendapat yang membina, dan bukannya menghina.

Isnin, 29 November 2010

Sapa tau cakap Bahasa Perak, Kedah atau Banjar? Jom kongsi..

Assalamua'laikum. Haa..entry kali ni chawi nak para blogger memartabatkan bahasa ibunda masing-masing. Bukan apa, bahasa melambangkan bangsa. Betul kan3?? So, kali ni chawi nak kalian semua berkongsi ayat-ayat cinta yang mungkin syok untuk dikongsikan. Ok la, sebelum tu chawi nak cerita sikit sebab apa chawi memilih 3 bahasa ni je. Nape tak pilih bahasa kelate ko, nogori ko, sebabnya chawi hanya tau bercakap dalam 3 bahasa ni je termasuk la omputih (cikit-cikit je). Chawi berketurunan banjar tapi kat rumah ni bahasa ibundanya rasa dah semakin dilupakan oleh family dan sanak saudara chawi sendiri. Bahasa kedah dengan perak ni wujud dalam hidup chawi masa zaman kanak-kanak rebina la.huhu.. Orang Kampung Bukit Chawi ni boleh dikatakan 40% orang perak, 40% orang kedah, 20% orang banjar. Lebih kurang la.


Ok la, sebagai contoh kalian tulis la ape-ape ayat yang agak menarik yang boleh membuatkan orang tertanya-tanya macam ni, 'ape dia cakap tu? sepatah haram pon aku tak faham.'huhu...
Contohnya:-

Banjar: 'lako ako basurah banjar kinak ikam pulang kada paham.' Hah..sapa faham? hoho..

Peyrok: 'apah tak hey nye deme tu, roje apah tak buat. ngekek je manjang.' Tolong translate boleh? ngeh3~

Kedah: 'hang jangan dok buat kekwat, satgi aku rimbok tertemoih satgi kot.' Ayat marah ni, faham ke?hoho..


Haa..ape lagi, bagi la ayat-ayat jiwang kalian yang susah untuk difahami. Bagi pening kepala cikit malam-malam ni.huhu.

p/s: Bagi ayat bia la yang betul-betul nye ayat, jangan main taram je.ngeh3~ ;)

Sabtu, 27 November 2010

Walawei! Tak sampai sebulan join nuffnang dah dapat RM500!!

Assalamua'laikum. Hah! mesti kalian tak percaya ape yang aku nak bagitau ni. Betul la bro, pasal ape gua nak tipu lu.. Pergh..aku pon tak sangka sebenarnya, ye la blogger-blogger lain yang dah lama berkecimpung dengan nuffnang pon susah nak dapat angka tu. Tu la nama nya rezeki. Pepatah melayu ada kata 'tuah ayam nampak di KFC, tuah blogger sape yang tau?' Dapat duit ni boleh la buat enjoy pegi main boling, karoke, makan mewah-mewah untuk seminggu, jadi la.ngeh3~ Sape nak bagi 500 ringgit kat kita kalau bukan nuffnang. Betul tak? ke tak betul ni.

Tak caya lagi? Tengok la bukti kat bawah ni..

nuffnang check
Apsal name orang lain ni?
Haha..ngarut je, nak bawak keluar cek pon amek mase 3-4 minggu. Ada hati nak dapat rm500. Tapi aku cerita ni betul la, mana ada tipu. Semuanya gara-gara mimpi semalam, jangan mara ye nanti kena jual.haha.. Sowi la, tajuk tu nak bikin 'panas' cikit takkan tak boleh kot. Bro Ben Ashaari la yang ajar macam ni.huhu..

Nasihat: Jangan tipu orang, nanti orang akan tipu kita balik. Betul tak? :D 

Jumaat, 26 November 2010

Facebook ada kembar??

Assalamua'laikum. Agak terkezut chawi bila dapat tau yang facebook ada kembar, namenye millatfacebook. Mesti ramai yang tak tau lagi kan? Chawi pon baru je tau tadi. Katanya pengasas millatfacebook ni orang islam. Cuba baca artikel kat bawah ni.


Mark Zuckerberg Serang MillatFacebook

Masih ingatkan anda tentang artikel mengenai MillatFacebook di blog Oh Malaysia baru-baru ini? Rupa-rupanya impak MillatFacebook sangat besar sehinggakan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg tak senang duduk sekarang ni. MillatFacebook yang berubah wajah kini menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Jika Mark Zuckerberg mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk menyiapkan prototaip dan melancarkan Facebook, orang Pakistan hanya mengambil masa beberapa hari sebelum MillatFacebook dilancarkan secara global.
Dalam masa 11 hari, seramai 268,000 orang telah menyertai MillatFacebook berbanding hanya 3,000 orang yang menyertai Facebook pada bulan pertama dilancarkan. Pada 9 Jun 2010, ranking Alexa MillatFacebook melonjak ke tangga 21,488 untuk ranking global. Facebook pula mengambil masa selama 6 tahun untuk meraih populariti dunia.
Kesan MillatFacebook terhadap Facebook
Penggunaan Facebook meningkat sebanyak 10.24% untuk 3 bulan lepas. Selepas Facebook mempertahankan dan meneruskan “Everybody Draw Mohammed Day” dan pelancaran MillatFacebook, pengguna Facebook berkurang sebanyak 2.32% bulan lalu. Dengan peningkatan populariti MillatFacebook, pertumbuhan Facebook menurun sebanyak 0.5% dalam masa 7 hari lepas. Dijangkakan, Facebook akan kehilangan 10% pengguna atau sebanyak 40 juta orang daripada 400 juta pengguna Facebook.
Cubaan Facebook menggagalkan MillatFacebook
·         Serangan DDOS secara berterusan ke atas MillatFacebook (termasuk menggunakan IP Israel dan CIA).
·         Subversion Attacks ke atas MillatFacebook.
·         Ugutan peribadi terhadap pihak pengurusan MillatFacebook.
·         Berkomplot dengan Yahoo di mana Yahoo menghentikan penghantaran email-email yang berkaitan dengan MillatFacebook.
·         Yahoo Mail menyekat email MillatFacebook dan menyatakan “your website contain offensive content”.
MillatFacebook dalam usaha meningkatkan kelajuan pelayaran laman sosial itu dan akan berpindah ke server baru iaitu BoonEx:Dolphin, Russia. Sila kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan di Facebook dan Twitter supaya lebih ramai lagi yang beralih kepada MillatFacebook: laman sosial milik orang Islam

Tak sangka ye ada benda ni. Tapi bagus jugak untuk membantu mengeratkan hubungan orang islam seantero dunia. So, apa lagi? Daftar le sekarang.
p/s: Dah daftar nanti jangan lupa add chawi pulak..meuhehe.. klik sini..http://millatfacebook.com/chawei89/

Saya Suka Blog Awak laaa~~

SAYA SUKA BLOG AWAK LA
BEN ASHAARI

Assalamua'laikum. Makin best pulak melayan blog bro BA ni. Okeyh, sekarang chawi nak kalian sume join segmen yang dibuat oleh bro BA ni. Ade lagi ke segmen ni bro BA? sowi la lambat bertindak.huhu.. OK la, pada sape-sape yang tak tau ape kejadah nye benda ni pegi la follow bro chawi BA tu..muehehe.. Bendanye senang je, kalian letak dalam entry kalian lebih kurang macam ni la. Lepas tu letakkan list blog yang kalian suka lawat. Macam chawi, ni ha blog yang chawi selalu ngintai.huhu..

Tak perlu cerita la sape dia, rasenye sume dah kenal kot. Otai blogger yang sangat merendah diri..hehe

[irine2.jpg]
Si comel ni pon banyak memberi tips-tips yang bes untuk para blogger.muahaha..

  
Rakan sekelas yang banyak membantu chawi dalam menghasilkan blog chawi ni. Gud din!!

Ni pon membe chawi jugak. Ape yang bes nye kat blog die ni. Lu pikirlah sendiri!!..haha


Sape pulak die ni? haa..dia ni chawi tak kenal sangat pon dengan dia, jumpe pon tak pernah tapi da jadi membe dah. Tak caye tanya dia.huhu


Sowi la, chawi pinjam gambar-gambar korang ni letak kat blog chawi. Jangan risau chawi tak jampi apa-apa pon.huhu..chawi tau segmen ni dari blog Ben Ashaari la. Sume dia punya pasal.haha

p/s: Haa..ape lagi, bukak page diorang lepas tu follow. Kan senang.. :D

Blog Terbaik dan Ter'best'

Assalamua'laikum. Malam ni chawi nak berkongsi cikit dengan kalian tentang blog yang chawi selalu kunjungi. Tak tau la kenapa chawi selalu pegi kat blog ni, best sangat ke pon. Mase mula-mula melawat blog ni chawi tengok macam biasa je, takde pape pon yang menarik. Abis tu ape yang menariknyer? Bagi chawi la, setiap  coretan yang dia tulis tu menarik walaupon ada orang lain kata 'ape la, yang ni pon ko nak post'. Bia la kat diorang, da bagi chawi memang best nak buat macam mana.huhu.. Hah..tak mau cerita panjang bejela jom kita terjah blog diorang ni. Zasss~

1. Ben Ashaari



Seorang yang banyak membantu para blogger tak kira sama ada blogger baru atau lama. Walaupon entry nya dilihat seperti sembang-sembang kosong je tapi ada jugak terselit tips-tips yang best. Blogger yang bertuah akan dia perkenalkan dekat blog dia, so memang ramai la folower yang akan kalian dapat kalau dia letak link kalian. (chawi tertunggu-tunggu jugak bila dia nak letak link chawi ni.ngeh3~)

2. Irine Nadia Marcello

[irine2.jpg]

Seorang gadis yang comel.ehem-ehem (memang comel pon) huhu.. Banyak bagi tips-tips untuk para blogger meneruskan perjuangan sebagai seorang blogger. Merupakan adik kepada Aizul Marcello. Dua beradik memang berjaya dalam dunia blog.

Buat masa ni just ada dua blog je yang chawi rasa banyak bagi tips berguna untuk teruskan perjuangan dalam dunia blog. Maybe di lain hari nanti chawi bakal bertemu otai-otai blogger yang lain. So, apa lagi? Kalian follow la diorang, banyak tips-tips menarik. InsyaAllah, chawi doakan kalian dan chawi sendiri berjaya macam diorang jugak satu hari nanti.hehe..

p/s: Kalau ada apa-apa yang kalian rasa tak puas hati dengan blog chawi ni bagitau la. Chawi terima setiap teguran kalian. Ye la, blog baru berusia 2 minggu.huhu. :D

Rabu, 24 November 2010

Siapa Maher Zain?

Assalamua'laikum. Kali ni chawi nak bercerita tentang artis feveret chawi sekarang ni, Maher Zain. Sape dia Maher Zain ni? sebelum ni chawi hanya kenal dengan Ziana Zain, Anuar Zain dan Anwar Ibrahim je.huhu.. Untuk kalian yang belum kenal sape tu Maher Zain kalian boleh tengok gambar kat bawah ni..

Bukan Maher Zain, tapi tokoh politik yang chawi sanjungi.huhu 
Bukan Maher Zain tapi Anuar Zain. Rambut chawi da macam dia dah skg ni.hee~
Ni pon bukan Maher Zain. 
Ye!! Ni lah orang yang chawi maksudkan
4 orang diatas rasenye sume kalian kenal kot. Cume terselit seorang ahli politik dari 4 orang tu. Sape tau? Cube teka.hohoho.. Ok la, sekarang ni chawi bukan nak cerita pasal politik, tapi chawi nak cerita tentang macam mana chawi boleh kenal dengan Maher Zain ni. Sumenyer gara-gara video kat fan page Heliza Helmi. Dalam video tu dia (heliza) tengah nyanyi lagu For the Rest of My Life sambil membuat aksi muka yang comel.haha.. Dari situ la terdetik hati nak kenal sape dia mamat ni. Orang Ipoh ke.hohoho. Kat bawah ni chawi sediakan biodata dia untuk kalian lebih mengenali dia.

Biodata Tentang Maher Zain

  • Name: Maher Zain
  • Age: 29 years old
  • Nationality: Swedish (of Lebanese origin)
  • Education: BA in Aeronautical Engineering
  • Previous Job: Music Producer
  • Worked with in the past: RedOne: Akon, Lady Gaga, etc
  • Album Name: Thank You Allah
  • Number of Tracks: 13
  • Release Date: 1st of November 2009
  • Record Label: Awakening Records
Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.
Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.
Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “. Sumber Istimewanya Maher Zain

Seriously dalam ramai-ramai artis luar negara yang chawi kenal, dia la seorang artis yang betul-betul 'masyuk' dengan jiwa chawi. Semua lagu-lagu dia memang best of the best. It’s a simple song but if you really understand the lyric, you’ll know that Allah never abandon you in whatever situation you’re in or whatever you do. Ask for His forgiveness and never do the bad deed again. Cewah~huhu.. Chawi tak pandai speaking sangat, cikit-cikit tu boleh la. Tapi lirik-lirik lagu dia ni memang da hafal dah.hehehe.. Ok la, kat bawah ni chawi sediakan video chawi Maher Zain untuk kalian semua.




Diorang ni lah yang telah perkenalkan chawi dengan lagu kat atas ni. Credit to Fatin Nadia (lagu The Chosen One) dan Aizuddin (lagu InsyaAllah). Tepuk tangan untuk diorang.hoho. Sebabnye lagu ni dah jadi lagu feveret chawi sekarang.meuhehe..


 p/s: Kalau nak beli cd Maher Zain ni pastikan yang original, baru la ada keberkatan.hehe.. (chawi pon download kat 4shared je)

Selasa, 23 November 2010

DiSebalik Percutian

Assalamua'laikum. Hampir seminggu chawi tak menaip cerita kat blog chawi ni. Chawi pegi mane ye? Chawi ade je kat sini, cume 5 6 hari ni chawi sedang mencari ilham untuk memeriahkan blog chawi ni. Kalian sihat walafiat ke? Mestilah sihat.huhu. Ok la, chawi nak cerita kisah-kisah yang berlaku semasa chawi cuti di kampung halaman chawi iaitu Kampung Bukit Chawi. Kalian tau dekat mane? Mesti ramai yang tak tau kan? Kalian buat-buat tau dah la. Kalau nak tau jugak klik je kat sini, Kampung Bukit Chawi. Start cuti raya minggu lepas dari hari selasa (17.11.2010) sampai la kehari ahad (21.11.2010). Ingatkan cuti lame ni boleh rileks-rileks kat rumah. Tapi lagi letih ada la.

Hari Rabu: Yeay! raye~~ Tapi raya haji tahun ni agak bosan sebab adik beradik ramai tak dapat balik kampung, so keriuhan anak-anak sedara berkurang la. Tak seperti selalu. Bangun pagi pegi mandi, lepas tu buat tahlil dengan family and then terus pegi sembahyang raya. Balik je dari sembahyang raya lepak kat rumah sampai la ke malam. Rutin harian yang membosankan. Oh ya, raya kali ni gambar chawi takde. So tak dapat la kalian nak tengok.muehehe..

Anak sedara chawi
Jalan-jalan di kawasan sawah

Hari Khamis: Pagi-pagi lagi dah pergi ke Taiping melawat sanak saudara yang ada kat sana. Ade ape dengan taiping? Yang kalian tau kalau sebut je taiping mesti teringat kat zoo taiping kan?huhu.. Sebenarnya dulu bakal 'mrs chawi' ni berasal dari taiping la, tapi tu dulu je. Sekarang ni sume tu dah tinggal kenangan. Tetiba pulak teringat kat dia.ngeh3~ Balik dari taiping je ayah chawi dah azan maghrib dah. (anak pak bilal chawi ni)hehehe..

Welcome to the Taiping
Nak pegi zoo ni.huhu
Hari Jumaat: Ye! ni lah masenyer untuk berkorban. Bukan chawi yang korban, tapi lembu yang ada kat kampung ni dah bersedia untuk dikorbankan. Lewat cikit tahun ni, selalunya raya pertama dah nyembelih lembu. 3 ekor je lembu yang dikorbankan, tak seperti tahun-tahun lepas. Tapi ni kira ok la sebab gemok gedempol sumenyer. Fuh! memang letih tolong tumbangkan lembu ni, nasib baek la chawi ade. Dapat la jugak tangkap gambar untuk diorang ni. Chawi tolong tangkap gambar je.hohoho. Yang best nye sikap gotong-royong sekampung ni masih lagi menebal dikalangan penduduk kampung bukit chawi ni. Gud!!

Hehe..mana kau nak lari
Tumbang jugak akhirnya
Kadang-kadang rase takut jugak tengok darah ni
Sape nak kulit lembu? ade lagi kat sini
Hari Sabtu: Hari yang paling memenatkan. Sebabnya esok nak buat kenduri tahlil dan naik buaian untuk anak sedara chawi ni. Padahal tak penat mane pon, banyak tolong tengok je.huhu. Tak pe lah, janji ade jugak tolong. Hari ni pon ramai anak sedara balik kampung. Ramai sangat ke anak sedara chawi ni? Memang ramai pon, lebih kurang 25 orang rasenye. Ntah la, chawi pon tak ingat dah.haha.. Petangnye pegi car wash soh wash moto chawi ni. Da sebulan lebih tak cuci moto, cian dia.huhu..

Sebahagian dari anak sedara dan adik beradik chawi
kan senang kalau anta kat kedai je.hehe
Hari Ahad: Terasa macam pagi raya pulak. Yela, rumah dipenuhi dengan kanak-kanak rebina.huhu. Suasana macam ni selalunye pagi raya je boleh kumpul ramai-ramai. Pagi ni ade marhaban kat rumah chawi ni, so ramai la kawan-kawan mak bertandang kerumah. Tengah hari nye turn orang laki pulak, tapi just buat tahlil je. Tepat pukul 6.13 petang baru balik ke ipoh. Bawak moto pon tak laju, 80-90km/j je walaupon moto sangat laju.hohoho..
Lepas letih marhaban
Mase kenduri
Ni moto laju tu.huhu

So, ni la ringkasan mingguan chawi. Takde kena mengena dengan kalian pon, just nak cerita je kenapa tiba-tiba je chawi menyepi.hoho..

p/s: Kepada adik-adik yang nak praktikal, ni la contoh terbaek ringkasan mingguan yang kalian kena buat mase L.I nanti.huhuhu..

Ahad, 14 November 2010

Episod di Behrang 2020

Assalamua'laikum. Kalian sume sihat? Alhamdulillah. Ok, kali ni chawi nak bercerita tentang behrang 2020 dimana tempat ni adalah tempat 'persinggahan' chawi untuk mendapatkan segulung Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Kenapa mesti nak bercerita? Saje je nak promote behrang 2020 supaya kalian sume kenal dengan lebih lanjut tempat menarik ni. Ye! memang menarik sebab ramai gadis2 poli yang menetap disini.hoho. Kenapa chawi kata menarik? Sebab disini lah segala kenangan pahit dan manis chawi terukir di tempat ni.

Inilah lambang kemegahan Behrang 2020
Chawi mula menetap di Behrang semenjak dari semester dua lagi. Disini lah bermulanye episod seorang pelajar yang akan berdikari untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar yang berwawasan.huhu. Semester dua, memang susah nak belajar mase ni. Yela, orang baru nak kenal behrang kan? Macam2 aktiviti yang kami buat sampaikan pelajaran tu kadang kala diabaikan. Sebab tu la chawi nye pointer down terus. Tak dapat la meneruskan kesinambungan AKJ mase semester satu.hoho. Tapi takpe la, dah tak dapat nak buat macam mane kan? Mase semester 2 ade dua kisah menarik yang berlaku kat behrang ni. Nak tau ape dia? Nanti chawi cerita cikit. Cikit je, tak banyak pon. Sebelum tu jom kita tengok2 cikit gambar chawi and the geng kat behrang mase semester dua ni..


Bacaan yassin dirumah sewa
ZzzzZZ..

Ok, kisah menarik yang chawi nak cerita ni memang panjang jalan ceritanya, tapi bagi ringkas2 je la ye. Kalian bukannye rajin sangat membace blog chawi ni.muehehe. Kisah yang pertama adalah pergaduhan antara pelajar DKM 2 (kamilah tu) dengan segelintir mamat2 yang memang menetap di Behrang. Sumenye gara2 sebuah handphone. Dan kisah yang kedua adalah pergaduhan antara pelajar DKM 2 (kami jugak tu) dengan akak semester 6 yang tinggal didepan rumah sewa kitorang. Pertengkaran berlaku disebabkan kami dituduh mencuri @#$%^&* diorang punye. Ish3, kitorang ni baek la kak. Mane ade pencuri antara kami ni. cara penyelesaian kes ni dengan cara campur tangan polis. Baru la setel. Lega rasenyer.. 

bahagian dalam rumah chawi
Ni la lorong 3/11
Semester tiga kisah nyer hampir sama seperti semester dua. Kalau nak cerita kat sini nanti kalian bosan pulak.huhu. Beza nye mase semester tiga ni chawi agak aktif dalam mengulangkaji pelajaran. Alhamdulillah, dapat lagi AKJ semester tiga ni. Selain tu chawi aktif menjual topup. Ye! chawi seorang penjual topup. So, banyak jugak no telefon gadis2 kat behrang ni cawi dapat.ngeh3. Sila jangan bersikap jeles ok.haha. Disebabkan chawi jugak la hampir separuh budak kelas chawi jadi agen jual topup. Ramaikan? Setiap pendaftaran ahli baru chawi dapat la bonus.hohoho. Dah la. Semester empat praktikal di Perodua, episod akan datang chawi cerita kehidupan di Perodua pulak ok.

Skip terus ke semester lima. Rumah baru, kehidupan baru, episod baru. Sila lihat gambar dibawah..

Ni la hasil rambut mase praktikal.
Kanak-kanak DKM 5
Sekolah baru buat
Hampir sume pelajar DKM 5 join program ni

Sekitar rumah 
Ni la motosikal kami

Ok, cukup untuk kisah semester lima. Semester enam pulak. Lagi2 rumah baru. Pindah lagi? Ye! sebabnya rumah sebelum ni susah nak dapat wifi, so susah la kitorang nak online selalu.hehe. Lagi 1 setiap malam anjing sebelah rumah kitorang ni menyalak, ngade2 anjing tu. Baling dengan batu karang baru tau.huhu. Nak cerita jugak ke? Kalian tengok gambar je la ye. 







Ape yang menariknyer Behrang ni? Takde pape pon. Memang la tak menarik, da ni kawasan perumahan bukannye shopping complex.hohoho. Kat bawah chawi sediakan gambar sekitar Bandar Behrang 2020 dan juga aktiviti chawi and the geng semasa berada disini. Sumenye untuk tatapan umum.

   

Nak lagi ke? Cukup la ye, tengok banyak2 karang muntah pulak kalian.huhu.. Ok la, laen episod kite jumpe lagi.


p/s: Sesiapa yang belum merasa tinggal kat sini, chawi syorkan la (khas untuk pelajar PSAS je) tinggal kat sini. Memang best!!




Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting