1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Ahad, 14 November 2010

Episod di Behrang 2020

Assalamua'laikum. Kalian sume sihat? Alhamdulillah. Ok, kali ni chawi nak bercerita tentang behrang 2020 dimana tempat ni adalah tempat 'persinggahan' chawi untuk mendapatkan segulung Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Kenapa mesti nak bercerita? Saje je nak promote behrang 2020 supaya kalian sume kenal dengan lebih lanjut tempat menarik ni. Ye! memang menarik sebab ramai gadis2 poli yang menetap disini.hoho. Kenapa chawi kata menarik? Sebab disini lah segala kenangan pahit dan manis chawi terukir di tempat ni.

Inilah lambang kemegahan Behrang 2020
Chawi mula menetap di Behrang semenjak dari semester dua lagi. Disini lah bermulanye episod seorang pelajar yang akan berdikari untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar yang berwawasan.huhu. Semester dua, memang susah nak belajar mase ni. Yela, orang baru nak kenal behrang kan? Macam2 aktiviti yang kami buat sampaikan pelajaran tu kadang kala diabaikan. Sebab tu la chawi nye pointer down terus. Tak dapat la meneruskan kesinambungan AKJ mase semester satu.hoho. Tapi takpe la, dah tak dapat nak buat macam mane kan? Mase semester 2 ade dua kisah menarik yang berlaku kat behrang ni. Nak tau ape dia? Nanti chawi cerita cikit. Cikit je, tak banyak pon. Sebelum tu jom kita tengok2 cikit gambar chawi and the geng kat behrang mase semester dua ni..


Bacaan yassin dirumah sewa
ZzzzZZ..

Ok, kisah menarik yang chawi nak cerita ni memang panjang jalan ceritanya, tapi bagi ringkas2 je la ye. Kalian bukannye rajin sangat membace blog chawi ni.muehehe. Kisah yang pertama adalah pergaduhan antara pelajar DKM 2 (kamilah tu) dengan segelintir mamat2 yang memang menetap di Behrang. Sumenye gara2 sebuah handphone. Dan kisah yang kedua adalah pergaduhan antara pelajar DKM 2 (kami jugak tu) dengan akak semester 6 yang tinggal didepan rumah sewa kitorang. Pertengkaran berlaku disebabkan kami dituduh mencuri @#$%^&* diorang punye. Ish3, kitorang ni baek la kak. Mane ade pencuri antara kami ni. cara penyelesaian kes ni dengan cara campur tangan polis. Baru la setel. Lega rasenyer.. 

bahagian dalam rumah chawi
Ni la lorong 3/11
Semester tiga kisah nyer hampir sama seperti semester dua. Kalau nak cerita kat sini nanti kalian bosan pulak.huhu. Beza nye mase semester tiga ni chawi agak aktif dalam mengulangkaji pelajaran. Alhamdulillah, dapat lagi AKJ semester tiga ni. Selain tu chawi aktif menjual topup. Ye! chawi seorang penjual topup. So, banyak jugak no telefon gadis2 kat behrang ni cawi dapat.ngeh3. Sila jangan bersikap jeles ok.haha. Disebabkan chawi jugak la hampir separuh budak kelas chawi jadi agen jual topup. Ramaikan? Setiap pendaftaran ahli baru chawi dapat la bonus.hohoho. Dah la. Semester empat praktikal di Perodua, episod akan datang chawi cerita kehidupan di Perodua pulak ok.

Skip terus ke semester lima. Rumah baru, kehidupan baru, episod baru. Sila lihat gambar dibawah..

Ni la hasil rambut mase praktikal.
Kanak-kanak DKM 5
Sekolah baru buat
Hampir sume pelajar DKM 5 join program ni

Sekitar rumah 
Ni la motosikal kami

Ok, cukup untuk kisah semester lima. Semester enam pulak. Lagi2 rumah baru. Pindah lagi? Ye! sebabnya rumah sebelum ni susah nak dapat wifi, so susah la kitorang nak online selalu.hehe. Lagi 1 setiap malam anjing sebelah rumah kitorang ni menyalak, ngade2 anjing tu. Baling dengan batu karang baru tau.huhu. Nak cerita jugak ke? Kalian tengok gambar je la ye. 







Ape yang menariknyer Behrang ni? Takde pape pon. Memang la tak menarik, da ni kawasan perumahan bukannye shopping complex.hohoho. Kat bawah chawi sediakan gambar sekitar Bandar Behrang 2020 dan juga aktiviti chawi and the geng semasa berada disini. Sumenye untuk tatapan umum.

   

Nak lagi ke? Cukup la ye, tengok banyak2 karang muntah pulak kalian.huhu.. Ok la, laen episod kite jumpe lagi.


p/s: Sesiapa yang belum merasa tinggal kat sini, chawi syorkan la (khas untuk pelajar PSAS je) tinggal kat sini. Memang best!!




20 ulasan :

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting