1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Khamis, 30 Disember 2010

Semuanya Sebab Ko Khairul Fahmi Che Mat !!

semua sebab ko!!

Assalamua'laikum. Semua gara-gara dia, sebab tu chawi nye blog menjadi fenomena jugak. Tak pernah-pernah terima kunjungan kat blog lebih dari 1700 pelawat dalam satu hari. Serius ni! Tak Pernah! Yela, usia blog tak sampai pon dua bulan. Selalunya purata orang datang ke blog chawi ni antara 150-300 pelawat je sehari. Tapi hari ni, pergh! memang betul la semua sebab dia. Thanks Apex !! ;)

paling kurang pelawat mase 11.12.2010 (40 pelawat)

Ye!! Hari ni!!
Waktu kemuncaknya masa pukul 2 sampai pukul 4 petang tadi la. Dalam 1 masa sampai 100 orang view chawi nye blog. Bangganye~ ngeh3~ ;)

kan dah cakap, tak caya lagi?

So, kesimpulannya kalau nak buat entry tu kena la bersesuaian dengan isu-isu semasa, baru la ramai yang datang ke blog korang tu. Tambah-tambah lagi kalau korang ade iklan Mr Nuff. Faham-faham je la.huhuhu.. Macam entry ni, sesuai dengan cerita yang tengah hangat sekarang ni. fenomena khairul fahmi che mat. Kalau dah buat entry post la dekat tempat-tempat yang sesuai dengan cerita tu. Chawi post entry tu dekat SINI, sebab tu la semua datang ke blog chawi ni. 

p/s: Lepas ni kena rajin lagi buat entry la, baru la boleh cepat maju.huhuhu.. ;)




Fenomena Khairul Fahmi Che Mat !!

Klik untuk bukak page beliau

Assalamua'laikum. Fuh!! Tak sangka dalam ramai-ramai pemain bola sepak Malaysia dia paling top sekarang ni. Memang jadi fenomena dah ni. Sebut je nama Khairul Fahmi semua orang kenal. Mana taknye, tengok la kat fan page fb dia. sekejap je da lebih 100 ribu orang like. Kalau sebelum game semalam hanya ada 50 ribu je. Tengok kat bawah ni.


selepas lima minit.....



Jom ramai-ramai klik fan page dia, ucapkan tahniah korang pada dia. Cayalah. Tu belum lagi fenomena dekat twitter. Tadi baca kat berita harian nama Khairul Fahmi ke-5 tertinggi di rangkaian Twitter. Bukan ranking Malaysia, tapi diDUNIA!! Dasyat la. Nak tau jom baca kat sini.. DISINI.

p/s: Hope lepas ni skuad harimau malaya terus maju dan jadi skuad terbaik didunia. InsyaAllah... ;)

Blog BEN Ashaari vs Blog Elia ?? Siapa Elia ni ??


Ape yang berlaku ni?

Assalamua'laikum. Saja nak buat entry ditengah malam buta. Sementara mata belum terlelap, buat la satu entry ni. Tajuk atas tu ada kaitan dengan kemenangan Malaysia sebentar tadi dengan jumlah follower blog. Firstly, chawi nak ucapkan tahniah buat team Malaysia yang menang Piala AFF. Menangis chawi dibuatnya.hahaha..

Saya bangga jadi anak Malaysia !!

Ok la, kita kembali kepada tajuk asal. Siapa Elia ni? Kenapa chawi nak buat entry ni untuk dia? Sebab tu la chawi cakap ada kaitan dengan Piala AFF tadi. Sapa tak kenal penjaga gol Malaysia, Khairul fahmi @ Apex. 'Gua memang respek lu la bro, lu memang hebat'.huhuhu.. Cik Elia atau Aimie Harmelia ni adalah aweks kepada Khairul Fahmi, tak caya jom kita tengok gambar kat bawah ni..

Khairul Fahmi
Tu la aweks beliau.

Tengok blog dia secara tiba-tiba folower Cik Elia bertambah secara mendadak. Tak caya lagi kita tengok gambar kat bawah ni pulak. 

Gambar semalam dari sebuah blog. 930 follower. 
Gambar sekarang. 1770 follower.
Tengok tu, sehari dia boleh dapat hampir 1000 follower. kalah blog Bro BEN.huhuhu.. Dasyat kan?? So, kepada gadis-gadis kat luar sana nak cepat dapat follower korang cari la pakwe-pakwe pemain bola yang femes macam chawi Safee Sali ke, Amri yahya ke, Amirulhadi ke. (chawi pon pemain bola jugak, tapi bukan wakil Malaysia, wakil keluarga je) hahaha.. Dah la, Asyik mengarut je..huhuhu

Nak tengok blog Cik Elia? Jom klik SINI.. Jom ramai-ramai terjah blog dia.haha..

p/s: Chawi pon nak cari aweks-aweks pemain bola sepak wanita Malaysia jugak la. Boleh dapat ramai follower nanti.hahaha... ;)


Rabu, 29 Disember 2010

Jangan Biarkan Blog Anda Bersawang !!

jangan sampai jadi macam ni!!
Assalamua'laikum. Dah baca tajuk kat atas? Chawi tengok ramai yang jarang update blog dia. Update la walaupon dengan sepatah perkataan entry korang tu. Macam entry ni, chawi dah tak tau nak cerita pe chawi buat la entry ni. Senang kan?? hahaha.. Tengok..idea nak buat entry lain dah tak da, nak cerita pasal bola semua dah cerita dah. So, akhirnya entry yang kosong ni je la chawi dapat buat.hohoho...

p/s: Ambil nasihat ni, jangan biarkan blog anda takda entry terbaru. Baru la boleh berjaya! Kan3??

Selasa, 28 Disember 2010

Sengal Zone : Mega Project 2011




Assalamua'laikum. Wah3~ Sengal Zone ni dah makin menarik tiap kali chawi bukak page beliau. Ok, kali ni chawi nak join segmen dari Sengal Zone pulak. Selalunye join segmen dari blog BEN je.huhu.. Segmen kali ni memang menarik, senang, dan juga senang dan menarik.hahaha.. Nak tau lebih lanjut klik SINI ye, lepas tu baca sendiri ape yang dia cuba tonjolkan.huhuu..

Ok, gambar yang chawi pilih ialah....jeng3~

gambar baru.huhu
Ni adalah soalan yang wajib dijawab. Saya nak tersenarai kerana.. saya suka join segmen-segmen yang dianjurkan oleh para blogger. Selain dapat mengeratkan silaturrahim antara blogger, segmen Mega project 2011 ni boleh dijadikan kenangan manis untuk blogger baru seperti saya.hehee~

Haa..tu je, takda la susah mana segmen ni. Jom la join kalau sudi. 20 orang blogger je yang terpilih akan dijadikan wallpaper untuk segmen ni.

p/s: Hope gambar ni terpilih la untuk segmen ni..huhuu

Isnin, 27 Disember 2010

Bola Lagi !! Video Best !! Go Chelsea ! Go !!!

mampukah Ar'sengal' kalahkan Chelsea? 
Assalamua'laikum. Kalau semalam game Malaysia dengan Indon, awal pagi esok Chelsea dengan Arsenal pulak. Game best ni. Wajib tengok! Macam la korang tak tau chawi sokong ape, Chelsea la.huhu.. Please la, jangan la buat hal dah kali ni. Dalam 5 game EPL yang lepas Chelsea tak pernah menang pon. Sekadar 2 seri 3 kalah. Ape kes ni bro??  

Tapi yang lepas-lepas tu boleh dimaafkan la, Lampard, Essien, dengan John Terry takda. Kali ni sume dah cargas-cargas dah. So, takde alasan la nak kalah lagi.huhu..

Lampard
John Terry
John Terry
Dalam banyak-banyak game chelsea yang chawi pernah tengok game kat bawah ni la yang paling menyentuh hati dan sanubari chawi.hohoho.. EPL 2009/2010. Ni la game terakhir Chelsea musim lepas. Tengok sendiri la ye kat bawah ni.

Haa..dah puas tengok? agak-agak nanti boleh dapat 8-0 lagi tak?hahaha..

p/s: Chawi nak tido awal, nanti jangan lupa kejut chawi pulak..huhuhu...

Highlight Piala AFF. Menangis Tengok Bola... ;(

Assalamua'laikum. Huhuhu.. Tak dapat nak dibayangkan perasaan malam semalam. Terharu yang amat sangat. Suara yang merdu ni tiba-tiba je hilang akibat jeritan gol demi gol yang Malaysia sumbat.huhu.. Tak nak cerita panjang-panjang, jom kita tengok balik gol-gol yang membuatkan chawi menangis dalam hati.hohoho..


Ni la akibatnya kalau dah taksub dengan bola. Tapi takpa, demi menyokong negara yang tercinta ni, chawi sanggup buat apa saja.huhu.. Harapan? Mestilah nak tengok Malaysia menang Piala AFF ni. Saya bangga jadi anak Malaysia!!

p/s: Lepas ni kita ramai-ramai pegi stadium kat Indonesia sokong Malaysia kat sana. Amacam? Ada Bran??huhu..


Ahad, 26 Disember 2010

500 BLOG !!

[banner-ben-3[5].jpg]



Assalamua'laikum. Segmen yang seterusnya dari En BEN kita ni. Kalau sebelum ni 200 blog je. Sekarang nah amek kau! 500 blog pulak. Mencanak nak mencari harta karun sampai 500 blog.hohoho.. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi SINI.

Serba sedikit tentang diri saya : Nama Sebenar Mohd Firdaus Bin Ishak, tapi orang panggil chawi. Sebabnya saya tinggal di Kampung Bukit Chawi.huhu. Berumur 21 tahun (muda lagi), belum lagi berpunya kawin, dan masih bujang. Mula gila berblog masa bulan 11.huhu..

Tujuan buat blog: Tujuan utama adalah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang dunia blog. Kalau sebelum ni 0% pengetahuan tentang blog, tapi sekarang ni boleh la dikatakan dah tau 10% tentang blog ni. Selain tu, chawi nak jadi blogger yang terhebat macam En BEN jgk.huhu.. Nak cari ramai kenalan yang pandai berblog sebab kalau kat fb je macam tak beberapa nak menarik sebab dari blog kita boleh tau karakter seseorang tu macam mane.

p/s: Jom ramai-ramai join segmen ni. Memang best!!

Please. Tolong La Ringankan Blog Korang!!



Assalamua'laikum. Tadi bosan-bosan pegi la blogwalking kejap. Lepas tu bukak la satu page ni. Lembap gila nak bukak page dia, walaupon kelajuan internet kat rumah ni dah empat kali ganda (tak caye tengok bawah.hoho) tapi masih lembap lagi bukak page tu. Last-last close je. Senang cite. Bukan ape, tension pon ada kalau jadi macam tu. Korang pon tak suka, betul tak?  Tambah-tambah lagi kalau guna broadband, sejam menunggu page tu nak habis loading.

klik gambar untuk buat speed test internet

Yang buat berat blog korang tu maybe sebab korang banyak sangat letak widget-widget yang tak berapa nak perlu sebenarnya. So buang je la, buat berat blog je. Sebelum ni chawi dah post entry untuk test kelajuan blog korang kan. Ni ha entry nye, korang boleh test kelajuan blog korang. Blog Speedtest. Sebelum ni chawi nye blog bersaiz 119.76 kb, tapi sekarang 88.32 kb je. Ringan la tu sebab bawah 100 kb. Kan3?? 


Lagi satu cara nak ringankan blog adalah dengan menggunakan jQuery Lazy Load. Chawi jumpa cara ni dekat blog maribinablog. So, chawi pinjam entry dia untuk chawi kongsi dengan korang semua cara nak ringankan blog. 

Lazy Loader adalah plugin jQuery di mana efek lazy load akan menangguhkan proses loading bagi image yang terdapat pada blog. Efek Lazy load hanya akan berfungsi apabila page di scroll. Image selepas page yang di scroll akan terpapar dengan menggunakan efek jQuery Lazy Load. Untuk melihat Demo, sila klik di siniLazy Load membantu meringankan blog dengan mengurangkan tempoh masa proses loading page pada sesebuah blog terutama pada blog yang banyak memaparkan image gambar ataupun image yang bersaiz besar. 

Langkah 1

Login Blogger Dashboard --> Design --> Add A Gadget --> HTML/Javascript.

Copy dan paste kod di bawah pada content HTML/Javascript.

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js"></script>
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDDqv8tM4nHo6BURSKjggMnl0-L-EckWfxORpvyGXYLuYDZyH-k9mz9NIZlu4esj3aNPXgR9iS2L77u9z-pl8QjhecXiWiaLq4_X8KbH90K64jQZUlCAzRzEzk44C0rTZgP7sf74QGyg0/s1600/grey.gif"
});
});
</script>

Akhir, sekali, klik Save.


p/s:

1. Jika tiada sebarang efek berlaku selepas kod di Save, sila paste kod tersebut sebelum atau di atas kod </body> pada script template.

2. Jika tiada seberang perubahan selepas kod di paste di atas atau sebelum kod </body>, sila paste kod tersebut sebelum atau di atas kod </head>

Haa..macam mane? Senang kan? Apa tunggu lagi, buat la cepat.

p/s: chawi suka bukak blog yang ringan-ringan saja.hehehe..




Sabtu, 25 Disember 2010

Terima Kasih Entry Khas...


Assalamua'laikum. Terima kasih pada semua yang menyokong blog chawi yang tak seberapa ni. Penulisan yang ntah pape la, tapi korang tetap jugak baca. Terima kasih. Takpa, kalau korang semua tak suka dengan cara chawi berblog ni korang boleh kritik, boleh tegur, boleh bagi nasihat, boleh bimbing chawi ke jalan yang benar.

Ehem-ehem!! Sori, merepek sekejap.hoho.. Entry kali ni khas untuk orang-orang yang pernah buat entry khas untuk blog chawi ni. Nak tau sape? Jeng3~~




Baru je berapa hari buat blog dah ada orang tolong promote blog chawi yang tak seberapa ni. Entry 345. Jum Terjah telah membuatkan chawi terharu sambil menangis sebab ada orang bagi penghargaan.huhuhu.. Sebab pe dia buat entry ni khas untuk chawi? Sebabnya chawi folower dia yang ke 345. Best kan nombor tu. Tapi sekarang ni folower die dah cecah 526 dah (setakat entry ni la). Terima kasih tuan Puteri Iqa Izyan. 


Citrine :D

Blog kedua ni baru je semalam dia buat entry ni untuk chawi. Rasa dihargai lepas jadi folower die yang ke 100. Blog yang bertemakan orang jepun ke korea ntah (sowi, chawi tak kenal aweks2 tu.haha), memang ceria tengok blog ni.huhu.. Entry yang bertajuk "biarpun lapar tapi tetap tersenyum" telah membuatkan chawi femes seketika di blog dia. Buktinya traffik dari blog dia tiba-tiba je sesak ke blog chawi.haha..

Ramai yang buat entry macam ni sebagai tanda penghargaan, so chawi pon nak buat jugak khas untuk menghargai diorang. Bukan la bermakna chawi tak menghargai yang lain-lain, tapi kalau nak list kan korang nye blog smpai hujung tahun ni entry ni tak habis nak baca.huhu.. Ok la, sekali lagi. Terima kasih Cik Puteri Iqa Izyan dan jugak Nooraisyah Suharani..mmmuuaahaha.. Ai! lebih-lebih pulak.hahaha..

p/s: Sapa yang rajin buat entry khas untuk chawi lagi? Ada ke? Kalau ada chawi buat untuk dia jugak.huhuhu.. ;)

"Screen Saver Untuk Blog"

Jimat tenaga website anda

Assalamua'laikum. Jom ramai-ramai join kempen jimat tenaga ni. Nama kempen ni Green Website. Bagus untuk kesihatan.huhuhu.. At least kita ada inisiatif untuk menjaga alam sekitar sambil berbloging. Betul tak?

Cara nak join? Sonang ajo. Just copy paste je kod kat bawah ni kat sidebar korang. Lepas tu korang akan lihat screen page blog korang akan jadi macam kat bawah ni kalau takda buat apa-apa. Lebih kurang macam screen saver la.

[Jimat Tenaga[4].png]

Ni ha kod nye. Copy paste je.

<script language="javascript" type="text/javascript" src="http://www.onlineleaf.com/savetheenvironment.js"></script>

Haa..senangkan? Ape lagi, sebarkan la pada membe-membe yang lain.

p/s: Jangan membazir!! ;)

Jom Pulun Indonesia !!

Mampukah 'Unyil' mengalahkan 'Upin Ipin' ?

Assalamua'laikum dan selamat pagi. Pagi lagi ke sekarang ni? Kat Ipoh ni masih lagi pagi, sebab matahari tak muncul-muncul lagi.huhu.. Tajuk kat atas tu berkaitan dengan Piala AFF Sizuka Suzuki Malaysia vs Indonesia. Ok la, dah baca surat kaba hari ni? Tajuk tak boleh blah. Serius chawi cakap chawi tak suka betul la dengan kata-kata yang terlalu yakin sampai merendahkan-rendahkan kemampuan pihak lawan. Usah la lebih-lebih sangat kalau nak bagi akhbar tu laku.

pix_gal0

Tengok la hari tu, mase Malaysia kalah 5-1 dengan Indon. Mana dia kata-kata nak 'bedil indonesia', tengok kita yang kena. Kan dah malu. Orang indon yang ada kat sini gelak-gelak je baca surat kaba tu lepas diorang menang besar. Bagaikan tak serik-serik lagi, baca la petikan dari surat kaba (hari ni) kat bawah ni:


Indonesia mahu membuktikan bahawa mereka bukan jaguh kampung.
Bagi Malaysia pula, kejayaan melangkah ke perlawanan akhir sudah boleh dianggap cemerlang.
Skuad yang dibarisi pemain muda dan cetek pengalaman ini tidak mahu terlalu yakin dan mereka akan turun seperti biasa, seperti mana yang telah mereka pamerkan ketika menumbangkan juara bertahan, Vietnam minggu lalu. Jika prestasi tersebut terus dipertahankan, di mana sekali pun skuad bimbingan K. Rajagobal ini beraksi, lawan pasti menggigit jari. Indonesia harus bersedia untuk menerima padah di Bukit Jalil malam esok dan ia akan berulang di Gelora Bung Karno Rabu depan, seperti mana yang dialami Vietnam di Hanoi minggu lepas.

Tengok?? Dah berapa hari dah macam ni, asyik nak kutuk lebih-lebih je. Sepatutnya kita kena bagi semangat kat pemain Malaysia, bukan memperlekehkan Indonesia. Tapi takpa la, dah memang macam tu cara penulisan diorang. Yang penting sekarang ni kita kena bagi sokongan penuh kat Malaysia untuk malam esok. Jangan lupa diiringi dengan doa, InsyaAllah Malaysia boleh menang. Malaysia Boleh!!!
p/s: Pastikan malam esok korang bagi sokongan padu kat Indonesia Malaysia.huhu..


Jumaat, 24 Disember 2010

CONTEST AKU DAN KACAMATA



Assalamua'laikum. Buat julung kalinya chawi nak join contest yang dianjurkan oleh Mohd Syafiq. Tajuk contest nye korang boleh baca kat atas la ye. Nak tau lebih lanjut jom kita tengok contest dia kat SINI. Senang je nak join, cam ni ha...

1. First, jadi folower beliau dengan hati yang eklas lagi suci. (ni chawi yang pandai-pandai tambah.huhuu)
2. Kedua letak gambar korang yang cantek-cantek dan hensem-hensem macam chawi bersama kacamata korang macam kat bawah ni. Kat bawah ni chawi letak dua gambar. (Syafiq kata x kesah, spek kalo tak hitam sangat pon takpa)

Taruhan Pertama

Taruhan Kedua

Lepas je letak gambar tu, tag 2 orang kawan. Ok, kat bawah ni chawi nak tag : (jeng3~~)


Dah siap sume tu letak banner die kat blog korang. And then bagitau dia korang dah join contest ni. Itu je. Senang kan?? 

p/s: Haa..pe lagi, pegi la join. Hadiah menarik wooo..huhuhu




200 Blog Dalam Entry Ben Ashaari !!

Assalamua'laikum. Tadi tengok kat 'stats' kat atas tu, lepas tu tetiba je rasa hairan. 'Apsal tiba-tiba ramai orang datang blog aku ni?' cek punya cek baru la perasan, blog chawi ni tersenarai dalam segmen 200 blog. Patut la pon.huhuhu.. Tak caye jom tengok gambar kat bawah ni..

Tengok?? Kan dah cakap..
Sumenye gara-gara segmen 200 blog tu la. Jom tengok senarai blog-blog yang terpilih kat cini. Boleh blogwalking cari awek terus.huhuhu.. Jom kita ke sini. 200 Blog. Segmen ni Mr Bean BEN suruh kita mencari harta karun. Ada 5 soalan, korang yang nak join boleh tengok contoh soalannye kat blog beliau. Nak tau lebih lanjut jom terjah sini pulak. Sini Pulak.

p/s: Korang kalau rajin letak la link chawi ni ye. Boleh tambah traffik lagi..huhuhu

200 Blog !




Assalamua'laikum. Chawi nak join segmen terbaru Mr Bean En BEN kita ni. Sangat senang kalau nak join. Nak tau macam mane? Just klik di SINI. Haa.senang kan? Itu saja, sekian terima kasih.

p/s: Join, jangan tak join.

Khamis, 23 Disember 2010

Kereta Baru Polis !!

Assalamua'laikum. Hah.. Berita tergempar untuk hari ni. Rasanya ramai yang dah tau kot. Dah tengok gambar kereta baru polis? Semat wo0.. Jom tengok bawah ni..











Amacam? Hensem Lawa tak?? Kalau dulu EvoX, sekarang Naza Forte. Pape pon, hope lepas ni PDRM akan dapat jalankan tugas dengan lebih baik la. Pakai kereta baru, mesti la kena ada semangat baru. Betul tak?

p/s: Chawi cadangkan kat PDRM lepas ni pakai la Skyline ke, Fair Lady ke, baru la bergaya..haha.. (haa..tak mau membazir duit k!) ;)

Selasa, 21 Disember 2010

Doraemon : Episod Akhir??


Assalamua'laikum. Tadi chawi bukak carigold.com, lepas tu terbaca la satu post kat forum ni pasal cerita doraemon. Ye! Tajuk nye episod kehidupan akhir. Teringat masa kecik-kecik dulu pasal cerita ni. Jom kita mengimbau balik kenangan kita bersama doraemon.huhu.. So, kali ni chawi nak berkongsi komik kat bawah ni dengan korang semua. Walaupon cerita ni versi indon, tapi perkataan-perkataan dia mudah untuk kita faham. Ok la, baca biar faham, memang best cerita ni (kalau korang layan la.huhu). Jom layanzzz~~





Cerita yang last ni memang betul menyentuh hati la. Sapa yang nangis tu?hahaa.. Dah abis baca? Tengok, 35 tahun nobita hidup tanpa doraemon. Dia blaja sungguh-sungguh semata-mata untuk menghidupkan semula kucing dia tu. Walapon cerita ni rumors tapi tapi ending ni dihasilkan dari studionya sendiri sebab arwah f.fujiko cakap cerita ni takda ending. Maybe dia tak nak buat ending sebab semua orang tau ending cerita ni akan buat semua orang jadi sedih.hohoho.. 


 p/s: Jangan cedih-cedih nanti chawi belanja cekelat ye..hahaa.. ;p

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting