1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Isnin, 28 Mac 2011

Lagu Baru Maher Zain - Freedom

Maher Zain
Assalamua'laikum.. Yeah! akhirnya lagu baru Maher Zain dah keluar. Kalau sebelum ni entry chawi pasal Lagu InsyaAllah versi Melayu, sekarang ni lagu yang betul-betul fresh dari Maher Zain. Bukan Anuar Zain, mahupon Ziana Zain punye lagu ye.huhuhu.. Ok, jom layan..



So, macam mana? best tak? Syokk wooo..

Ahad, 27 Mac 2011

Wow.. Serius, Memang Menarik Nombor-nombor Ni!!

Assalamua'laikum. Sebenarnya dah lama chawi nak buat entry ni. Tapi asyik tertangguh je. So, malam ni chawi nak share satu benda yang best dengan korang semua.

Ok, baru-baru ni chawi ber'gayut' la kejap dengan awek chawi, lepas je habis panggilan tu chawi dapat 1 mesej dari hotlink. Kan lepas je kita telefon orang selalunye kita akan dapat mesej dari hotlink kan. So, nak tengok mesej nye..jeng3~

huhu..menarik kan??

Tempoh panggilan : 555 saat
Caj panggilan : RM 1.14
Baki akaun : RM 1.14
Sah sehingga : 22.2.2014

Adakah ini suratan atau kebetulan? hehehe...



Gengblogger VS Apesal.com

jom join~

Assalamua'laikum. Terasa rajin pulak nak update blog pagi-pagi ni.hehe.. Ok la, sapa tak kenal gengblogger? Sapa tak kenal apesal.com? Kalau tak kenal meh chawi kenalkan untuk korang. 2 2 ni sama je fungsinye. Tempat untuk korang ping kan korang punye post terbaru.

Ok, bagi yang belum kenal apa kata korang masuk dulu kat laman web ni. (www.gengblogger.com dengan www.apesal.com). Kalau nak join macam biasa la, kena la daftar sebagai ahli dulu. Gengblogger senang cikit berbanding apesal ni. Kalau korang nak join apesal korang kena tunggu dulu beberapa hari dulu sebelum korang punya akaun diaktifkan. Kiranya korang punya blog akan di'usha' dulu oleh admin. Agak-agak korang punya blog tu ok bagi dia, dia akan approve korang punya pendaftaran tu. Nampak macam leceh kan? Tapi bagi chawi la, apesal ni lebih best dari gengblogger. Sebabnya? Korang cuba la dulu. Gengblogger ni pon bagus jugak, tapi kalau korang tersenarai dekat popular hari ini.

Chawi dah merasa kedua-duanya. Memang best. Yang lain-lain pulak macam mana? Bagi chawi biasa-biasa je. Korang suka ping post korang dekat mana? Jom share dekat sini kejap.hehehe...

Khamis, 24 Mac 2011

Buffered Earning Ke-5

Assalamua'laikum. Tadi chawi bukak laman web Nuffnang, tengok la bahagian earning, tiba-tiba dapat lagi 1 BE. Chawi tengok korang yang dapat BE je semua update kat blog. So, chawi pon ikut la. 2 dah jadi ME, so tinggal 3 je la BE. Tq to Mr. Nuff..hehehe... Tak banyak mana pon, blog baru la katakan. Tapi apa-apa pon kena bersyukur, tu yang penting.kan3??

jeng3~

Dapat BE mungkin sebab entry ni kot. Bongkar!! Disebalik Isu Video Seks 'Anwar Ibrahim'.hehehe.. (entry terbaik minggu ni, walaupon hanya copy paste je.huhu..)

Semakan Daftar Pemilih : SPR Malaysia

Assalamua'laikum. Korang tau kan kedaan cuaca politik sekrang ni macam mana. Panas woo~ macam-macam isu ada. Chawi malas nak ulas pasal politik kat sini. Korang nak tau kenapa korang baca la sendiri berita-berita yang berlambak-lambak kat internet ni. Ni salah satu cerita politik yang paling 'hot tiket' masa kini. Bongkar!! Disebalik Isu Video Seks 'Anwar Ibrahim'.

Ok, sekarang ni nak cerita banyak-banyak pasal politik pon tak guna kalau korang tak mendaftar sebagai pengundi. Betul tak? So, sapa-sapa yang rasa dia dah cukup umur tu cepat-cepat la pergi daftar. Bukan lama mana pon, 5 minit je. Tahukah anda undi kita ni penentu masa depan negara? Jangan buat-buat tak tau pulak. Sekeh karang.huhu.. Chawi dah daftar dah. Nak tengok bukti? Sila usha dibawah..

hehehe..

Kalau dah daftar jangan lupa semak. Sila semak disini ye. http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/


Rabu, 23 Mac 2011

Bongkar!! Disebalik Isu Video Seks 'Anwar Ibrahim'

Sumber : pahangdaily.blogspot.com

ni la wajah yang dikatakan 'Anwar Ibrahim' tu

Ini satu berita terkini yang kami terima, ia berkaitan dengan pendedahan satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini. Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di Hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan. Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007. Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut. Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum. Soalnya sekarang apakah benar pendedahan yang dibuat dalam video tersebut atau mungkinkah ia satu lagi konspirasi jahat untuk menjatuhkan pemimpin terbabit (foto). Apakah juga ini bermakna pemimpin terbabit tidak boleh ditewaskan dengan "konspirasi liwat"?. Maka akhirnya tercipta satu lagi konspirasi panas berkenaan isu ini?. Ternyata nampaknya kerajaan UMNO BN telah berjaya memanfaatkan penggunakan APCO sepenuhnya. Mereka akhirnya berjaya mencipta satu lagi "Bom C4" untuk memaksa pemimpin terbabit berundur sebelum PRU13 ini. Soalnya, apakah skrip terbaru ini akan berjaya?. Sama-samalah kita tunggu apa kesudahannya.

["Ia sudah over done," kata seorang pemimpin kanan PAS. Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum. Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada.Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau. Difahamkan video berkenaan telah pun wujud sejak tahun 1998 lagi, cuma ia menanti masa untuk didedahkan. Malah terdapat juga info mengatakan setiap diplomat yang akan ke luar negara akan dipanggil menyaksikan tayangan video itu terlebih dahulu agar mempercayainya].


Korang fikir la sendiri. Benda ni macam tak masuk akal. Korang percaya ke semua ni?

Selasa, 22 Mac 2011

Irma Hasmie Dah Bertudung Rupanya

Assalamua'laikum. Tak sangka rupa-rupanya artis kita sorang ni dah bertudung. Bagus la kalau macam tu. Artis-artis lain tu bila lagi nak ikut jejak langkah Kak Irma Hasmie ni? Bukan setakat artis je, korang yang tak suka pakai tudung tu pon sama jugak. Bila lagi nak berubah, kot-kot esok lusa korang dah takda ke, kan dah tak sempat bertaubat. Jaga aurat tu, jangan syok sangat dedah sana, dedah sini. Bila lagi nak insaf? La ni la sepatutnya. Ingat tu..

Jom kita tengok manisnya orang yang bertudung ni..



Comel kan?

Maniskan? Sejuk je hati memandang. Ada yang tak suka ke? Cuba bagitau apa yang korang suka dengan tak suka pada orang yang bertudung ni..

Sekejap je Dah Boleh Cash Out Nuffnang..

nuffnang logo

Assalamua'laikum. Dah lama tak tanya kaba korang kan. Korang apa kabo? Sihat walafiat ke? Sekarang ni musim hujan + musim durian. Kalau demam-demam cikit biasa la, bukan selalu pon.huhu.. Hari sabtu dengan ahad hari tu balik kampung, kena pulak sekarang ni musim durian. Perghh..memang melantak banyak-banyak le. Sila jangan jeles. Korang nak tak? Datang Kampung Gajah, belambak-lambak orang jual durian tepi jalan.hehe..

wow..cedapnyer~
Ok, cerita pasal Nuffnang dan kehidupan berblog. Pejam-pejam celik dah boleh cash out, tapi tak mau cash out lagi la. Tapi takda la banyak sangat, ada la cikit-cikit. Nak kumpul sampai berbilion-bilion, baru cash out.huhu.. Boleh ke?? Cuba try test dulu.. Tak sangka ya dah 4 bulan berblog, rasa sekejap sangat. Rasanya baru semalam chawi buat blog. Tiba-tiba pulak teringat kat entry chawi yang first sekali. Disini Segalanya Bermula. Lepas tu teringat pulak kat entry ni, ramai yang setuju dengan chawi (bangganye~).hehe.. Serius! Aku Tak Suka Dengan Blog Ni.

Walaupon chawi masih baru dalam dunia blog, tapi dah banyak chawi belajar macam mana teruskan kehidupan sebagai seorang blogger. Thanks pada korang semua yang banyak membantu chawi dalam dunia blog ni. Rasa nak nangis pulak (kesat air mata cikit)huhu.. Tanpa korang takda maknanya blog ni. Orang boleh kata blog sampah je.kan3??

Ok la, nak bersantai kejap, sapa nak join? (chawi ajak gadis-gadis je)hahaha...

Sabtu, 19 Mac 2011

Tak Jemu Ke Mesej Awek/Pakwe Tiap Hari?

alamak..ade mesej pulak...

Assalamua'laikum. Entah kenapa 2 3 hari kebelakangan ni terasa malas nak update blog. Mungkin sebab penat kot. Ni pon tak cukup tidur lagi. Semalam membe dah suruh update blog, tapi lupa pulak nak publish entry ni. Tiba-tiba je tertidur..huhuhu.. Dah, abaikan intro ni.

Ok la, oleh sebab sekarang ni musim mengawan bercintan-cintun, chawi nak tanya korang satu soalan. Tak jemu ke mesej dengan pakwe/makwe korang tu tiap hari? Mesej nya bukan mesej benda-benda penting pon. Setakat tanya 'wt pe 2?', 'awk dh mkn?'. Bosan gila dengan ayat-ayat macam ni. Korang tak bosan ke?huhu.. Takkan la bosan dengan awek/pakwe sendiri kot kan. Mesti korang tak setuju nye dengan kalau chawi kata macam tu, betul tak? Ye la, suka hati ar nak mesej dengan sapa pon.kan3??

Bukan apa, chawi tanya korang sebab korang kan dah berkapel-kapel, tak macam chawi ni. Nak mesej dengan sapa pon. Kalau chawi topup 10 ringgit tu kadang-kadang boleh tahan sampai sebulan lebih. Lepas tu inbox penuh dengan mesej dari celcom, mesej dari maxis. Lagi pon korang tu kedekut sangat, chawi mintak nombor telefon bukan nak bagi.hahaha.. Cuba try bagi, boleh gak try mengayat.hoho..

Ok, nasihat chawi la. Nak mesej tu biar la berpada-pada. Jangan lebih-lebih sampai lupa semuanya. Jaga adab dan tatasusila semasa bermesej tu. Yang penting sekali, jangan silap send mesej. Karang kantoi pulak dengan awek.hahaha..

Ahad, 13 Mac 2011

Hina Sangat Ke Blog Aku Ni?

Assalamua'laikum. Sori la, tiba-tiba pulak ter'emo' malam-malam buta ni. Bukan chawi tapi orang lain la. Tadi  blogwalking kejap. Macam-macam entry yang chawi baca. Biasa la, tengah rajin nak blogwalking. Lepas tu jumpa la satu blog ni yang kelihatan agak sedih dengan blog beliau.

"Hina Sangat ke Blog Aku Ni?". Korang pernah rasa macam ni tak? Kepada tuan/puan blog tu harap bersabar ye, ni la dugaan menjadi seorang blogger. Biasanya komen-komen dari anonymous tu yang buatkan korang rasa macam tu. Betul tak? Yela, komen-komen yang dia bagi tu semuanya komen yang boleh membuatkan moral kita down. Kalau korang tak mau anonymous komen kat blog korang tu ubah la setting dia. Macam blog chawi ni chawi tak kisah pon, sapa-sapa boleh komen. Nak kutuk, kutuk la. Nak hina, hina la. Nak maki, maki la. Cikit pon tak kisah.

Dugaan oh dugaan~

Contest Pembaca @ Pengomen Tegar

contest dari blog Eja

Assalamua'laikum. Sory la Cik Eja, lambat cikit buat entry ni.huhu.. Ok la, oleh sebab dah diberi tanggungjawab untuk menjawab tag ni, terpaksa la buat dengan rela hati.huhuhu.. Nak tau pasal contest ni? Sila lawat di SINI. So, dah faham kan? Seteret tu de point je la ye..

1. http://www.benashaari.com

Blog ni wajib chawi lawat tiap hari, tak tau la kenapa minat baca. Mungkin sebab tarikan yang ada pada blog Ben ni membuatkan chawi tak pernah jemu untuk baca. Kat mana tarikannye tu? Korang cari la sendiri ye.hehe.. Chawi pengomen dan pembaca tegar blog beliau.

2. http://10jarijemari.blogspot.com/

Ni blog budak kelas chawi yang juga merangkap bekas roomate chawi masa blaja kat poli dulu. Banyak info-info menarik kat blog ni yang membuatkan korang sentiasa akan tertanya-tanya lepas baca entry dia. Betul ke ni? Tak percaya ar.huhu.. Lebih kurang macam tu la.

3. http://nubmohdtahir.blogspot.com/

Blog ni bukan sebarang blog. Blog ni sentiasa akan membuatkan korang tergeliat lidah nak baca kalau korang tak reti cakap loghat utara. Bagi chawi beliau ni betul-betul sayangkan bahasa ibunda beliau, sebab tu entry dia boleh dikatakan semuanya berbahasa loghat utara. Juga seorang yang kuat mengarut. Ngarut-ngarut pon syok woo..huhu

4. http://cintailmu89.blogspot.com

Juga budak kelas chawi. Kawan baik dari dulu, kini dan selamanya.huhu.. Thanks to Aizudin yang telah bagi dorongan dan semangat untuk jadi seorang blogger sekarang ni. Silent reader chawi ni.hehe.. Bukan senang woo nak dapat kawan macam beliau. Sorang dalam seribu.huhu..

5. http://menulisdenganhati.blogspot.com

Sapa pulak ni? Kalau chawi tak kenal takda la chawi jadi pembaca yang tegar blog Cik Eja ni. Seorang yang lemah lembut, baik hati, sopan santun, macam gadis melayu terakhir.huhu.. Dia ni la yang buat contest ni. Kalau tak, sapa lagi. Pengomen tegar? Kadang-kadang je, tapi selalu baca entry-entry dia.hehehe..

6. http://fatynadia.blogspot.com/

Ni lagi sorang orang utara yang cintakan bahasa ibunda beliau. Chawi yang depa dok kata orang kuat perak pon tak pernah nak buat entry dalam bahasa perak. Sampai la ni tak pernah buat. Hat ni blog personal ja, tapi sesuai untuk bacaan untuk semua peringkat umur sebab banyak info yang hangpa boleh dapat pasai Penang. Hangpa tanya ja apa-apa pasai Penang ni, gerenti beliau buleh jawab.huhuhu.. Tiba-tiba pulak terloghat utara.hohoho..

Ok, dah siap. Tiba masanya kena bagitau Cik Eja. Tu je, senangkan?? Nak join. Jom~

Nombor Awalan Handphone Untuk Semua Telco Di Malaysia





Assalamua'laikum. Handphone tanpa line takda gunanya. Kan3? Korang nak guna maxis ke, celcom ke, digi ke, tu hak masing-masing. Semua ada kelebihan. So, apa kata korang kenal cikit nombor-nombor awalan telefon yang ada kat Malaysia sekarang ni. 


010-2 (Digi)
010-3 (XOX, Digi)
010-4 (Celcom, Digi)
010-5 (Celcom & TuneTalk, Digi)
010-6 (Digi)
010-7 (Maxis , Hotlink & Tunetalk, Digi)
010-8 (Maxis, Hotlink & Digi)
010-9 (Digi & Digi Happy)
012 (Maxis & Hotlink)
013 (Celcom)
014-2 (Maxis & Hotlink)
014-3 (Digi & Digi Happy)
014-5 (Celcom)
014-6 (Digi & Digi Happy)
014-7 (Maxis)
014-8 (Celcom)
014-9 (Digi & Digi Happy)
016 (Digi)
017 (Maxis & Hotlink)
018 (Umobile)
019 (Celcom)


Nombor yang akan datang, mungkin macam ni. 

0112- (Maxis & Hotlink)
0116- (Digi)
0119- (Celcom)

Chawi guna yang mana? Mestila 017 dengan 013. Youth Club dengan Upax. Memang jimat kalau guna plan ni. Tak caya try la guna. Nak nombor chawi? 1 nombor, 1 ringgit.hahaha.. Korang punya nombor pulak?

Jumaat, 11 Mac 2011

Detik Cemas Tsunami Jepun 2011 : Gambar & Video

Assalamua'laikum. Rasanya semua orang dah tau kot pasal tsunami kat Jepun yang berlaku hari ni. Sedih, takut, gelisah, suspen semua ada. Jumlah kematian sekarang ni 42 orang (setakat entry ni ditaip). Beritanya korang boleh baca kat sini. Gempa Kuat, Tsunami Di Jepun Ragut Nyawa. Ok, ni gambar-gambar yang chawi dapat dari internet peristiwa tsunami yang berlaku hari ni. Videonya ada kat bawah sekali tu.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10


Tak sangka betul benda ni boleh terjadi. Tengok la, negara yang maju macam Jepun ni pon tak terlepas dari malapetaka yang macam ni. So, hidup ni kena sentiasa beringat. Doakan lah jika ada saudara-mara kita yang ada kat sana supaya selamat. Amin...

Gempa Kuat, Tsunami Di Jepun Ragut Nyawa

tsunami 11/03/11


Assalamua'laikum. Korang dah baca berita hari ni ke? Berita penting ni. Kalau belum baca sila baca kat bawah.

Sumber : Reuters


Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

NONELaporan menyebut jumlah kematian akibat malapetaka itu telahpun mencecah 32 orang. 
Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.
NONEGempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.


Berikut ringkasan perkembangan itu:
Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.
NONESetakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.
Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.
NONEMenurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.
Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.

Khamis, 10 Mac 2011

Keywords RXZ 2011 Memang Masyuk !! Thanks Nuffnang..

tq2~ ;)

Assalamua'laikum. Haish..apasal la susah sangat nak update blog ni? Nak kena cari sorang assistant la kalau macam ni. Sapa nak? Angkat tangan..huhu. Biasa la, sekarang ni sibuk dengan hal kerja, hal rumah tangga, tu yang jarang update blog tu.

Dah lama chawi tak bercerita pasal Mr. Nuff, bukan apa tadi saja ja bukak Nuffnang kejap. Tup-tup dapat Buffered Earning lagi. Thanks to Mr Nuff..muahahaha.. Berkesan la cikit-cikit tips yang chawi bagi hari tu. Korang boleh baca kat sini. Rahsia Sebenar Nak Dapat Buffered Earning Nuffnang. Ok la, korang nak tengok tak keywords yang chawi kata masyuk tu? Cuba lihat dibawah ni.

keywords rxz 2011
Cuba korang bukak www.google.com.my lepas tu taip rxz 2011 mesti dapat result macam kat atas tu jugak. Ramai wooo yang mencari rxz 2011 kat sini. Mesti mat rempit yang cari motor ni.huhu.. Buktinya..korang boleh tengok kat gambar dari Nuffnang.


this week

last week

last month

Tak sangka bagus jugak tips SEO yang chawi baca hari tu. Tapi tak ingat la macam mana nak buatnya.hehehe.. Semuanya gara-gara entry yang ni la. Pergh.. Yamaha RXZ 2011 Style Gila !!. Tengok, jarang update blog pon boleh dapat BE lagi.hehe.. Alhamdulillah.. Tapi yang tak bestnya ada yang dah jadi ME. Tapi takpa la, nak buat macam mana kan? 

3 BE sedang main-main kt blog ni..
p/s : So, kalau chawi boleh buat kenapa korang tak boleh? Kan3~ (nasihat kepada blogger yang baru.ceewahh~) Chawi pon baru 4 bulan berblog.huhuhu...





Ahad, 6 Mac 2011

Tutorial : Komen Sambil Letak Link Berkualiti

gambar dari blog Ni

Assalamua'laikum. Pagi-pagi macam ni rasa bosan la pulak. Hari pon mendung je, tak muncul-muncul lagi cahaya matahari kat sini. So, macam biasa takda kerja buat la kerja. Kerja apa? Blogwalking la. Sebenarnya banyak list blog yang chawi ada sekarang ni. Bukan tak mau jalan-jalan kat blog tu, tapi terlampau banyak sangat sampai beribu-riban. Mana boleh habiskan dalam masa satu hari. Tak caya korang tengok kat Link Sahabat Blogger.

Ok-ok, sekarang chawi just nak korang punya link kat komen entry ni. Chawi nak pergi terjah. Cara nak letak link nye senang je, chawi ajar korang macam mana nak letak link yang berkualiti. Ikut cara kat bawah ni ye. Sebagai contoh korang masukkan komen korang macam kat bawah ni.

<a href="http://episodkehidupanku.blogspot.com/2011/03/download-ujang-mastika-mangga-edisi-mac.html">Download Ujang, Mastika, Mangga, Edisi Mac 2011 (Free)</a>

So, komen korang nanti akan keluar macam ini.. Download Ujang, Mastika, Mangga, Edisi Mac 2011 (Free). Ok, sekarang turn korang pulak try komen kat entry ni ye.hehehe..


<a href="link blog korang">nama blog</a>

Kejap lagi chawi pergi terjah ye.huhu..

Sabtu, 5 Mac 2011

Blogger Ni Buat Aku Touching La~

Assalamua'laikum. Awal pagi tadi (lebih kurang pukul 7.30 pagi) chawi online facebook kejap sebelum pergi kerja. Tiba-tiba dapat la satu mesej dari seorang sahabat (juga seorang blogger) berbunyi begini.

"Aqué Rushydône, Srikandi Firdausi anda sudah di tag dlm blog 
http://imnotblowgrr.blogspot.com/2011/03/ini-cerita-pasal-kawan2-aku.html"



Chawi pon dengan senang hatinya klik la kat link tu. Tiba-tiba lagi...


"ok utk entri kali ni x byk sgt ak nk cter..just ak nk list out mber2 aku yg pada ak dorg ni sntiasa ada ktika ak sng n susah, sekepala dlm byk hal, dan memcm la pkara yg pada ak xdpt aku gambarkan dgn hanya menulis pasal mereka

Bawah ni ada 9 org pada ak ingin ak berkongsi dan perkenalkan kepada korg smua btapa mereka smua ni penting dan ak sangat menghargai mereka dalam kehidupan aku"




Intro pon dah lain macam je bunyinye. Tak sangka chawi pon tersenarai dalam kawan karib beliau. Sebab tu la rasa terharu, bukan senang woo membe rapat chawi buat entry khas untuk kawan-kawan karib beliau. Special pulak tu entry dia.huhuu..


klik untuk lebih jelas


Kalau nak tau lebih lanjut lagi jom kita pergi ke blog beliau. sila klik SINI ye.. Thanks bro, ko memang kawan terbaik aku!!

Jumaat, 4 Mac 2011

Download Ujang, Mastika, Mangga Edisi Mac 2011 (Free Je...)

Assalamua'laikum. Huh..Laju je korang ye kalau dapat tau ada benda free. Yela, free.. Sapa tak mau betul tak? So, daripada korang membazir nak keluarkan duit beli majalah-majalah tu, apa kata korang berjimat cermat cikit. Download je buku-buku tu, semua free. Tak payah penat-penat pegi beli.



Udang edisi 399


Date: 01 Mac 2011



File type: PDF, 30.5MB



Pages: 133

Hotfile

Code: http://hotfile.com/dl/107936862/5bd2a42/Ujang_399_Mac_2011_Jiwang.ORG.pdf.html
Fileserve

Code: http://www.fileserve.com/file/xCdtnKj

manggis mac 2011


Date: Mac 2011


File type: PDF, 23.5MB



Pages: 97

Hotfile

Code: http://hotfile.com/dl/107936639/2f7b8c6/Mangga_Mac_2011_Jiwang.ORG.pdf.html
Fileserve

Code: http://www.fileserve.com/file/dhmpsaM


Harakah


Date: Mac 2011


File type: PDF, 88.2MB



Pages: 117

Hotfile 

Code: http://hotfile.com/dl/107936769/a6fcb06/Mastika_Mac_2011_Jiwang.ORG.pdf.html
Fileserve

Code: http://www.fileserve.com/file/FQvXMbp


Huhu..dah macam blog cetak rompak pulak blog ni, bahaya jugak ye. Takut kena rampas blog ni dengan pihak berkuasa.huhu.. 

p/s : Nak beli biar ori, nak download biar free..hehehe..









Petua Mendapatkan Pasangan

love is cinta~


Assalamua'laikum. Oleh sebab sekarang ni musim mencari cinta, apa kata chawi bagi tips-tips mudah untuk mendapatkan pasangan. Nak tau caranya? Senang je. Ni bukan tips Cara Mengorat Awek Zaman Moden ye. Entry tu ngarut-ngarut je.huhu.. Yang kat bawah ni baru betul.

Sumber : Blog Eja (jangan lupa singgah ye.hehu~)

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh. 

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.




Untuk Para Jejaka

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).


14. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

15. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

16. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

17. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

18. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.



Untuk Para Wanita
                                                    
19. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

20. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

21. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

22. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

23. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

24. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

25. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

26. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.




Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting