1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Rabu, 27 Julai 2011

Bertudung VS Tak Bertudung...

Assalamua'laikum. Wahai kaum wanita, sedarkah kalian dengan cara pemakaian kalian semua? Cuba korang renungkan dialog kat bawah ni. Kalau la aku seorang gadis yang tak bertudung memang aku akan terasa gila la. So, korang fahamkan sendiri apa yang ingin disampaikan, cara muslimah berdakwah, korang boleh baca kat bawah sekali nanti.



Ni adalah komen yang aku copy salah sorang yang baca dialog kat atas ni..

dalam hal ni.. banyak kesilapan dr segi peneguran.. dari tegur.. telah mengaibkan si pinky & orang yang membaca.. nabi pernah berpesan… boleh menegur.. tetapi jgn sampai orang terasa.. apabila orang tersentak hatinya.. akan timbul perasaan hina.. dosa… memang dari segi hukum adalah wajib menutup autrat.. kerana itulah kehendaknya.. tetapi Allah Maha Pengampun dan Penyayang… Amalan, hati dinilai olehNya… kita renung sama2.. perempuan yang pertama masuk syurga.. seorang pelacur yang memberi makan kepada anjing & kisah penjual daging yang jahil tidak pernah beramal.. hanya kerana menjaga makan minum ibunya.. kedua2 masuk syurga.. bukan hak kita nak menilai hukum Allah SWT.. penerapan penguasaan minda manusia utk menegakkan apa yang salah ni terlalu tinggi.. sampai lupa hati orang lain.. bukan itu tuntutan Allah & rasul.. Mahatma Gandhi adalah penganut buddha yang terkenal.. yang amat merendah diri. sentiasa membantu orang sekeliling… dia mempelajari islam.. dia berkata.. indahnya islam.. tetapi Aku telah menderhaka kepada ajaranku… ustaz & imam yang membantunya… tidak pernah mengutuk atau memburuk2kan agamanya.. pilihan adalah hak dirinya.. tidak boleh dipaksa… dia hormat pada agamanya sendiri.. SO… benda yang perlu kita terap sekarang… HATI.. jaga hati orang lain.. HATI adalah nikmat utk semua benda… nak pegi mekah pun kena HATI yang kosong & suci… bukan dengan masalah sekeliling.. masalah kecik2… kat situ dah nampak hati dah tak tenang…. simplekan…. ingat PENGAWALAN MINDA… siapa ajar… SETAN.. bagi KITA ANGKUH, RASA TINGGI, RASA SEMPURNA.. Subhanallah.. sifat syaitan & dajjal wehh…. Muslimah betul… semua bab.. tapi.. Allah lihat pelbagai sudut.. Sempurna Amal kamu, sembahyang kamu, air sembahyang kamu.. tapi HATI kamu.. telah membuat ramai orang rasa aib & kecewa dengan teguran. HABISSSS… apa yang utama.. HATIIIII… ingat wehh hati….. sape tak setuju cakap ekkk.. TQ…

Ahad, 24 Julai 2011

Cash Out Nuffnang!!

tq nuffnang!

Assalamua'laikum. Dah lama dah aku tak cerita Nuffnang. Dulu rajin la cerita pasal benda ni, ye la semangat tengah berkobar-kobar masa tu. Alhamdulillah setelah berbulan-bulan menceburi diri dalam dunia blog, akhirnya dapat la aku lihat hasilnya. Nak kata penat, tak penat pon. Cuma nak kena rajin bercerita je. Kalau malas macam aku sekarang ni memang tak berapa nak banyak la korang boleh dapat.huhuhu..

Ok la, nak kata aku pandai buat tips memang tak pandai pon. Tau cikit-cikit je. Korang boleh tengok balik kat sini macam mana cara aku mendapatkan BE dari Nuffnang. (Rahsia Sebenar Nak dapat Buffered Earning Nuffnang). Ok, sekarang ni aku dah nak cash out aku nye hasil kerja aku.hehehe.. Tak banyak mana pon. Ada la sekupang dua kupang. Boleh la dijadikan sebagai duit untuk beli baju raya nanti. Tu pon kalau sempat cek tu sampai ke rumah sebelum raya.hehehe..

tak banyak pon..hehe

Yes!! Awal-awal lagi dah dapat duit raya. Belum lagi puasa ni..hohoho....

Rabu, 20 Julai 2011

Digi Easy Prepaid. Memang Berbaloi-Baloi!!

Digi Easy Prepaid

Assalamua'laikum. Korang dah ber'kapel'? Dah punya teman baik? Nak cari pelan yang paling jimat? Ok la, bagi korang yang tengah 'hot' bercinta sekarang ni, apa kata aku syor kan korang guna pelan yang sangat-sangat berbaloi ni. Aku dah try, memang best. Tak nyesal aku guna.

Hotlink Youth Club, hot tiket, Celcom Upax, celcom yang 28sen 10 minit, semua aku dah try dah. Semua tu sesuai hanya untuk korang telefon atau mesej dengan orang-orang selain dari suami/isteri, awek/pakwe, atau orang yang bukan kenalan rapat korang. So, untuk orang yang rapat dengan kita better guna Digi easy. Nak tau apa kelebihan dia? Korang boleh tengok kat bawah ni. Yang paling best sekali, mesej dengan call FREE je antara 12am sampai 8pm setiap hari. Ulang suara. Setiap hari ye..

Cubalah dulu..

Kalau dulu tiap-tiap hari aku topup, tapi sekarang ni aku topup bukan sebab dah habis kredit, tapi sebab dah tamat tempoh. So korang boleh bayangkan betapa jimat nya benda alah ni. Kalau nak try jangan beli digi prepaid yang biasa, beli Digi Easy. Sebab bendanya tak sama. Lagi 1, lupa pulak nak bagitau. Korang boleh online Facebook tiap hari FREE dari handphone, dari 6am sampai 6pm. Nak onlinenya senang je, pergi kat web browser, lepas tu taip 0.facebook.com. Lepas tu online la macam biasa. Senangkan?

So, amacam? Tak mau cuba ke?


Sabtu, 16 Julai 2011

Malaysia VS Liverpool (Video)

pix_gal0
Siapa hebat?

Assalamua'laikum. Rasanya dah lama sangat aku bercuti dari meng'update' blog ni. Biasa la, busy dengan macam-macam hal. Banyak gawian kata orang banjar.hehehe..

Ok la, sekarang tak mau banyak cerita. Kalau sebelum ni Malaysia kecundang ditangan Arsenal, lepas ni aku tak mau tengok lagi Harimau Malaya tewas. At least seri pon takpa. Tak sanggup aku tengok team kesayangan aku ni kalah lagi. Kalau kalah pon biar la kalah tipis je je macam kalah 2-1 ke, 5-4 ke, takpa jugak. Ni kena 4-0 dengan Arsenal. Ish3... Tapi takpa la, biasa la tu kalah dengan team bertaraf dunia. Sedangkan MU pon boleh kalah lawan Arsenal, apatah lagi Malaysia.kan3??

Harapan aku? Mesti la nak tengok Liverpool kalah lawan Malaysia esok.hehehe.. Boleh ke? Kita sama-sama tengok esok k! Jangan lupa.. Haaa..kat bawah ni video yang agak menarik cikit la.. Ingat lagi free kick Aidil Zafuan masa lawan Taiwan hari tu? Best kan..terbaik la...




Selasa, 5 Julai 2011

Ada Apa Dengan BERSIH?

jom join..huhu

Assalamua'laikum. Fuh! Sekarang ni bukan main lagi ye, tak boleh sebut pasal 'bersih'. Memang 'hot' punya berita ni. Belum lagi sampai tarikh ni, dah berapa ramai kena tangkap. Memang betul-betul kepanasan diorang tu. Sapa-sapa je pakai baju ni boleh kena tangkap woo..

Korang boleh nilai sendiri samada BERSIH ni bagus untuk korang join atau tak. Aku tak mau nak menyebelahi mana-mana pihak, cuma just nak korang fikir dan kaji apa tujuan dan matlamat BERSIH ni dianjurkan. Jangan cari berita dari sebelah pihak je, tu namanya tak adil. Cari la kebenaran dengan mencari maklumat dari kedua-dua belah pihak. Ni bukan lagi zaman P.Ramlee, sekarang ni maklumat semua dihujung jari korang. Nak tak nak je.

Kalau orang tanya aku nak join tak? Mesti la nak, tapi apakan daya. Jauh la nak pegi sana. Kena kerja pulak tu masa 9hb. Nak jugak merasa suasana berdemo dengan orang ramai ni..huhuhu..

Ok, apa-apa pon harap demokrasi kat negara kita ni terus subur. I love Malaysia...

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting