Pagi-pagi yang agak tenang macam ni lebih indah kalau dapat mimpi indah.hihihi.. Kena pulak kerja shift malam...Fuh!! Siang ni memang tidur lena la jawabnye. Sila jangan jeles ok..huhu..
Tadi buka je facebook terus nampak ada orang post video baru Mat Lutfi. Video pasal mengundi..biasa la, nak dekat pilihan raya, macam-macam jenis video muncul. Tak percaya boleh tanya orang umno kat Terengganu sana nun, video tuttt tu pon ada. Politik-politik...orang bagi hujah, yang depa bagi lucah. Akai ada ka??
Jom, tak mau cerita panjang-panjang. Sapa-sapa yang belum tegnok video ni sila, dan silalah buat penilaian yang betul sebelum mengundi nanti ok??
Senyum seindah suria, yang membawa cahya..Senyum lah dari hati dunia mu berseri~~
Dah lama aku tak update blog aku ni. Setahun lebih jugak le tak update. Dah berhabuk aku tengok blog aku ni.huhu. Biasa la, sibuk dengan kerja, sibuk kerja bisnes, sibuk dengan kekasih..ehem-ehem.. ngeh3..
5 Mei 2013 nanti mungkin akan terjadi satu sejarah Malaysia yang baru. Ini adalah harapan aku. Pilihan raya kali ni lebih sengit berbanding pilihan raya sebelum ni. Percaya lah, ada kejutan yang mungkin berlaku pilhan raya kali ni. Jangan sempit kan fikiran untuk mencari maklumat-maklumat terkini. Jangan hanya bergantung kepada media-media macam tv3 dengan utusan melayu. Sekarang zaman teknologi bro! Gunakan sebaik mungkin kemudahan di hujung jari tu!
Pembangkang kuat rakyat dapat manfaat! Betul tu. Tengok la, macam-macam kita dapat lepas pembangkang berjaya menafikan 2/3 kerusi parlimen dalam kerajaan. Ini yang kita mahukan! Rakyat mahukan yang terbaik dari kerajaan. Rakyat mahukan semua hak rakyat dikembalikan kepada rakyat. Bukan kepada kroni-kroni. Bukan kepada anak bini!
Kalau ada orang tanya aku, aku sokong apa? Rasanya korang sendiri pon boleh agak kan? Aku bukan nak menentang kerajaan, aku cuma mahukan perubahan. Cukup lah rakyat Malaysia diperbodohkan oleh segelintir pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ni. Ini lah masa yang paling sesuai untuk kita sama-sama melakukan perubahan.
Hari ni 11 April 2012 pukul 4.28 petang satu gempa berukuran 8.9 SR melanda Aceh. Kt Malaysia dari Perlis sampai ke Pahang ramai yang terasa gegaran ni. Amaran Tsunami dah pon dikeluarkan. Harap-harap semuanya selamat. Terbaru gempa susulan lebih kurang pukul 6.30 petang sekali lagi kita boleh rasa kat sini. Tapi aku kat sini tak rasa apa pon. Tengok member-member semua kata diorang terasa gegaran ni.
VIVAnews – Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika menganalisis
kekuatan gempa yang berlaku wilayah Sumatera. Data terbaru menunjukkan
kekuatan 8.5 skala richter. Sebelumnya diumumkan berkekuatan 8.9 SR. Pacific Tsunami Warning Center yang berkedudukan di Hawaii
mengeluarkan amaran tsunami setelah gempa 8.7 skala Richter menggegarkan
laut dekat Simeuleu, Nanggroe Aceh Darussalam. PTWC meramalkan, jika terjadi tsunami, maka gelombang itu dijangkan
tiba pada pukul 16.21 di Simeulue, pukul 16.31 di Banda Aceh, pukul
17.17 di Padang, Sumatera Barat, dan pukul 17.38 di Bengkulu.
terbaru. air laut di pantai Phuket sudah mulai surut..
Gempa berpusat di 434 kilometer barat daya Meulaboh, Aceh berlaku
hari ini pukul 15.38 WIB. Gempa ini mengingatkan warga pada gempa yang
terjadi pada 2004. Berdasarkan data Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika
(BMKG), gempa ini berpotensi tsunami. Potensi bencana ini mensasar
pesisir barat Pulau Sumatera bermuala dari pesisir Aceh, Sumatera Utara,
Sumatera Barat, Bengkulu, dan Lampung. Dalam video di bawah, kita dapat lihat lampu di sebuah bangunan masih
bergoyang saat kru tvOne sedang membuat liputan Pemilukada di Aceh.
Warga berusaha menyelamatkan diri mereka dengan menjauh dari
gedung-gedung.
Dan video terbaru. Tak tau betul ke tak.. Tsunami dah melanda dibeberapa kawasan..
Di Malaysia & Singapura waktu tsunami sampai kemungkinan :-
1. Georgetown - 09:11pm 11th April 2012 MY Time
2. Port Dickson - 02:10am 12th April 2012 MY Time
3. Singapore - 07:51am 12th April 2012 MY Time
Sama-samalah kita berdoa supaya semuanya selamat. Sentiasalah ingat kepada Allah..
TSUNAMI - Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Insaf..
Renung-renungkanlah...