1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Khamis, 2 Mei 2013

Senyum Pagi : Biar Mat Lutfi Berbicara


Assalamua'laikum.. Selamat pagi..

  

Pagi-pagi yang agak tenang macam ni lebih indah kalau dapat mimpi indah.hihihi.. Kena pulak kerja shift malam...Fuh!! Siang ni memang tidur lena la jawabnye. Sila jangan jeles ok..huhu..

Tadi buka je facebook terus nampak ada orang post video baru Mat Lutfi. Video pasal mengundi..biasa la, nak dekat pilihan raya, macam-macam jenis video muncul. Tak percaya boleh tanya orang umno kat Terengganu sana nun, video tuttt tu pon ada. Politik-politik...orang bagi hujah, yang depa bagi lucah. Akai ada ka??

Jom, tak mau cerita panjang-panjang. Sapa-sapa yang belum tegnok video ni sila, dan silalah buat penilaian yang betul sebelum mengundi nanti ok??



Senyum seindah suria, yang membawa cahya..Senyum lah dari hati dunia mu berseri~~

:*)

Rabu, 1 Mei 2013

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13)



Asslamualaikum.

Dah lama aku tak update blog aku ni. Setahun lebih jugak le tak update. Dah berhabuk aku tengok blog aku ni.huhu. Biasa la, sibuk dengan kerja, sibuk kerja bisnes, sibuk dengan kekasih..ehem-ehem.. ngeh3..

5 Mei 2013 nanti mungkin akan terjadi satu sejarah Malaysia yang baru. Ini adalah harapan aku. Pilihan raya kali ni lebih sengit berbanding pilihan raya sebelum ni. Percaya lah, ada kejutan yang mungkin berlaku pilhan raya kali ni. Jangan sempit kan fikiran untuk mencari maklumat-maklumat terkini. Jangan hanya bergantung kepada media-media macam tv3 dengan utusan melayu. Sekarang zaman teknologi bro! Gunakan sebaik mungkin kemudahan di hujung jari tu!

 


Pembangkang kuat rakyat dapat manfaat! Betul tu. Tengok la, macam-macam kita dapat lepas pembangkang berjaya menafikan 2/3 kerusi parlimen dalam kerajaan. Ini yang kita mahukan! Rakyat mahukan yang terbaik dari kerajaan. Rakyat mahukan semua hak rakyat dikembalikan kepada rakyat. Bukan kepada kroni-kroni. Bukan kepada anak bini!

Kalau ada orang tanya aku, aku sokong apa? Rasanya korang sendiri pon boleh agak kan? Aku bukan nak menentang kerajaan, aku cuma mahukan perubahan. Cukup lah rakyat Malaysia diperbodohkan oleh segelintir pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ni. Ini lah masa yang paling sesuai untuk kita sama-sama melakukan perubahan.


Ini Kali Lah!!








Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting