1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Rabu, 11 April 2012

Video : Gempa Bumi 8.9 Skala Ritcher Melanda Aceh


lokasi gempa bumi
Assalamua'laikum..

Hari ni 11 April 2012 pukul 4.28 petang satu gempa berukuran 8.9 SR melanda Aceh. Kt Malaysia dari Perlis sampai ke Pahang ramai yang terasa gegaran ni. Amaran Tsunami dah pon dikeluarkan. Harap-harap semuanya selamat. Terbaru gempa susulan lebih kurang pukul 6.30 petang sekali lagi kita boleh rasa kat sini. Tapi aku kat sini tak rasa apa pon. Tengok member-member semua kata diorang terasa gegaran ni.

Nak tau berita lanjut baca kat bawah ni..

Sumber : http://www.harian-metro-online.comhttp://www.youtube.com

VIVAnews – Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika menganalisis kekuatan gempa yang berlaku wilayah Sumatera. Data terbaru menunjukkan kekuatan 8.5 skala richter. Sebelumnya diumumkan berkekuatan 8.9 SR. Pacific Tsunami Warning Center yang berkedudukan di Hawaii mengeluarkan amaran tsunami setelah gempa 8.7 skala Richter menggegarkan laut dekat Simeuleu, Nanggroe Aceh Darussalam. PTWC meramalkan, jika terjadi tsunami, maka gelombang itu dijangkan tiba pada pukul 16.21 di Simeulue, pukul 16.31 di Banda Aceh, pukul 17.17 di Padang, Sumatera Barat, dan pukul 17.38 di Bengkulu.

terbaru. air laut di pantai Phuket sudah mulai surut..

Gempa berpusat di 434 kilometer barat daya Meulaboh, Aceh berlaku hari ini pukul 15.38 WIB. Gempa ini mengingatkan warga pada gempa yang terjadi pada 2004. Berdasarkan data Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gempa ini berpotensi tsunami. Potensi bencana ini mensasar pesisir barat Pulau Sumatera bermuala dari pesisir Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu, dan Lampung. Dalam video di bawah, kita dapat lihat lampu di sebuah bangunan masih bergoyang saat kru tvOne sedang membuat liputan Pemilukada di Aceh. Warga berusaha menyelamatkan diri mereka dengan menjauh dari gedung-gedung.



 Dan video terbaru. Tak tau betul ke tak.. Tsunami dah melanda dibeberapa kawasan..



Di Malaysia & Singapura waktu tsunami sampai kemungkinan :-

1. Georgetown - 09:11pm 11th April 2012 MY Time
2. Port Dickson - 02:10am 12th April 2012 MY Time
3. Singapore - 07:51am 12th April 2012 MY Time

Sama-samalah kita berdoa supaya semuanya selamat. Sentiasalah ingat kepada Allah..

TSUNAMI - Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Insaf.. Renung-renungkanlah...

Isnin, 9 April 2012

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Beritan Harian (ABPBH) 2011

ABPBH 2011


Assalamualaikum..

Waahhh.. Layan habis ABPBH ke-25 tahun ni. Baru tahun ni aku tengok sampai habis ABPBH.. Sebelum ni semua tengok separuh jalan je.huhu.. Ok, la, ramai yang nak tau keputusan penuh ABPBH 2011 kan? Ok, sila lihat di bawah..


waahh..meriah..


- Artis Duo / Berkumpulan Popular: Ning Baizura/Shila Amzah/Jaclyn Victor 



- Artis Baru Wanita Popular: Tasha Shilla


- Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

- Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias

- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila Majid

- Pengacara TV Lelaki Popular: Zizan 


- Artis Baru Lelaki Popular: Johan Ariff As’ari

- Pelakon TV Lelaki Popular: Fizz Fairuz

- Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

- Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

- Artis Komedi Lelaki Popular: Johan Raja Lawak

- Anugerah Seri Perak: Datuk Siti Nurhaliza





Bintang Paling Popular 2011 ialah... 


Aaron Aziz... 
stedy bro...

Isnin, 5 Mac 2012

Kelantan Negeri Miskin?

Assalamua'laikum..

Kelantan Darul Naim
Macam selalu dengar je ayat kat atas. Betul ke apa yang korang cakap kan tu.. Yang korang dengar pasal negeri Kelantan tu negeri miskin semuanya dari berita bersumberkan politik semata-mata. Aku orang perak tapi, 2 orang abang dan sorang kakak ipar aku orang kelantan. So, aku dah banyak kali pergi sana. Apa yang aku nampak, Kelantan lebih maju dari negeri lain.

Tak dinafikan dari segi pembangunan Kelantan takda pesat sangat pembangunannya. Lebih kurang sama je dengan Perak. Tapi dari segi sahsiah, keharmonian, keagamaan Kelantan dah jauh ke depan berbanding negeri lain..

Kelantan Serambi Mekah
i like it..


Meh baca puisi kat bawah ni untuk siapa-siapa yang kata negeri Kelantan tu negeri miskin...
Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mengenal mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

Di negeri miskin itulah juga,
Saim-saim ambo dilahirkan dan dibesarkan..
 Sumber : Facebook Syahirul.com
 Last sekali.. Ni komen aku..
ngeh3~
 

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting