1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Ahad, 11 Disember 2011

Video Youtube Paling Benci Pernah Aku Tengok

Assalamua'laikum...

Dah lama aku tak update blog. Kali ni aku update pon sebab aku nak meluahkan rasa marah yang sangat membuak-buak dalam diri aku ni. Serius aku cakap, tak pernah pon aku tengok apa-apa video sampai membuatkan aku rasa marah. Ni baru first time..

Rasanya korang ada yang dah tengok kot. Pada yang belum tengok lagi, jom luangkan masa kejap untuk tengok video ni..



Pesan aku kat korang la, kalau korang tak suka dengan pembangkang pon jangan la sampai korang mengutuk hukum hudud.. Aku ada dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus, dia ada cakap orang yang persendakan hukum hudud ni dah keluar dari agama islam.. Kepada semua yang terlibat tak kira secara langsung ataupon tak dengan video ni harap-harap korang semua bertaubat la. Kalau nak ikutkan hati aku ni memang aku nak menyumpah-nyumpah je diorang semua.. Serius! Memang celaka video ni!!

Jumaat, 2 Disember 2011

Kelibat Buaya Semasa Banjir di Kajang

Assalamua'laikum..


Korang semua tau kan macam mana keadaan kat Kajang sekarang ni. Aku pon baru je tau yang kat sana tu tengah banjir. Harap-harap kawan-kawan, saudara mara kita yang ada kat sana tu dalam keadaan selamat semua. Aminnn~~

Tapi yang ni lain pulak cerita nya. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni. Betul ke tak? Ntah la, aku pon tak tau. Aku cuma dapat gambar ni kat Facebook je..  Macam biasa, aku kan suka sharing-sharing maklumat ngan korang. Sharing is caring..huhuhu...

ada buaya?
Macam mana boleh lepas buaya kat tengah jalan tu? Ke yang tu 'buaya darat'.. Korang nilai sendiri ye.. Aku rasa ni gambar yang di edit kot.. Tak pon benda tu sampah je..huhu...

Rabu, 30 November 2011

Wordless Wednesday #1

Assalamua'laikum...

cuba cari gambar kucing..

Khamis, 24 November 2011

100 000 PageViews!!

Assalamua'laikum..

bukan 1 juta ye, 1 Malaysia..huhu


Busy la sekarang ni. Susah betul la aku nak update blog. Biasa la, hujung tahun ni macam-macam problem ada. Kebanyakkannya kat tempat kerja la.. Tapi takpa, abaikan dulu pasal kerja..

Ok, just nak cerita cikit je, selepas 1 tahun aku berblog baru hari ni aku punya pageviews melebihi 100 ribu. Thanks to korang semua yang tak jemu-jemu singgah kat blog yang tak seberapa ni. Tanpa korang siapa aku dan blog aku ni.. Banyak pengalaman yang aku dapat daripada berblog ni, walaupon aku bukan la blogger setiap masa. Sapa-sapa yang tak blog lagi tu cuba-cuba kan la buat blog. Best woo..tak caya korang tanya la mana-mana blogger pon...

Ok la, jumpa lagi di lain entry...choww~

Ahad, 20 November 2011

Mark Zuckerberg Convert to Islam?


mark zuckerberg
Assalamua'laikum.

Siapa tak kenal dengan mamat ni, pengasas Facebook. Cerita ni sebenarnya dah lama dah tersebar, tapi mungkin tak tak dapat liputan sangat kot. Aku pon tak dapat nak pastikan benda ni betul ke tak. Cuma nak kongsi maklumat dengan korang je.

Cuba korang try taip kat google pasal Mark Zuckerberg Convert to Islam. Mesti korang akan dapat banyak cerita pasal dia. Katanya nama nya pon dah tukar kepada Mark Abu Bakar. Kalau betul la dia masuk islam Alhamdulillah, kalau tak betul moga-moga Allah beri hidayah kepada dia. Mungkin kalau dia masuk islam dia boleh membantu umat islam dengan kekayaan yang dia ada tu. Siapa tau... .

Korang boleh baca kat sini.

http://technob.com/index.php/facebook-ceo-mark-zuckerberg-converts-to-islam-now-known-as-mark-abu-bakar/ (tarikh entry ni 1 April, mungkin jugak April Fool..)

Sekali lagi aku nak bagitau, berita ni tak dapat nak dipastikan samada betul ke tak. Cuma nak berkongsi maklumat je..

:-)

Isnin, 14 November 2011

Nuffnang Stop Bagi Duit!

Assalamua'laikum...

nuffnang

Fuh!! Panas tajuk kat atas ni. Betul ke apa yang aku kata kat atas tu? Betul la..aku tak tipu korang.. Tak caya, tanya aku.. Tapi takda libatkan korang pon, aku sorang je rasanya..ngeh3~

Bukan apa, sebenarnya aku punye Buffered Earning dah lama tak jalan. Duduk diam je dia punya earning tu. Mungkin sebab dah lama aku tak update blog kot. Sebab tu la earning pon tak di update-update..huhu.. Bukan aku tak mau update blog, tapi susah la jadi orang penting ni, semedang je busy..huhu.. Ok, nasihat aku kalau korang ada BE tu rajin-rajin la berblog lagi. Baru la masyuk.. Buktinya? korang buat la dulu. Lepas mesti korang akan buat entry macam ni... Yes! dapat buffered earning nuffnang lagi!!

Omong kosong : Tak sangka blog aku ni dah berusia 1 tahun lebih...

Selasa, 8 November 2011

Lelaki Handsome VS Tak Handsome. Apa Kata Perempuan?

apa pandangan korang?

Assalamua'laikum.

Malam ni jom kita renungi sejenak karenah segelintir gadis-gadis sekarang ni. Aku tak cakap semua, cuma segelintir je...


kalau lelaki hensome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan.. macam bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam muka pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia tu...belakon jer

Selanjutnya....

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah)... patutlah, tengok saja luarannya...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama "keluarga" memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: driver jer tu?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!!eee...lelaki ke dia ni?

Kadang-kadang lelaki kureng hamsem ni diperlakukan tidak adil oleh kaum wanita. minta maaflah kaum wanita semua kalau anda terasa. Aku akui gak sebab benda ini terjadi gak pada kaum wanita yg kureng cantik... cuba fikirkanlah sejenak kaum lelaki dan kaum wanita semua...

Jumaat, 4 November 2011

PDRM Dah Pakai Buggati Veyron!!

Assalamua'laikum..

Korang tak percaya? Tengok kat bawah ni...

Buggati Veyron PDRM

Amacam? Cun tak?? hahaha...

Khamis, 3 November 2011

Busuk-busuk Pon Beratus Trafik dari Ping Busuk

ping busuk

Assalamua'laikum.

Sengaja aku tak mau nak update blog sebab nak tengok keberkesanan teknik-teknik SEO dengan ping-ping yang dah buat. Hasilnya? Boleh la tahan. Boleh dikatakan blog aku ni sering dikunjungi walaupon aku tak update blog. Berapa banyak? Tak banyak mana pon. Tu pon nak kecoh..Ada la 200 lebih unik vesitor setiap hari.. Lebih kurang la..

Ok la, korang kenal ping busuk? Ni la salah satu tempat aku dok selalu ping setiap entry blog aku. Walaupon namanya agak busuk, tapi busuk-busuk tu la yang banyak bagi trafik ke blog aku..Tak caya tengok la kat bawah ni. Hasil untuk minggu ni..

referring site

Hah..aku dah try. Sekarang korang punya turn pulak..go..go..go...




Jumaat, 28 Oktober 2011

Gempar! Laman Web FAM Kena Hack!

Assalamua'laikum.

Laman Web FAM di Hack

Waaa..nampak gayanya makin kecoh sekarang ni pasal FAM tak nak turunkan harga tiket.. Terbaru, laman web FAM pula kena hack. Bagi aku la FAM tak sepatutnya naikkan harga tiket sampai RM50. Mahal sangat tu.. Ni bukannya perlawanan Terengganu lawan MU ataupon Chelsea. Tengok sekarang ni, apa dah jadi? Lain kali kalau nak naikkan harga tiket bukannya bincang dalam mesyuarat FAM je, tanya pendapat orang ramai jugak. Baru la betul.. Tak gitu?

Nak tengok laman web tu? Jom ramai-ramai kesini.. http://www.fam.org.my/

Isnin, 24 Oktober 2011

Keywords Famous Untuk Minggu Lepas

Assalamua'laikum...

keywords best

Dah lama tak update blog, saye rindu pada belog saye..huhu.. Ok, dah lama jugak aku tak cerita pasal keywords untuk blog aku ni. Oleh sebab mood masih lagi suam-suam kuku untuk taip panjang-panjang apa kata korang tengok je gambar kat bawah..

keywords for last week

Aku pon tak faham macam mana keyword 'spr' boleh sesat ke dalam blog aku. Agaknya sebab entry ni kot. Keputusan Penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak dengan Semakan Daftar Pemilih : SPR Malaysia. So, kalau korang pandai bermain dengan SEO ni senang-senang je korang boleh dapat trafik free ke blog korang. Percaya la...

Oh ya, entry ni paling cepat naik diantara semua entry-entry dalam blog aku... Jom lawat kejap.. Free Download Klip 3GP.


Khamis, 20 Oktober 2011

Jom Tambah Trafik Blog!

klik pada gambar

Assalamua'laikum. Entry kali ni ringkas je, malas nak taip panjang-panjang. Jom join segmen dari blog ni.. http://salwaismail.blogspot.com

Khamis, 13 Oktober 2011

Lagu Baru Najwa Latif. Ending Cinta Muka Buku?

najwa latif

Assalamua'laikum...

Dengar tajuk macam ni confirm terfikir kat Najwa Latif tu kan? Sapa tak kenal budak kecik ni. Tengah top sekarang dengan lagu Cinta Muka Buku. Tapi...ramai yang tak tau lagi yang lagu Cinta Muka Buku ni dah ada ending dia.. Tapi bukan Najwa Latif yang nyanyi, orang lain..

Nak dengar lagu baru ni? Layan jugak la..ngeh3~



Lagu ni just for fun je..ni bukan lagu baru Najwa Latif.

Thanks to : Encik Mimpi

Free Download Klip 3Gp, Ganas, Gerun Dan Ghairah

klip 3gp

Assalamua'laikum...

Ye! esok korang dah boleh tengok dah cerita ni. Aku tak mau nak ulas apa-apa lagi pasal cerita ni. Apa yang dapat tau cerita ni agak ekstrem cikit. Cikit je..tapi tak sesuai untuk budak-budak macam aku yang belum baligh dan belum masuk jawi lagi.. Pelakon-pelakon Klip 3gp ni kebanyakannya pelakon baru yang berbakat besar seperti Mimi (O.N.E), Zahiril Adzim, Fikhree Bakar, Sabhi Sadhi, Adeline Tsen, Jojo, Zydee dan ramai lagi yang aku tak kenal pon sebenarnya diorang semua ni.

scenes 1
scenes 2
Apa yang aku nak ulas sebenarnya ialah... Tajuk kat atas tu adalah permulaan untuk keyword yang bakal up 2 3 hari nanti. Adakah korang tau bahawa keyword-keyword pasal Klip 3gp ni akan melambung tinggi kat google, yahoo, bing dan sebagainya dalam masa terdekat ni? So, aku nak nasihatkan korang kalau nak dapatkan free traffic ke blog korang, korang manfaatkan la keyword-keyword ni dengan sebaiknya.

scenes 3
Dari pengalaman aku la.. Keyword yang agak famous nanti mungkin : free download klip 3gp, download klip 3gp, cerita klip 3gp, sinopsis klip 3gp, trailer klip 3gp. Pokoknya perkataan klip 3gp itu harus ada..huhu..

So, apa tunggu lagi? Buat la entry pasal klip 3gp ni...

Selasa, 11 Oktober 2011

Best Pulak Lagu Jawa ni..

didi kempot. penyanyi jawa..

Assalamua'laikum.

Update 12/10/2011 (9.43pm) : Mana-mana blogger yang masuk ke entry ni dari innit.nuffnang.com aku mintak maap banyak-banyak..bukan aku nak buat trick ke ape ke, aku salah bagi link la..ramai pulak yang meradang ngan aku hari ni..huhuhu...

sebenarnya ni link yang aku nak post kat innit.nuffnang.com tu..

http://episodkehidupanku.blogspot.com/2010/11/walawei-tak-sampai-sebulan-join.html



Malam-malam yang tenang segini memang best kalau layan lagu-lagu jiwang. Tapi aku bukan mat jiwang, mahu pon mat rempit, apatah lagi mat ganja. Silalah percaya pada aku. ngeh3~

Minggu lepas member aku ni ada la bagi lagu jawa ni kat aku. Dengor punyer dengor walaupon tak paham rasa best jugak. Tu yang sekarang ni nak try cuba fahamkan apa maksud lagu tu. So, sapa-sapa yang kat sini orang jawa boleh la aku tolong translate cikit-cikit apa maksud lagu ni. Maklum la, aku bukan orang jawa, tapi orang KL.ngeh3~ Takda la, aku ni orang banjar yang berasal dari kampung je. Atuk dengan nenek aku je yang duduk kat KL. Biasa la, dunia dah terbalik.huhu..

Ok la, jom layan lagu jawa ni sat..zassss~~




Sabtu, 8 Oktober 2011

Mahal Gila Perodua Kancil Ni!!

Assalamua'laikum. Fuh! Sukar untuk dipercayai.. Hah! Korang tengok la sendiri...

RM 80 000?

Pergh... Dah sama harga dengan Kia Forte dah ni..hahaha....


Sumber : http://www.carlist.my/used-cars/458595/perodua-kancil-850.html

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kenali Jantina Laptop Anda


male or female?

Assalamua'laikum. Ye! Ape korang ingat benda hidup je ada jantina? Laptop/PC pon ade la.. Tak caye cuba try test korang buat macam kat bawah ni..


1.Langkah pertama buka notepad. Lepas tu taip perkataan dibawah dalam notepad. Nak senang copy and paste je..


CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2.Kemudian save as dengan nama
i love you.vbs

3.Tutup file tu,Kemudian buka balik file tu.Nanti akan keluar suara “i love u”.Kalau keluar suara lelaki tu maknanya laptop korang jantina lelaki dan begitula sebaliknya.


PC aku seorang gadis..korang punya??


Sumber : Dari facebook Yamaha Group


Rabu, 5 Oktober 2011

Adakah Ini Rupa iPhone 5 Sebenar?

iPhone 5 (1)
Assalamua'laikum. Yeah! Berjaya mengupdate blog setelah 3 4 hari cuti. Biasa la, sekarang ni kejap panas, kejap sejuk gile. Tu pasal tak berapa nak sihat lagi walafiat.

Malam semalam semua orang tertunggu-tunggu pengumuman yang di buat oleh syarikat Epal. Ingatkan nak umumkan iPhone 5, rupa-rupanya yang diumumkan hanyalah iPhone 4S. Korang tau ape tu 4S? Kat kilang-kilang banyak yang amalkan 4S ni.huhu.. Tapi bukan tu maksudnya.. Ntah la, yang aku tau cuma processor pada iPhone ni diupgrade kepada yang lebih power lagi... Betul ke??

Ok la, gambar-gambar kat bawah ni hanyalah rumor belaka. Tak tau la betul ke tak. Pergh! Layan siot..
iPhone 5 (2)
iPhone 5 (3)

iPhone 5 (4)

iPhone 5 (5)
iPhone 5 (6)


Lawa kan??

Sabtu, 1 Oktober 2011

Speed Up Komputer Korang Dengan Mudah

speed up my PC

Assalamua'laikum. Dah berapa hari ye aku tak update blog? Sakit otak aku tak tau nak update mende kat blog ni. Boring-boring aku pon bagi la lajukan PC aku ni yang dah memang laju macam Buggati Veron..ungkapan riak ikhlas dari hati aku..haha.. Takda la, gurau-gurau cikit..

Ada cara mudah nak lajukan korang punya PC atau Laptop korang. Nak tau? Senang je, kurangkan korang punya start up masa korang on PC/laptop korang. Aku pon tak tau nak bahasakan macam mana.huhu.. Senang cerita sila lihat video kat bawah ni..



korang untick la yang mana tak perlu kat bahagian start up tu. Buat lembap komputer je..yang agak-agak penting macam anti virus tu tak payah la untick..kan tu penting.. Yang ni simple punya pelajaran, budak darjah 2 pon boleh faham..huhu..

Ok la, korang cuba buat dulu..aku nak tidur.. ZzzzZZzzz.......

Rabu, 28 September 2011

Nak Famous Pon Agak-agak La Bro..

sumbangan dari google

Assalamua'laikum. Selamat malam untuk korang semua yang setia membaca blog aku ni. Walaupon blog aku ni tak sehebat blog Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Beautiful Nara, tapi korang tetap jugak baca blog aku. Blog yang hanya sekadar picisan dipinggir jalanan. Betul ke ayat aku ni?

Takpa la, aku tak kesah dengan semua tu. Buat apa kita nak bandingkan blog kita dengan blog orang lain kalau setakat nak mencari publisiti atau pon nak jadi famous. Tak penting pon semua tu. Ingat, kalau sekarang ni kita kat atas tak mustahil satu hari nanti kita akan jatuh juga. So, sentiasa la bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni. Jangan lah jadi macam sesetengah orang yang mencari publisiti dengan cara yang tak beberapa nak elok.

bersyukur seperti kucing ni bersyukur..

Hari tu ada la seorang member aku ni yang agak famous jugak dalam dunia blog. Tapi cara nya tak beberapa nak best sebab cara dia naik tu dengan cara menghentam blogger-blogger yang agak famous. Dia suka mencari kekurangan dan kesilapan blog-blog diorang tu. Lepas tu buat entry hentam kaw-kaw. Aku pon boleh buat macam tu, tapi tak best la kan. Tak payah sampai macam tu sekali. Bila blogger-blogger lain kutuk dia tau pulak terasa. Ingatkan takda perasaan.

kalau marah macam burung ni takpa lagi

Macam ni la.. Senang je, nak maju usaha kena lebih. Dah maju cuba bantu member-member yang lain. Jangan la buat orang sakit hati atau terasa dengan apa yang kita buat. Bagi aku la, menjaga hati orang lain lebih penting daripada menjaga hati aku sendiri. Ni la yang aku selalu buat. Betul ke apa yang aku buat ni?


Isnin, 26 September 2011

Apabila Hukum Hudud Dipersendakan Utusan

Assalamua'laikum. Panas betul hati aku bila tengok kartun Utusan hari ni. Boleh pulak diorang buat main-main pasal hukum hudud ni. Ni la akibatnya kalau tak faham pasal agama. Bukan nak kata la, aku pon bukan la pandai sangat soal agama ni. Tapi aku tau la mana satu gurauan, mana satu yang tak boleh dipermainkan.

Korang tengok kartun kat bawah ni. Apa korang punya pendapat?

jelas lagi nyata hina hukum Allah..

Jumaat, 23 September 2011

Iklan Terbaik TM!

Assalamua'laikum. Sekarang ni aku lepak mana-mana je mesti ada orang sebut pasal 'Ramli'. Siapa Ramli ni? Kat bawah ni gambar dia. Mesti korang kenal punya...

ramli oh ramli...
Iklan kat bawah ni antara yang terbaik pernah aku tengok iklan dari TM. Walaupon agak lawak tapi orang kata terbaik la dari ladang...huhuhu..

Ahad, 18 September 2011

Daftar 'Free Traffic' Untuk Blog Anda

traffic digger

Assalamua'laikum. Kembali kepada topik yang agak best untuk dikongsi. Blogger-blogger yang baru nak up mesti suka baca punya.. Aku pon kalau bab-bab nak naikkan trafik ni memang aku suka. Blog aku ni pon baru jugak..Tak sampai pon setahun jagung rebus blog aku ni wujud. Tadi aku bukak Blog Milo Suam, tengok la dia punya trafik blog..fuh! teruja aku.. korang nak tengok?

blog Milo Suam

pageviews

ni pon paling sikit aku rasa..selalunya 400 ke atas


Ok la, korang pernah dengar tak pasal traffic digger? Ramai yang belum tau lagi kot.. Aku dah lama tau tapi buat-buat tak tau je. Kali ni aku nak try la, mana tau kot-kot menjadi ke. Dari blog Milo Suam ni la aku teringin nak join benda ni sebab dia pon buat jugak.. Nak join? Senang je..

1. Daftar korang punya blog kat bawah ni...

Free advertising
klik kat sini..
2. Buat satu entry, nak copy paste entry aku ni pon tak pa..aiman tak kesah~

3. Tag la member-member korang seramai yang boleh. Lepas tu bagitau diorang, ajak diorang join sekali.. Yang tak ditag pon boleh join sekali...

Aku pon baru nak try ye. Jangan salahkan aku kalau tak menjadi.. Tak salah mencuba sesuatu yang baru, kan sedikit sebanyak ainya akan menambah ilmu kita..huhu..

Ok, ni mangsa-mangsa yang jadi pilihan hati aku..

1. Aizuddin Ahmad Kamal
2. Aesya Zealous
3. Lieynanilaz
4. Hasniza @ Eja
5. Aque Rusydone
6. Nur Ayuni
7. Sufi Print
8. Uncle Hyree
9. Farah Izwani
10. Sharifatulhana
11. Abang Zam
12. Urzain Hussain
13. Mohd Khairi
14. Juma
15. Eman Emano

Dah la tu cukup la kot..ramai dah ni...

Keyword Terbaik Minggu Ini

keyword for this week

Assalamua'laikum. Selamat pagi..Bangun! bangun!!. Dah pukul 9 lebih dah ni. Apa barang tidur lama-lama. Tak bujang la..huhu... Aku pon ngantuk lagi sebenarnya, taip entry ni pon dalam keadaan menguap seperti anak kucing sedang menguap.huaaa.....

macam ni la rupa aku masa menguap..comel kan?

Ok la, nak tunjuk cikit kat korang pasal keyword yang menjadi pilihan untuk blog aku minggu ni. Blog aku ye, bukan blog Hanis Zalikha..haish.. Macam mana boleh teringat kat kekasih lama dia pulak ni. Mungkin sebab rindu kat dia kot.ngeh3~

keyword dari Nuffnang
Macam biasa, ayat ayat manis sentiasa menjadi pilihan ke blog aku. Aku pon heran gak, padahal dalam blog aku ni ada 1 je entry pasal ayat-ayat manis. Ni ha entrynya.. Senarai Ayat-ayat Manis Lagi Power Rangers. Walaupon tak beberapa nak power keyword ni, tapi boleh la setakat nak tambah trafik ke blog aku. Dah la, aku nak sambung tidur balik.. chowww.....

Translate Dalam Youtube

youtube

Assalamua'laikum. Rasanya ramai yang tak tau lagi yang Youtube ade fungsi translate dalam sesetengah video. Walaupon benda ni dah lama wujud tapi aku pon baru je tau tadi. Agak ketinggalan cikit la aku ni..ish3~

Cuba tengok gambar kat bawah ni. Nampak tak ada tulis cc kat bawah tu.. korang boleh klik kat situ and then boleh select bahasa yang korang nak translate kan tu..

youtube translate
Sekarang meh kita layan video kat bawah ni.. Nah..korang cuba try test...




Sabtu, 17 September 2011

Churp Churp Lebih Masyuk Dari Nuffnang?

campaign image


campaign image

campaign image 

campaign image

campaign image 

campaign image

campaign image

campaign image


Assalamua'laikum. Ramai orang cakap iklan churp-churp ni kalau kita buat
betul-betul akan lebih masyuk dari Nuffnang. Betul ke? 
Takpa, biar aku try dulu..mana tau kot-kot betul ke. Gunakan manfaat yang
ada dengan sebaiknya. Sambil-sambil baca ni klik la apa yang patut ye..
Sedekah tu kan satu amal jariah...ngeh3~~


NTV7 Cuba Sabotaj Ucapan Najib?

ntv7

Assalamua'laikum. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni. Ni masa pengumuman PM kita masa malam 15 September hari tu. Agak-agak apa yang korang fikir? huhuhu..

disaster date? biar betul ni...

Boleh pulak berlaku kesilapan macam ni..ish3.. Tak patut betul..hehehe...

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting