1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Rabu, 28 September 2011

Nak Famous Pon Agak-agak La Bro..

sumbangan dari google

Assalamua'laikum. Selamat malam untuk korang semua yang setia membaca blog aku ni. Walaupon blog aku ni tak sehebat blog Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Beautiful Nara, tapi korang tetap jugak baca blog aku. Blog yang hanya sekadar picisan dipinggir jalanan. Betul ke ayat aku ni?

Takpa la, aku tak kesah dengan semua tu. Buat apa kita nak bandingkan blog kita dengan blog orang lain kalau setakat nak mencari publisiti atau pon nak jadi famous. Tak penting pon semua tu. Ingat, kalau sekarang ni kita kat atas tak mustahil satu hari nanti kita akan jatuh juga. So, sentiasa la bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni. Jangan lah jadi macam sesetengah orang yang mencari publisiti dengan cara yang tak beberapa nak elok.

bersyukur seperti kucing ni bersyukur..

Hari tu ada la seorang member aku ni yang agak famous jugak dalam dunia blog. Tapi cara nya tak beberapa nak best sebab cara dia naik tu dengan cara menghentam blogger-blogger yang agak famous. Dia suka mencari kekurangan dan kesilapan blog-blog diorang tu. Lepas tu buat entry hentam kaw-kaw. Aku pon boleh buat macam tu, tapi tak best la kan. Tak payah sampai macam tu sekali. Bila blogger-blogger lain kutuk dia tau pulak terasa. Ingatkan takda perasaan.

kalau marah macam burung ni takpa lagi

Macam ni la.. Senang je, nak maju usaha kena lebih. Dah maju cuba bantu member-member yang lain. Jangan la buat orang sakit hati atau terasa dengan apa yang kita buat. Bagi aku la, menjaga hati orang lain lebih penting daripada menjaga hati aku sendiri. Ni la yang aku selalu buat. Betul ke apa yang aku buat ni?


19 ulasan :

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting