sumbangan dari google |
Assalamua'laikum. Selamat malam untuk korang semua yang setia membaca blog aku ni. Walaupon blog aku ni tak sehebat blog Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Beautiful Nara, tapi korang tetap jugak baca blog aku. Blog yang hanya sekadar picisan dipinggir jalanan. Betul ke ayat aku ni?
Takpa la, aku tak kesah dengan semua tu. Buat apa kita nak bandingkan blog kita dengan blog orang lain kalau setakat nak mencari publisiti atau pon nak jadi famous. Tak penting pon semua tu. Ingat, kalau sekarang ni kita kat atas tak mustahil satu hari nanti kita akan jatuh juga. So, sentiasa la bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni. Jangan lah jadi macam sesetengah orang yang mencari publisiti dengan cara yang tak beberapa nak elok.
bersyukur seperti kucing ni bersyukur.. |
Hari tu ada la seorang member aku ni yang agak famous jugak dalam dunia blog. Tapi cara nya tak beberapa nak best sebab cara dia naik tu dengan cara menghentam blogger-blogger yang agak famous. Dia suka mencari kekurangan dan kesilapan blog-blog diorang tu. Lepas tu buat entry hentam kaw-kaw. Aku pon boleh buat macam tu, tapi tak best la kan. Tak payah sampai macam tu sekali. Bila blogger-blogger lain kutuk dia tau pulak terasa. Ingatkan takda perasaan.
kalau marah macam burung ni takpa lagi |
Macam ni la.. Senang je, nak maju usaha kena lebih. Dah maju cuba bantu member-member yang lain. Jangan la buat orang sakit hati atau terasa dengan apa yang kita buat. Bagi aku la, menjaga hati orang lain lebih penting daripada menjaga hati aku sendiri. Ni la yang aku selalu buat. Betul ke apa yang aku buat ni?
18 ulasan :
aku tahu sape yang ko maksudkan
aa betul tu, kalau nk femes pun jgn la sampai nk menghentam orang yg dh femes kan..xbesh la mcm tu kan huhuhu
pendamba setuju ngn entri ni..pndamba pun masih bru dalam dunia blog
cm best je.. nk link dy blh x?? hihiihihi
tak baik hentam-menghentam ni...semua individu ada hak bersuara. apa yang ditulis itu adalah apa yang dirasa. as long jangan petik blog orang lain, dah ler. be good. =)
ala...blogging ni kene cara yang sihat, baru best!
tapi, aku perasan, ada blogger yang buat entry hentam2 tapi sebenarnya tujuan dia untuk promosi blog yang di hentam tu.kire ada isi tersirat lah... huhuhu..mcm2 kreativiti blogger ni kan.. :)
sekranag ni macam trend plak buat blog untuk hentam org sebab nak kejar glemer
tahu beberapa blog yang macam tu
malas nak visit atau bagi link pada mereka
Bagi saya, lebih baik tumpukan pada blog sendiri. Famous tak famous bergantung kepada niat kita berblogging. :)
ingatkan apa lah tadi hehehe
sapa ek blogger tu. ishh...tak baik lah gitu....tak berkat duit nuffnang yg dia dpt nnti baru taw. :D
ooooO ingatkan ape tadi he he
aku setuju sangat! dan aku rasa aku tahu siapa orang itu..heehe..nak tahu?? tak perlulah..
*tak baik buka keaiban orang. :)
salam. betul tu. kadang ada jugak blog yg femer dgn menumpang glemer org lain. itu tak kisah hak dia tp yg mengganggu, boleh pulak kekwat tu,seolah2 blonya hebat krn diri dia. yg mcm tu sila la berubah jugak. nak glemer sgt jd artislah.jd pilitician ke. kita tak payahla buat mcm tu. gembiralah dgn blog kita even tak seberapa ;)
laaa... xabes lg ke cite blogger hentam blogger nih? ingatkan da expired dah...hahaha... ke die wat hal lagi?ntah ar... aku sendiri pon pnh dihentam org yg dulu merangkak2 sebelah aku... tp aku peduli ape, dah dasar aku ni gile nk menaip,suke nak merepek,suke nak luahkan ape yang aku rasa, tu la antara sebab aku buat blog 5 tahun lepas. alah, pedulikan die, tapi pada aku, salah satu cara kite nak naik,kite kena tolong org lain naik sekali, baru kite leh naik..."ini hukum karmaaaaaaaaaaaa haaaa" kata awie...
cerita ni xde la lame sgt..skg ni dh suam2 kuku cerita ni..huhu..tp tu la hakikatnya...ape yg korg ckp tu btl..saling bntu mmbantu tu lebih baik dr menjatuhkan org...
yeah!!! i know this person...
sampai siap buat psot, pasal buat blog untuk kutuk orang.
haha!
bila seseorang tuu meningkat dah mulalah dia nak g kutuk sana sini.
hehe!
btol tu..
tak baik menjatuhkan orang ni..
relex sudah bro.. lantak diaorg la.. kita nk happy blogging je.. cari kawan.
Catat Ulasan