1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Isnin, 31 Januari 2011

25 Random Things About Me..

Thanks To Redha Sarhan


Assalamua'laikum. Oleh sebab telah ditag oleh Ajai, dengan rela hatinya chawi menyahut cabaran untuk membuat entry ni. 25 random things about me. Kenapa nak cerita? Sebab ini belog saya.hehe.. Takda la, boleh jugak korang kenal chawi dan blogger-blogger lain dialam fana cinta maya ni.hahaha..

Jangan la baca! Segan la..hahaha..

1. Lahir lepas orang habis tahyat akhir sembahyang jumaat. Diiktiraf sebagai baby paling cute masa tu. Jangan jeles.haha..

2. Pernah demam sebab kucing kena buang dengan abah. Rindu woo kat kucing tu.

3. Budak kampung, bukan budak bandar ataupon pinggir bandar.

4. Ada guli yang masih elok sampai sekarang. 1 tan tin besar. Masa kecik dulu hebat main guli. Mandi parit/ban pon feveret masa kecik jugak.

5. Boleh cakap bahasa banjar, perak, dan kedah dengan lancar lagi licin.

6. Selalu kantoi rokok rambut masa tengah belajar. Tak kira sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknik atau pon politeknik. Maybe diorang semua jeles dengan rambut chawi yang lurus bendul lagi mulus.hehe..

7. Pernah dikatakan gila kuasa masa darjah 5 dengan 6. Sebabnya jadi ketua kelas, ketua boria, ketua pengakap, ketua nasyid, kapten team bola. Juga merupakan penyanyi untuk lagu sekolah rendah seberang perak. Selalu dapat undangan kalau ada cikgu-cikgu yang memerlukan khidmat nyanyian.hahaha..

8. Koleksi moto yang pernah chawi pakai Suzuki RC, Suzuki RG dan Yamaha Lagenda 110. Rempit adalah hobi utama masa form 1-form 3.

9. Suka menyanyi tak kira dalam rumah, dalam reban, dalam kelas mahu pon dalam bas.hahaha..

10. Suka kenakan orang tapi takda la lebih-lebih. Boleh mematahkan setiap kata-kata orang yang nak kenakan chawi.

11.  Suka berdebat pasal politik. Politik adalah bacaan utama chawi setiap hari.

12. Handphone ada 3, tapi guna 2 je. Sony dengan Samsung. No telefon 0175149852 (No ni dah digabungkan no Celcom dengan Maxis.hahaha..

13. Pernah bercinta masa form 5. Tapi tahan setahun jagung je. So, sampai sekarang tengah menikmati ketenangan hidup single mingle. Aweks-aweks yang nak masuk line dipersilakan ambil ujian dulu. Muahaha...

14. Suka lagu lama hindustan, lagu lagenda rock, lagu indon, dan lagu-lagu melayu yang baru.

15. Akan bawak moto selaju yang boleh kalau tengah tension.

16. Tau menjala, memukat, tahan taut, memancing, panjat pokok kelapa.

17. Tak pandai sangat berbahasa inggeris, tak pandai memasak, tapi boleh mengaji.

18. Ramai kawan perempuan kata chawi ni pemalu sangat. Malu ke?? Mana ada. Segan tu ada la..

19. Kat sekolah teknik belajar elektrik, belajar mekanikal kat poli, tapi keje bahagian financial advisor. Semua lari bidang woo..

20. Seorang paksu yang penyayang, tak percaya korang boleh tanya kepada lebih 20 orang anak buah chawi. Ramaikan?

21. Boleh selesaikan rubik 3x3 bawah 1 minit 30 saat. Rekod paling pantas 1 minit, 8 saat. Tak pantas mana pon..

22. Lebih dikenali dengan panggilan "Chawi" oleh membe-membe. Sebabnya saya tinggal di Kampung Bukit Chawi, Seberang Perak.

23. Mudah touching kalau orang buat chawi sedih. Mudah juga dipujuk.hehehe..

24. Laman web yang wajib dibukak masa online. Blogger, Facebook, Nuffnang, Malaysiakini, Berita Harian, Kosmo, Chelsea fc.

25. Suka memuji diri sendiri macam kat atas ni, tapi susah nak cerita kelemahan diri macam kat bawah ni. Jumpa tak? Mana ada, kan dah bagitau chawi susah nak bercerita.hahaha..

Ok, dah siap. Sekarang adalah masa untuk mengetag rakan-rakan.


Tak larat nak tag banyak-banyak. Cukup la kot.hehehe..

Ahad, 30 Januari 2011

Blog Aku Dalam Senarai Laman Web Microsoft !

Microsoft

Assalamua'laikum. Dah lama tak tanya kaba korang kan? Sihat ke demam?hehe.. Ye la, kan sekarang ni musim hujan. Syok la dapat main hujan selalu.huhu.. Ok, cukup mukadimah untuk entry ni. Tak Mau panjang-panjang, Nanti korang jemu nak baca.

Hairan, aneh, pelik. Macam mana chawi punya blog ni boleh sesat dalam laman web Microsoft ni. Takkan Bill Gates promote blog chawi kot. Hari tu Mark Zuckerberg, tak caya korang boleh tengok entry tu kat SINI. Takda la, kalau datang dari google ke, yahoo ke, bing ke, chawi takda la hairan sangat. Ni tak, datang dari laman web ni http://www.microsoft.com/vista. Vista pulak tu, bukan windows Me atau pon windows 98.haha.. Bawah ni saksinya.

ni baru untuk hari ni je..

Setau chawi laman web tu berkaitan dengan windows je, mana ada kaitan dengan blog-blog ni. Kan? Ahh..lantak la, janji dia tak kacau blog ni.hehe.. Traffik utama mestila dari matahaw. Banyak kali dah chawi promote blog matahaw, bukan apa dia banyak tolong chawi dengan blogger-blogger yang lain. Chawi nak jugak tolong blogger-blogger yang baru ni. Tapi nak buat macam mana, chawi pon bukan teror sangat macam beliau. Bodo tahap piang lagi ni.huhuhu.. Maybe disebabkan dia jugak la chawi dah dapat Buffered Earning (BE) dari Mr. Nuff. Tak banyak mana pon. Cukup la setakat nak beli ferrero roche 1 kotak.ahaks~ hahaha..

p/s: Biar banyak kawan, baru la banyak dapat ilmu.. kan3??

Lagu Baru InsyaAllah Versi Melayu - Maher Zain

Maher Zain

Assalamua'laikum. MasyaAllah, bestnya lagu baru dia ni. Betul-betul menusuk hati ni.huhuhu.. Bagi korang yang belum dengar lagi lagu baru Maher Zain versi melayu ni jom kita dengar sikit. Penyanyinya Maher Zain ye, bukan orang lain. Ye la, kan banyak kat Youtube lagu ni orang melayu buat sendiri versi melayunya.huhu.. Ok la, jom layan.



Merdukan? Hope lepas ni Maher Zain ni buat la lagi lagu-lagu dalam bahasa melayu, mesti gempak punyalah. Yang penting sekali korang kena ingat la, lagu-lagu dia ni berunsurkan dakwah. So, jangan la dengar sekadar nak syok je. Tak guna jugak kalau macam tu. Kan3?? hehe..

p/s: Korang kalau minat nak jadi artis, jadi la macam Maher Zain ni. Jadi artis yang boleh berdakwah untuk semua orang. Chawi pon ada jugak cita-cita nak jadi macam dia.hehehe.. ;D

jangan lupa klik ni. 
tolong menolong naikkan trafik.hehe

Yeah.. Kelantan Juara Piala Sumbangsih 2011 !!

Kelantan Juara Piala Sumbangsih 2011

Assalamua'laikum. Yeah! Seperti yang korang tengok kat tv tadi, Kelantan buat pertama kalinya dalam sejarah muncul juara Piala Sumbangsih lepas menyumbat 2 gol yang tak mampu dibalas oleh Selangor. 2-0 la tu.huhu.. Selangor tak mampu pertahankan Piala Sumbangsih yang diorang menang masa 2009 dan 2010.

Pemain terbaik Piala Malaysia 2010, Norshahrul Idlan Talaha tenang je sepak penalti tadi. Gol pertama untuk musim 2011 ni. Gol kedua memang terbaik la. Sapa tak kenal dengan Piya atau Badri Radzi. Pergh..memang style la dia punya gol tadi. Ronaldo je boleh buat macam tu.hohoho.. Bagi chawi Piya ni macam Salomon Kalou la. Best tengok dia main tadi. Tadi masa game Chelsea vs Everton Kalou pon bagi gol jugak. Sama la dengan Piya tadi. Korang kenal ke tak diorang ni? Penat Chawi cerita ni.hahaha..

lebih kurang sama kan?hehehe..

Ok la, lain-lain game korang boleh tengok keputusan penuh Liga Super 2011 untuk first game.

Kelantan  2 - 0  Selangor
Kuala Lumpur  1 - 1  Perak
N. Sembilan  1 - 0  Harimau Muda
Pahang  3 - 1  Perlis
Kedah  0 - 0  T-Team
Johor FC  0 - 0  Felda United
Terengganu  0 - 0  Sabah






Sabtu, 29 Januari 2011

Liga Malaysia 2011 - Perak

Logo Baru Liga Malaysia 2011


Assalamua'laikum. Lebih kurang 2 jam lagi Liga Malaysia 2011 bermula. Dah tak saba dah nak tengok kebangkitan team kesayangan chawi ni. Perak la, tak kan Cardiff City pulak.hohoho.. Untuk first game Perak akan berkunjung ke Kuala Lumpur. Hope dapat 3 mata penuh la. Kalau kita tengok game friendly sebelum ni nampaknya banyak perubahan yang Mr. Norizan Bakar dah buat. Sekali pon tak pernah kalah. Korang boleh tengok keputusan perlawanan pra liga team Perak kat bawah ni. 

Perak 0-0 Pos Malaysia
Perak 1-1 KL Felda United
Perak 2-1 Sarawak
Perak 3-2 Muang Thong United (Juara Liga Premier Thailand)
Perak 4-1 Air Force United FC (Pasukan Divisyen 1 Thailand)
Perak 3-2 USM
perak 0-0 perlis
perak 3-0 kedah
perak 1-0 pkns

kad ahli
Jom jadi ahli!
Haha.. Korang ada ke? Chawi dalam proses nak jadi ahli ni.huhuu.. Bawah ni jadual game perak untuk musim ni. 

jadualfa2011
klik untuk lebih jelas
jadual2011
jadual team Perak

So, malam ni kita tengok bola. Tapi live confirm la Kelantan vs Selangor. Chawi sokong Kelantan.haha.. Sokong macam tu je la, bukan nya fanatik pon.huhu.. Team Perak dengan Chelsea je yang chawi sokong sebenarnya. Malam ni maybe tengok Chelsea vs Everton. Piala FA je.hehe.. Korang dah ready untuk malam ni?





Pergh.. Yamaha RXZ 2011 Style Gila !!

yamaha

Assalamua'laikum. Yeah! Berita baik punya untuk mat-mat rempit seMalaysia. Lepas ni korang boleh la merempit untuk memuaskan nafsu serakah korang.hahaha.. Serius! Memang style siot. Cantekkk~. Ni yang rasa nak angkat moto ni. Ni haa moto nye..


>

>

>

>

>

>
Style kan?hahaha..
Ni lagi style.hahaha..


So, macam mana? ada bran nak angkat tak?hahaha.. Siot betul Moderator Layanzz.com, tertipu chawi dibuatnya.haha.. 

p/s: Janganlah merempit, tak baik untuk kesihatan. Kalau mati sia-sia je hidup. Selamat berfikir... ;D 

Khamis, 27 Januari 2011

Blogger Kena Bang Bang Boom !! hahaha..

bang bang boom !

Assalamua'laikum.. Nak tau sapa blogger yang kena bang bang boom? Jom kita tengok kat bawah ni...

>

>

>

>

>

>

>

Siapakah orang nya?

?

?

?

?
Korang lah!! Hahaha..
mana ada blogger kena bang bang boom..
yes2!! anda terkena..kui3..
shenyum.. ;p

hahaha..

Rabu, 26 Januari 2011

D'lloyd Datang Malaysia Wei !!

ni la kumpulan D'lloyd

Assalamua'laikum. Sapa tak kenal dengan kumpulan D'lloyd memang dia bukan pencinta lagu-lagu lama. Walaupon chawi lahir pada tanggal 1989 masihi/ 1410 hijrah chawi kenal sangat dengan kumpulan ni. Cakap je lagu apa yang chawi tak pernah dengar lagu-lagu lama, hampir semua lagu chawi dah dengar. Hafal woo.haha.. Lagu paling best bagi chawi kumpulan D'lloyd ni mesti la lagu KeAgungan Tuhan. Jom tengok cikit lagu ni. Mesti korang ingat punya lah!




Haa..cantekkk~ Ingat pon.haha.. Tengok berita harian tadi dia kata kumpulan D'lloyd nak datang Malaysia bulan Mei. Nasib baik la chawi bukan peminat dia. Kalau tak dah turun K.L dah.haha.. Korang yang mana minat tu boleh la tengok diorang. Dah tua da diorang, vokalis tu pon umo dia da 65 tahun. Tapi masih gagah lagi tu. Jangan main-main.haha..

p/s: Chawi ni bukan la tegar pada lagu-lagu lama, lagu-lagu baru chawi suka jugak. So, sapa-sapa nak karok dengan chawi, jom..hehehe...

Kesilapan Besar Di Gengblogger

gengbloggegar

Assalamua'laikum. Baca tajuk pon dah tau, ni pasal gengblogger. Bukan pasal gengtwitter.haha.. Sebenarnya dah lama nak buat entry ni, tapi takda masa. Rasa malas pulak nak cerita panjang-panjang. Ok la, nak tau apa kesilapan chawi post entry kat gengblogger? Meh sini chawi ajo.

ni lah akibatnya..

Mak kata jangan post dua kali, kan dah tak dapat tempat kat popular hari ini. Ni la kesilapannya. So, nasihat chawi, jangan post 2 entry sekaligus kalau korang rasa entry korang tu boleh dapat tempat kat gengblogger. Hanya 1 blog je yang boleh diterima untuk bahagian tu. 

p/s: Jangan buat macam chawi ni, kan dah menyesal.hahaha..

Blog pilihan

Selasa, 25 Januari 2011

Mark Zuckerberg Promote Blog Aku?

Mark Zuckerberg

Assalamua'laikum. Serius, Tak pernah-pernah lagi dapat trafik jem dari facebook. Baru first time. Tak tau la sapa yang pandai-pandai promote blog chawi. Padahal mana ada update apa-apa pon kat blog ni. Terfikir jugak kot-kot pengasas fb ni kot yang promote blog chawi.hahaha.. Tapi tak mungkin. Jenuh jugak buat siasatan. Unit forensik pon datang sini tadi.haha.. Tapi tak jumpa-jumpa jugak. Nak tengok bukti?


klik untuk lebih jelas lagi nyata.

klik lagi kalau tak percaya

So, korang boleh buat tafsiran dan firasat tak? Lagi satu, tak lupa jugak kepada M@T@HaW sebab bagi pengunjung datang ke blog ni. Tak sangka ada jugak orang datang baca entry-entry picisan chawi. Terima kasih bro.huhu.. Ni la hasil 'magic' dari Matta Band Matahaw

Oh! Matahaw

Ni baru 2 3 hari berkawan dengan beliau. Belum lagi 2 3 bulan. So, sapa-sapa nak traffik extra dapatkan beliau dengan segera. Ni la Mark Zuckerberg tu.hahaha.. Korang nak kata apa?





Isnin, 24 Januari 2011

New Buggati Veyron 16.4 Super Sport

Assalamua'laikum. Tadi masa tengah ber'google' saja cari gambar-gambar kereta terbaru 2011. Lepas tu cari la kereta idaman chawi ni. Bugatti Veyron 16.4 Super Sport. Sapa tak nak wei kereta macam ni. Dapat free confirm chawi ambek.haha.. Nak beli tak mampu der. Harga dia lebih kurang 1.7 juta usd. So, dapat tengok gambar pon jadi la untuk melepaskan rindu.hehe..

2011 Bugatti Veyron 16.4 Super Sport wallpaper image
1
2011 Bugatti Veyron 16.4 Super Sport wallpaper image
2
2011 Bugatti Veyron 16.4 Super Sport wallpaper image
3
2011 Bugatti Veyron 16.4 Super Sport wallpaper image
4
2011 Bugatti Veyron 16.4 Super Sport wallpaper image
5
2011 Bugatti Veyron 16.4 Super Sport wallpaper image
6

2011 Bugatti Veyron 16.4 Super Sport wallpaper image
7

2011 Bugatti Veyron 16.4 Super Sport wallpaper image
8
2011 Bugatti Veyron 16.4 Super Sport wallpaper image
9
2011 Bugatti Veyron 16.4 Super Sport wallpaper image
10
2011 Bugatti Veyron 16.4 Super Sport wallpaper image
11
2011 Bugatti Veyron 16.4 Super Sport wallpaper image
12

Canteeeekk punya kereta. Ada sapa-sapa yang berminat nak bagi chawi sebijik kereta ni? haha.. Cett! Nak suruh belanja domino pizza pon kedekut. Sapa dia la tu kan.huhu..

p/s: Target kereta tahun ni, Myvi 1.5. Ada sapa-sapa nak beli kereta ni jugak? Boleh buat geng..haha..


Blog pilihan

Ini Sangat Penting !! Please, BACA !!!

Ingat!!

Assalamua'laikum. Kepada sesiapa yang selalu berdebat dekat FB tu hati-hati cikit dengan bahasa yang korang gunakan. Jangan sesekali menaip perkataan !$r@el (dengan perkataan yang sebenar) dekat fb sebab setiap kali korang menaip perkataan ni secara automatiknya korang akan tersenarai dalam fan page INI.

Macam mana boleh jadi macam tu jangan tanya chawi, sebab chawi tak tau. Yang pastinya benda ni betul-betul wujud. Walaupon kita langsung takda kaitan dengan page ni tapi tanpa kita sedar kita sedang diperhatikan dekat fb. Ada yang memerhatikan kita ni dari jauh. Sapa orang tu? Tiada jawapan dekat sini. Kalau boleh dekat blog pon jangan taip perkataan ni sebab mungkin jugak ada benda yang sama sedang memerhatikan kita.

Lagi satu, korang tau tak sebenarnya kat komputer seluruh dunia ada benda ni. Lambang negara !$r@el dengan lilin. Korang boleh cek kat sini. C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, lepas tu cari gambar ni, J0285926. So, apa yang korang perlu buat ialah delete je gambar ni. Tak perlu ada dalam komputer/laptop kita. 


Ok? Dah faham sekarang ni. So, tugas korang sekarang ni bagitau kat mak bapak, adik abang, sepupu, jiran tetangga, sahabat handai, musuh-musuh, sebarkan benda ni. Tak salah kita saling ingat mengingati. Sekian....

Ahad, 23 Januari 2011

Gambar-gambar Stereogram

Assalamua'laikum. Tau apa tu stereogram? Tak faham korang boleh baca kat wikipedia. Serius, kalau korang pandai menggunakan mata korang untuk tengok gambar-gambar kat bawah ni memang terasa best yang amat sangat. Ok la, sebelum korang tengok koleksi-koleksi gambar ni apa kata korang belajar dulu macam mana nak jadikan mata korang tu mata keranjang yang boleh tengok gambar stereogram.huhu..



Ok, dah belajar? Dah praktis? Apa kata korang tengok gambar-gambar kat bawah ni lepas tu bagitau chawi apa yang korang nampak. Ok??

1

2

3

4

5


6
7

8

9

10


Nampak tak? Ada setengah gambar tu dia ada tulisan. Contoh, gambar No 5 dia tulis "MOST DON'T DRINK". Kalau korang tengok dengan mata kasar memang tak nampak. Kena tengok dengan cara yang diajar dalam video tu. Ok, yang last sekali. Kat bawah ni. Kalau korang nampak chawi guna Stereogram Creator untuk buat nama ch@wi sendiri. Tulisannya kedalam. Nampak??

ch@wi
Haha.. Pening..pening....




Siapa Sebenarnya M@t@HaW Ni?

matahaw

Assalamua'laikum. Mesti korang tertanya-tanya kan siapa, dan kenapa chawi buat entry ni khas untuk M@T@HaW. Bukan untuk membodek ke apa ke, tapi nak bagi korang kenal dengan dia. Sebabnya? Korang tengok sendiri kat entry dia sekarang ni kat SINI.  Dengan berurusan dengan dia korang boleh dapat trafik yang tak dijangka dari blog dia. Boleh dikatakan misteri punya trafik.huhu..

Tak percaya korang baca entry-entry diorang. Semua blogger ucap terima kasih kat dia. Chawi dah baca dah entry tu semua sekali. Yang paling chawi kagum ialah dengan blog Abgteror. Blog baru je 2 bulan wujud, tapi ranking dia dah bawah 1000 kat Malaysia. Kebanyakan trafik datang dari blog matahaw. Korang boleh baca kat SINI.

Macam mana diorang boleh dapat trafik macam tu sekali? Entah la, chawi pon tak pasti sangat. Yang pasti lepas je diorang dapat award macam kat sidebar chawi ni diorang punya trafik memang kaw-kaw punya.huhu.. Ni bukan nya trafik secara menipu. Trafik ni ada cop halal ok.hohoho.. Bukan senang nak dapat award ni, the chosen one je yang boleh dapat.huhuu.. Chawi pon dah dapat. Tq Mr. Haw..hehe..

So, apa lagi. Nak dapat award tu pergi la terjah blog dia..

Punca Orang Tak Komen Kat Entry Korang

Nak komen ke?

Assalamua'laikum. Dah lama tak menaip entry. Lamakan? Rasanya dah 2 hari dah blog chawi ni tak di'update'. Biasa la, orang busy dengan bisnes.huhu.. Ok la, cukup mukadimah untuk entry ni.hehe.. Saba la, nak cerita la ni.

Ok, kat sini chawi just nak fokuskan pada 1 benda je. Benda ni salah 1 daripada punca-punca entry korang orang tak minat nak komen. Dah ramai dah blogger cerita pasal benda ni, tapi takpa la. Just nak ingatkan korang je. Ok-ok, gini ceritanya..

Nak tau apa salah 1 punca tu? Sebenarnya korang menyusahkan orang yang nak komen kat entry korang. Maksudnya kat sini, tiap kali orang tu klik post komen dia kena reload page tu dulu. Lepas reload tu kena isi 'word verification' pulak, lepas tu baru boleh post. Tak ke tu menyusahkan. Adoi..susahnya. Takda la, sekarang ni kita tak nak menyusahkan pengunjung blog kita. Sian la kat diorang tu. Kena pulak internet dia slow tahap gaban, lagi susahkan dia. Betul tak? Kalau macam chawi ni takpa la, internet kat rumah ni dah setaraf Unifi. Cuma bil je tak pernah bayar lagi.hahaha.. Dah, abaikan..

So, macam mana nak setelkan masalah ni? Ok, apa kata chawi cadangkan kat korang (yang mana belum buat lagi) korang ikut step kat bawah ni. Mudahkan pengunjung anda untuk mengomen-ngomen.huhuhu...

Haa, just ikut step-step ni. Senang je, ada 4 step..

1
 Pergi kat setting, lepas tu amek bahagian comment.

2
 Pilih Pop-up window

3
Kat sini pilih No je

4
Dah siap klik save setting.


Haa..kalau dah siap korang akan dapat tengok perubahan pada bahagian komen korang tu macam korang nak komen kat entry chawi ni. Ok, tu je yang chawi nak cerita. Setel....

Kali ni giliran blog ni pulak..





Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting