1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Selasa, 18 Januari 2011

UFO Ronda-ronda Kat KL?

Assalamua'laikum. Entry Sebelum tido lagi. Kalau korang baca Kosmo Online sekarang ni korang nampak tajuk UFO lawat Menara KL?.




OBJEK terbang yang tidak dikenali atau UFO (dalam bulatan) dirakam di ruang udara Menara Kuala Lumpur pada Selasa lalu.


KUALA LUMPUR - Seorang penyelia kanan sebuah projek pembinaan di sini terkejut apabila mendakwa terlihat satu objek pelik yang dirakamnya melalui telefon bimbit melintasi ruang udara Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.
Abdul Jalil Ibrahim, 50, berkata, pada kejadian pukul 7.46 pagi Selasa lalu, dia sedang merakam pemandangan awan dari tingkat 51 sebuah bangunan yang sedang dibina di sebelah sebuah hotel di Jalan Ampang di sini menggunakan telefon bimbit milik kawannya.
"Pada mulanya saya tidak menyedari ada objek pelik seakan-akan UFO (Objek Terbang Yang Tidak Dikenali) di dalam rakaman ini tetapi selepas empat hari, rakan setugas saya beritahu ada benda pelik pada gambar yang saya rakam dengan telefon bimbitnya.
"Apabila diteliti, saya terkejut melihat sebuah objek pelik berbentuk piring dan bujur berwarna hitam di ruang udara Menara KL," ceritanya lagi ketika ditemui Kosmo! semalam.
Bagaimanapun Abdul Jalil berkata, dia tidak dapat mengesahkan apa sebenarnya objek berkenaan walaupun jarak tapak binaan dengan Menara KL hanya sejauh satu kilometer.



Sebenarnya benda ni dah lama orang dok cerita, tapi sampai sekarang masih lagi misteri. Kawan chawi sendiri pernah nampak UFO, siap rakam lagi tu. Masuk kosmo jugak. Tapi kenapa kita tak boleh nak rungkaikan persoalan ni? Nak kata tak maju, maju dah. Macam benda dah ada sekarang. Ntah la, korang fikir-fikirkanlah sendiri ye...

p/s: UFO oh UFO........

Blog Pilihan

13 ulasan :

MéuzAngelo™ XXIII berkata... [Reply to comment]

kadang2 kebetulan..
setakat ni belum pernah ade gambar ufo yg betul2 jelas..

sume gmbr ufo blur je..
mcm gambar hantu la.. gmbr hantu jelas sebab mende2 ghaib ni wujud..

ufo? tah la.. dlm al-quran takde sebut pulak psl makhluk lain selain manusia dan jin kat bumi ni..

Nur berkata... [Reply to comment]

betul ke wujud ataupun tuh pic benda lain yang seakan2..ermm

ejulz berkata... [Reply to comment]

perisik ni kot.. haHa

MR. SYAH berkata... [Reply to comment]

byk kali dgr ttg ufo ni.. tp kebenarannya masih belum diungkai...

adie berkata... [Reply to comment]

private jet kut...

Nur Suaidah Bachok berkata... [Reply to comment]

jet kot..

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@MéuzAngelo™ XXIII

nk tgk yg jelas nye ade kt youtube..
makhluk selain manusia dgn jin mmg ade...

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@Nur

ntah la, xtau la nk kata cmne..myb btl kot...

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@ejulz

kerisik kot..hahha

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@mR.sYaH


btl tu, aku sokong ko...

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@Mr PenyuBiru

vibrate kot...hahaha

Unknown berkata... [Reply to comment]

lau btoi ada aku nak 1..nak guna p clas..hahaha

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@nub

aku ada 1, hg nk aku ada..
rosak ckt, hg buleh repair kot...hahaha

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting