1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Ahad, 16 Januari 2011

Gajah Zaman Purba Bakal Hidup Kembali

mammoth
Assalamua'laikum. Selamat pagi. Tengah syok-syok baca kosmo tadi, terbaca pulak tajuk pasal Gajah Mammoth ni bakal hidup balik. Dasyat la saintis zaman sekarang ni. Ni petikan yang chawi amek dari kosmo.


TOKYO – Gajah Mammoth yang pupus sejak beribu-ribu tahun dahulu bakal dihidupkan semula dalam masa cuma empat tahun, lapor sebuah akhbar di sini semalam.
Dalam siri eksperimen mirip filem sains fiksyen The Jurrasic Park, nukleus tisu kulit dan otot Mammoth yang ditemui beku di dalam ais di Siberia akan digunakan untuk menghidupkan semula haiwan purba itu.
“Masalah teknikal dalam eksperimen ini telah diatasi, kami cuma memerlukan sampel nukleus yang baik,” kata seorang profesor di Universiti Kyoto yang terbabit dalam projek berkenaan, Akira Iritani.
Nukleus sel mammoth itu akan dimasukkan ke dalam sel telur gajah Afrika yang akan berfungsi sebagai ibu tumpang disusuli tempoh bunting selama 600 hari.
“Saya fikir kami mempunyai peluang yang cerah dengan seekor anak gajah mammoth akan dilahirkan dalam masa empat tahun lagi,” katanya. – Agensi
Nampak macam gajah biasa je kan? tapi kalau korang perati betul-betul ianya tak sama. Tak caya jom tengok gambar kat bawah ni.
mammoth
gajah biasa
Nampak? Telinga dia tu la yang jauh bezanya.hehehe.. Ok la, time to sleep. Daaa~

p/s: Mulai dari entry ni chawi akan pilih 2 orang follower chawi secara random untuk chawi promote blog beliau. So, jom kita tengok-tengok blog diorang ni.






Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting