1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Isnin, 5 Mac 2012

Kelantan Negeri Miskin?

Assalamua'laikum..

Kelantan Darul Naim
Macam selalu dengar je ayat kat atas. Betul ke apa yang korang cakap kan tu.. Yang korang dengar pasal negeri Kelantan tu negeri miskin semuanya dari berita bersumberkan politik semata-mata. Aku orang perak tapi, 2 orang abang dan sorang kakak ipar aku orang kelantan. So, aku dah banyak kali pergi sana. Apa yang aku nampak, Kelantan lebih maju dari negeri lain.

Tak dinafikan dari segi pembangunan Kelantan takda pesat sangat pembangunannya. Lebih kurang sama je dengan Perak. Tapi dari segi sahsiah, keharmonian, keagamaan Kelantan dah jauh ke depan berbanding negeri lain..

Kelantan Serambi Mekah
i like it..


Meh baca puisi kat bawah ni untuk siapa-siapa yang kata negeri Kelantan tu negeri miskin...
Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mengenal mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

Di negeri miskin itulah juga,
Saim-saim ambo dilahirkan dan dibesarkan..
 Sumber : Facebook Syahirul.com
 Last sekali.. Ni komen aku..
ngeh3~
 

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting