1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Jumaat, 7 Januari 2011

Pertandingan Joran HARAM !!

Gambar hiasan.
Assalamua'laikum. Ramai yang tak tau pasal benda ni, yang diorang tau menang dapat hadiah lumayan. Ni la orang melayu kita yang beragama islam. Bukan apa, yang banyak join pertandingan mancing ni kebanyakannya orang melayu. Orang cina, orang india ada jugak tapi minoriti je. Tak percaya benda ni haram? Jom kita baca kat bawah ni.

Haram tetap haram.
Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dah ulas pasal benda ni. Memang ada unsur-unsur haram yang masyarakat tak ambil serius pasal benda ni. Ingat lagi tak syarikat 'loteri kebajikan' masa dulu-dulu? (sekarang tak tau ada lagi ke tak). Konsep dia lebih kurang sama la dengan konsep pertandingan joran. Konsep dia senang je, kumpul duit untuk bagi pada pemenang. Benda ni kalau kita kaji betul-betul ianya berasaskan judi atau qimar. Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Benda ini terlalu banyak berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara 1Malaysia ni.huhu.. 


Contoh borang penyertaan.
Kalau kita tengok yuran penyertaan ni sebenarnya adalah wang pertaruhan untuk pemenang atau keuntungan kepada penganjur. Yang kalah habuk pon tak tak dapat. Kebanyakan peserta bukan dapat kemudahan pape pon lepas bayar yuran tu, yang diorang tau kalau nak guna 3 4 batang kena bayar lebih.


Ok, macam mana nak elak daripada benda haram jadah ni? Senang je, penganjur kena gunakan duit yuran penyertaan tu untuk kemudahan macam duit kenderaan (bot), makan minum, dan juga benda-benda yang difikirkan sesuai.

Gambar hiasan

p/s: So, kepada kaki-kaki pancing macam chawi ni kalau nak masuk pertandingan mancing selidik betul-betul dulu. Jangan join benda haram ok! ;)


9 ulasan :

Zeanne berkata... [Reply to comment]

thnx fer sharing :)
great info :)
kena lebih hati2 lepas ni..
tapi anne tak memancing..haha:)

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@aNnE

sama2..xpe2, at least kita dpt sesuatu yg baru kan3??hehehe

suria lekatlekit berkata... [Reply to comment]

info yg berguna.. kalau mcm contest tu camna lak?? ttp bertaruh walau tak menggunakan modal pertaruhan

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@THE LEKAT LEKIT STORY

contest tu xde guna duit pertaruhan..tu brbentuk hadiah..so its ok, xde haram2 pon.. hehehe.. (tgk gak contest yg mcm mane)

Unknown berkata... [Reply to comment]

wooh.sama geng kaki pancing..haha

zulaikha berkata... [Reply to comment]

bagus info ni. ramai kaki pancing terlepas pandang perkara ni.. n harap2 diorang sedar lah le..

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@nub

bila kita nk g mancing ni bro??hahhaa

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

@cik zulaikha

btl tu cik zulaikha..
nnti tolong sebarkan bnda ni ye..bgtau pak manakan semua..huhuhu

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

Tak jugak rasanya. Dia kan pakai sponsorship..

Mcm yuran dia caj tu, tu untuk kos pekhidmatan. Lagipun orang bayar tu bukan untuk menang, tapi untuk kepuasan je. menang tu no 2.

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting