1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Rabu, 1 Mei 2013

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13)



Asslamualaikum.

Dah lama aku tak update blog aku ni. Setahun lebih jugak le tak update. Dah berhabuk aku tengok blog aku ni.huhu. Biasa la, sibuk dengan kerja, sibuk kerja bisnes, sibuk dengan kekasih..ehem-ehem.. ngeh3..

5 Mei 2013 nanti mungkin akan terjadi satu sejarah Malaysia yang baru. Ini adalah harapan aku. Pilihan raya kali ni lebih sengit berbanding pilihan raya sebelum ni. Percaya lah, ada kejutan yang mungkin berlaku pilhan raya kali ni. Jangan sempit kan fikiran untuk mencari maklumat-maklumat terkini. Jangan hanya bergantung kepada media-media macam tv3 dengan utusan melayu. Sekarang zaman teknologi bro! Gunakan sebaik mungkin kemudahan di hujung jari tu!

 


Pembangkang kuat rakyat dapat manfaat! Betul tu. Tengok la, macam-macam kita dapat lepas pembangkang berjaya menafikan 2/3 kerusi parlimen dalam kerajaan. Ini yang kita mahukan! Rakyat mahukan yang terbaik dari kerajaan. Rakyat mahukan semua hak rakyat dikembalikan kepada rakyat. Bukan kepada kroni-kroni. Bukan kepada anak bini!

Kalau ada orang tanya aku, aku sokong apa? Rasanya korang sendiri pon boleh agak kan? Aku bukan nak menentang kerajaan, aku cuma mahukan perubahan. Cukup lah rakyat Malaysia diperbodohkan oleh segelintir pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ni. Ini lah masa yang paling sesuai untuk kita sama-sama melakukan perubahan.


Ini Kali Lah!!








0 ulasan :

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting