1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Sabtu, 25 Disember 2010

Jom Pulun Indonesia !!

Mampukah 'Unyil' mengalahkan 'Upin Ipin' ?

Assalamua'laikum dan selamat pagi. Pagi lagi ke sekarang ni? Kat Ipoh ni masih lagi pagi, sebab matahari tak muncul-muncul lagi.huhu.. Tajuk kat atas tu berkaitan dengan Piala AFF Sizuka Suzuki Malaysia vs Indonesia. Ok la, dah baca surat kaba hari ni? Tajuk tak boleh blah. Serius chawi cakap chawi tak suka betul la dengan kata-kata yang terlalu yakin sampai merendahkan-rendahkan kemampuan pihak lawan. Usah la lebih-lebih sangat kalau nak bagi akhbar tu laku.

pix_gal0

Tengok la hari tu, mase Malaysia kalah 5-1 dengan Indon. Mana dia kata-kata nak 'bedil indonesia', tengok kita yang kena. Kan dah malu. Orang indon yang ada kat sini gelak-gelak je baca surat kaba tu lepas diorang menang besar. Bagaikan tak serik-serik lagi, baca la petikan dari surat kaba (hari ni) kat bawah ni:


Indonesia mahu membuktikan bahawa mereka bukan jaguh kampung.
Bagi Malaysia pula, kejayaan melangkah ke perlawanan akhir sudah boleh dianggap cemerlang.
Skuad yang dibarisi pemain muda dan cetek pengalaman ini tidak mahu terlalu yakin dan mereka akan turun seperti biasa, seperti mana yang telah mereka pamerkan ketika menumbangkan juara bertahan, Vietnam minggu lalu. Jika prestasi tersebut terus dipertahankan, di mana sekali pun skuad bimbingan K. Rajagobal ini beraksi, lawan pasti menggigit jari. Indonesia harus bersedia untuk menerima padah di Bukit Jalil malam esok dan ia akan berulang di Gelora Bung Karno Rabu depan, seperti mana yang dialami Vietnam di Hanoi minggu lepas.

Tengok?? Dah berapa hari dah macam ni, asyik nak kutuk lebih-lebih je. Sepatutnya kita kena bagi semangat kat pemain Malaysia, bukan memperlekehkan Indonesia. Tapi takpa la, dah memang macam tu cara penulisan diorang. Yang penting sekarang ni kita kena bagi sokongan penuh kat Malaysia untuk malam esok. Jangan lupa diiringi dengan doa, InsyaAllah Malaysia boleh menang. Malaysia Boleh!!!
p/s: Pastikan malam esok korang bagi sokongan padu kat Indonesia Malaysia.huhu..


9 ulasan :

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting