Assalamua'laikum. Tahun baru, semangat baru, azam baru, semua baru. Buang yang keroh ambil yang jernih, dak banyak kali kita dengar perkataan ni. Tapi kalau diri sendiri yang tak mau berubah tetap akan ambil yang keroh jugak. Betul tak? Jadi, berubahlah untuk menjadi yang lebih baik. (tazkirah subuh.huhu)
Ok, sekarang ni chawi nak mengucapkan selamat menyambut MAAL HIJRAH 1432 kepada seluruh umat islam dan juga kepada pembaca blog chawi ni.
Sedikit lagi tazkirah untuk semua : Maal Hijrah atau Hari Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat islam kerana ia menandakan peristiwa penting berlaku dalam sejarah islam. Ianya merupakan hari penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat islam dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Selepas berlakunya nya penghijrahan ni, kaum muhajirin dan ansar bersatu. Merekalah yang sentiasa menyokong perjuangan Nabi dan membantu baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda. Bagaimana pula dengan kita?
p/s: Sama-sama lah kita menghayati erti Hijrah yang sebenarnya. Jangan hanya sekadar ucapan dimulut je. :)
5 ulasan :
salam maal hijrah. moga kita lebih baik dari sebelumnya insya-Allah
InsyaAllah..tq cik fatin..salam maal hijrah jgk.. ;)
insaf~
gud!! huhuhu
salam maal hijrah :)
Catat Ulasan