1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Isnin, 29 November 2010

Sapa tau cakap Bahasa Perak, Kedah atau Banjar? Jom kongsi..

Assalamua'laikum. Haa..entry kali ni chawi nak para blogger memartabatkan bahasa ibunda masing-masing. Bukan apa, bahasa melambangkan bangsa. Betul kan3?? So, kali ni chawi nak kalian semua berkongsi ayat-ayat cinta yang mungkin syok untuk dikongsikan. Ok la, sebelum tu chawi nak cerita sikit sebab apa chawi memilih 3 bahasa ni je. Nape tak pilih bahasa kelate ko, nogori ko, sebabnya chawi hanya tau bercakap dalam 3 bahasa ni je termasuk la omputih (cikit-cikit je). Chawi berketurunan banjar tapi kat rumah ni bahasa ibundanya rasa dah semakin dilupakan oleh family dan sanak saudara chawi sendiri. Bahasa kedah dengan perak ni wujud dalam hidup chawi masa zaman kanak-kanak rebina la.huhu.. Orang Kampung Bukit Chawi ni boleh dikatakan 40% orang perak, 40% orang kedah, 20% orang banjar. Lebih kurang la.


Ok la, sebagai contoh kalian tulis la ape-ape ayat yang agak menarik yang boleh membuatkan orang tertanya-tanya macam ni, 'ape dia cakap tu? sepatah haram pon aku tak faham.'huhu...
Contohnya:-

Banjar: 'lako ako basurah banjar kinak ikam pulang kada paham.' Hah..sapa faham? hoho..

Peyrok: 'apah tak hey nye deme tu, roje apah tak buat. ngekek je manjang.' Tolong translate boleh? ngeh3~

Kedah: 'hang jangan dok buat kekwat, satgi aku rimbok tertemoih satgi kot.' Ayat marah ni, faham ke?hoho..


Haa..ape lagi, bagi la ayat-ayat jiwang kalian yang susah untuk difahami. Bagi pening kepala cikit malam-malam ni.huhu.

p/s: Bagi ayat bia la yang betul-betul nye ayat, jangan main taram je.ngeh3~ ;)

8 ulasan :

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

eheeeeem.

cheq ada syok dekat sekoq kucing ni tapi dia chengey sangat. dia selalu dok mai kat ghumah sewa cheq dekat behrang nun.

lagi satu cheq suka bancuh ayaq tawaq hebiaq. kalau pi kedai mamak, kawan cheq suka order ayaq hat manih meghecaih.

masa kecik kecik kalau balik kampung cheq suka ikut pak cheq pi mengai ikan puyu kat telaga. syemphoi!

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

haa..tu dia la hgpa, meghecaih tu menatang apa xtau. ceq pon x pnh lengaq b4 this..yg hat len tu ceq phm la..hahaha

salykin berkata... [Reply to comment]

ayat jiwang mcik: untukmu, keleboq pun sanggup ku renangi..pagaq api sanggup aku ghonot..

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

ada ka perkataan ghonot?? padia tu??

IEKAH MOKRI berkata... [Reply to comment]

iekah paham cikit jerk yg bahasa banjar tu
kalau aku cakao banjar nanti korang pulak yang tak faham....
huhuhuhuhu iekah tau cikit2 jerk.....coz parents iekah banjar

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

btl tu iekah..hee~~ ok la tu fhm, jgn dilupakan terus dah la..

coKlaT ICe CreaM berkata... [Reply to comment]

kalau ampa nak blajaq bhasa kedah mai cne mai..!! awat la yang dok p cakap lagu 2.. terok2 .. smpai tegeliat lidah saya dok baca komen ampa suma ne..!!! ish2..!!hahahahaha..!!! asa nak trgelak pon da..!! tapi xpa cintailah bahsa negeri anda krna itu melambangkan jati diri anda, asal usul anda..!!!
bhasa banjaq bleh ckit2 ja..!! lau bahasa siam hamba teror rrr..!! nk blajaq jom.. hhahha..!!!

shahrul berkata... [Reply to comment]

Bukan menghecaih laa chek ooi...melechaih...awat la pelek sgt aku dengaq...ni utagha blah mn ni...

mai sini org Perak (Semanggol) keturunan Banjaq (ayah) + Kedah a.k.a kampung/org kita (mak)nak ckp...nak tegelak aku dgq hampa sembang...


Banjaq/Banjer/Banjaran

1. Nyapa nya leh kao/ikam kada hingkat basurah banjer...supan leh...uma ayah kada manyambat kah???

2. Ka mana haja kao/ikam...bungas nya aih babaju habang

Kedah/Utagha/Kampungan/Melayu Kampung

1. Awat la hang/ chek tak boleh cakap banjaq...malu aih...mak ayah tak suruh ka?

2. Nak pi mana la hang/chek ni...segak/lawa sungguh pakai baju meghah...


sikit2 dah kot...hehe

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting