Assalamua'laikum. Hampir seminggu chawi tak menaip cerita kat blog chawi ni. Chawi pegi mane ye? Chawi ade je kat sini, cume 5 6 hari ni chawi sedang mencari ilham untuk memeriahkan blog chawi ni. Kalian sihat walafiat ke? Mestilah sihat.huhu. Ok la, chawi nak cerita kisah-kisah yang berlaku semasa chawi cuti di kampung halaman chawi iaitu Kampung Bukit Chawi. Kalian tau dekat mane? Mesti ramai yang tak tau kan? Kalian buat-buat tau dah la. Kalau nak tau jugak klik je kat sini,
Kampung Bukit Chawi. Start cuti raya minggu lepas dari hari selasa (17.11.2010) sampai la kehari ahad (21.11.2010). Ingatkan cuti lame ni boleh rileks-rileks kat rumah. Tapi lagi letih ada la.
Hari Rabu: Yeay! raye~~ Tapi raya haji tahun ni agak bosan sebab adik beradik ramai tak dapat balik kampung, so keriuhan anak-anak sedara berkurang la. Tak seperti selalu. Bangun pagi pegi mandi, lepas tu buat tahlil dengan family and then terus pegi sembahyang raya. Balik je dari sembahyang raya lepak kat rumah sampai la ke malam. Rutin harian yang membosankan. Oh ya, raya kali ni gambar chawi takde. So tak dapat la kalian nak tengok.muehehe..
|
Anak sedara chawi |
|
Jalan-jalan di kawasan sawah |
Hari Khamis: Pagi-pagi lagi dah pergi ke Taiping melawat sanak saudara yang ada kat sana. Ade ape dengan taiping? Yang kalian tau kalau sebut je taiping mesti teringat kat zoo taiping kan?huhu.. Sebenarnya dulu bakal 'mrs chawi' ni berasal dari taiping la, tapi tu dulu je. Sekarang ni sume tu dah tinggal kenangan. Tetiba pulak teringat kat dia.ngeh3~ Balik dari taiping je ayah chawi dah azan maghrib dah. (anak pak bilal chawi ni)hehehe..
|
Welcome to the Taiping |
|
Nak pegi zoo ni.huhu |
Hari Jumaat: Ye! ni lah masenyer untuk berkorban. Bukan chawi yang korban, tapi lembu yang ada kat kampung ni dah bersedia untuk dikorbankan. Lewat cikit tahun ni, selalunya raya pertama dah nyembelih lembu. 3 ekor je lembu yang dikorbankan, tak seperti tahun-tahun lepas. Tapi ni kira ok la sebab gemok gedempol sumenyer. Fuh! memang letih tolong tumbangkan lembu ni, nasib baek la chawi ade. Dapat la jugak tangkap gambar untuk diorang ni. Chawi tolong tangkap gambar je.hohoho. Yang best nye sikap gotong-royong sekampung ni masih lagi menebal dikalangan penduduk kampung bukit chawi ni. Gud!!
|
Hehe..mana kau nak lari |
|
Tumbang jugak akhirnya |
|
Kadang-kadang rase takut jugak tengok darah ni |
|
Sape nak kulit lembu? ade lagi kat sini |
Hari Sabtu: Hari yang paling memenatkan. Sebabnya esok nak buat kenduri tahlil dan naik buaian untuk anak sedara chawi ni. Padahal tak penat mane pon, banyak tolong tengok je.huhu. Tak pe lah, janji ade jugak tolong. Hari ni pon ramai anak sedara balik kampung. Ramai sangat ke anak sedara chawi ni? Memang ramai pon, lebih kurang 25 orang rasenye. Ntah la, chawi pon tak ingat dah.haha.. Petangnye pegi car wash soh wash moto chawi ni. Da sebulan lebih tak cuci moto, cian dia.huhu..
|
Sebahagian dari anak sedara dan adik beradik chawi |
|
kan senang kalau anta kat kedai je.hehe |
Hari Ahad: Terasa macam pagi raya pulak. Yela, rumah dipenuhi dengan kanak-kanak rebina.huhu. Suasana macam ni selalunye pagi raya je boleh kumpul ramai-ramai. Pagi ni ade marhaban kat rumah chawi ni, so ramai la kawan-kawan mak bertandang kerumah. Tengah hari nye turn orang laki pulak, tapi just buat tahlil je. Tepat pukul 6.13 petang baru balik ke ipoh. Bawak moto pon tak laju, 80-90km/j je walaupon moto sangat laju.hohoho..
|
Lepas letih marhaban |
|
Mase kenduri |
|
Ni moto laju tu.huhu |
So, ni la ringkasan mingguan chawi. Takde kena mengena dengan kalian pon, just nak cerita je kenapa tiba-tiba je chawi menyepi.hoho..
p/s: Kepada adik-adik yang nak praktikal, ni la contoh terbaek ringkasan mingguan yang kalian kena buat mase L.I nanti.huhuhu..
0 ulasan :
Catat Ulasan