1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Rabu, 24 November 2010

Siapa Maher Zain?

Assalamua'laikum. Kali ni chawi nak bercerita tentang artis feveret chawi sekarang ni, Maher Zain. Sape dia Maher Zain ni? sebelum ni chawi hanya kenal dengan Ziana Zain, Anuar Zain dan Anwar Ibrahim je.huhu.. Untuk kalian yang belum kenal sape tu Maher Zain kalian boleh tengok gambar kat bawah ni..

Bukan Maher Zain, tapi tokoh politik yang chawi sanjungi.huhu 
Bukan Maher Zain tapi Anuar Zain. Rambut chawi da macam dia dah skg ni.hee~
Ni pon bukan Maher Zain. 
Ye!! Ni lah orang yang chawi maksudkan
4 orang diatas rasenye sume kalian kenal kot. Cume terselit seorang ahli politik dari 4 orang tu. Sape tau? Cube teka.hohoho.. Ok la, sekarang ni chawi bukan nak cerita pasal politik, tapi chawi nak cerita tentang macam mana chawi boleh kenal dengan Maher Zain ni. Sumenyer gara-gara video kat fan page Heliza Helmi. Dalam video tu dia (heliza) tengah nyanyi lagu For the Rest of My Life sambil membuat aksi muka yang comel.haha.. Dari situ la terdetik hati nak kenal sape dia mamat ni. Orang Ipoh ke.hohoho. Kat bawah ni chawi sediakan biodata dia untuk kalian lebih mengenali dia.

Biodata Tentang Maher Zain

  • Name: Maher Zain
  • Age: 29 years old
  • Nationality: Swedish (of Lebanese origin)
  • Education: BA in Aeronautical Engineering
  • Previous Job: Music Producer
  • Worked with in the past: RedOne: Akon, Lady Gaga, etc
  • Album Name: Thank You Allah
  • Number of Tracks: 13
  • Release Date: 1st of November 2009
  • Record Label: Awakening Records
Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.
Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.
Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “. Sumber Istimewanya Maher Zain

Seriously dalam ramai-ramai artis luar negara yang chawi kenal, dia la seorang artis yang betul-betul 'masyuk' dengan jiwa chawi. Semua lagu-lagu dia memang best of the best. It’s a simple song but if you really understand the lyric, you’ll know that Allah never abandon you in whatever situation you’re in or whatever you do. Ask for His forgiveness and never do the bad deed again. Cewah~huhu.. Chawi tak pandai speaking sangat, cikit-cikit tu boleh la. Tapi lirik-lirik lagu dia ni memang da hafal dah.hehehe.. Ok la, kat bawah ni chawi sediakan video chawi Maher Zain untuk kalian semua.

video


video

Diorang ni lah yang telah perkenalkan chawi dengan lagu kat atas ni. Credit to Fatin Nadia (lagu The Chosen One) dan Aizuddin (lagu InsyaAllah). Tepuk tangan untuk diorang.hoho. Sebabnye lagu ni dah jadi lagu feveret chawi sekarang.meuhehe..


 p/s: Kalau nak beli cd Maher Zain ni pastikan yang original, baru la ada keberkatan.hehe.. (chawi pon download kat 4shared je)

13 ulasan :

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting