1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Khamis, 2 Disember 2010

Anda Sepatutnya Tahu Tentang Fakta ni...

Assalamua'laikum. Kali ni mari kita berbincang tentang fakta-fakta menarik tentang kehidupan seharian kita. Chawi percaya ramai yang tak tau tentang fakta ni. Tapi sebenarnya ni lah hakikatnya.

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia yang menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. ~kalau playboy dengan playgirl mesti lagi ramai kan?hoho..~


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini yang menyayangi anda dalam beberapa cara. ~samada secara senyap-senyap atau pon terang-terang dia kata ' i lap u baby'~

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. ~kalau anda penyangak ada ke orang akan benci sebab tu?~


4. Senyuman dari anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda. ~senyum tu kan sedekah~


5. Setiap malam ada seseorang mengingat anda sebelum dia tidur. ~lebih baik anda ingat pada Tuhan~


6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. ~semestinya~


7. Apabila anda membuat kesalahan yang sangat besar, ada hikmah dibaliknya. ~ni semua orang tau kan?~


8. Sekiranya anda merasa dipinggirkan, pikirkan dahulu. Mungkin anda yang meminggirkan mereka. ~jangan asyik syok sendiri je~

9. Kenanglah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala caci maki. ~think positive ok~

10. Sekiranya anda ada sahabat baik, ambillah waktu untuk memberitahunya bahawa dia adalah yang terbaik. Hanya semenit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. Walaupun punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga. ~teman = keme =awok = saya (bahasa perak)hoho~



Ok la, kalian semua fikir la. Adakah kita ni seorang insan yang disenangi kerana setiap perbuatan kita itu lah akan muncul nya sesuatu sifat yang akan ditafsirkan oleh orang lain. Ceewahh~huhu. Dah la, yang penting ingat pada Tuhan selalu, InsyaAllah hidup kalian akan diberkati.


p/s: Sapa-sapa yang tau lagi tentang fakta-fakta lain boleh la dikongsikan bersama. 

9 ulasan :

theHusna berkata... [Reply to comment]

i love no 4 the most :) :) :)

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

a eh..same la kita.. wheee~~

suria lekatlekit berkata... [Reply to comment]

9. Kenanglah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala caci maki. ~think positive ok~ << selalu pratikkan benda ni untuk mengelakkan dendam & stress

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

btl tu cik lekat lekit..pujian dilekatkan, cacian dilunturkan..hehehe

!xOra berkata... [Reply to comment]

no.5 bgs untuk org yg susah tido...asyik ingat seseorang je macam mane nak tdo kan..baik ingat allah n sambil2 nak tdo tue selawat ke atas nabi....tdo pun senang n tido dalam iman lagi 2...heeee~~~~

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

cececece. lovely sangat nih!
bila baca 15 statement ni tetiba rasa diri dihargai awww.
siapalah kan sekurang kurangnnya 5 orang yang menyayangi saya tuu. awwwww!

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

!xora: btl tu, tdo pon msti trase ketenangannye..kn3? huhu

cik fatin: same la kite, yg i tau i trgolong dlm 5 org yg menyayangi u..hahaha

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

tsk.
terharu sunggoh haih :')

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

i pon tiba2 plak rasa terharu, awat xtau..hehuu~~ ;)

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting