1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Rabu, 23 Mac 2011

Bongkar!! Disebalik Isu Video Seks 'Anwar Ibrahim'

Sumber : pahangdaily.blogspot.com

ni la wajah yang dikatakan 'Anwar Ibrahim' tu

Ini satu berita terkini yang kami terima, ia berkaitan dengan pendedahan satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini. Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di Hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan. Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007. Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut. Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum. Soalnya sekarang apakah benar pendedahan yang dibuat dalam video tersebut atau mungkinkah ia satu lagi konspirasi jahat untuk menjatuhkan pemimpin terbabit (foto). Apakah juga ini bermakna pemimpin terbabit tidak boleh ditewaskan dengan "konspirasi liwat"?. Maka akhirnya tercipta satu lagi konspirasi panas berkenaan isu ini?. Ternyata nampaknya kerajaan UMNO BN telah berjaya memanfaatkan penggunakan APCO sepenuhnya. Mereka akhirnya berjaya mencipta satu lagi "Bom C4" untuk memaksa pemimpin terbabit berundur sebelum PRU13 ini. Soalnya, apakah skrip terbaru ini akan berjaya?. Sama-samalah kita tunggu apa kesudahannya.

["Ia sudah over done," kata seorang pemimpin kanan PAS. Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum. Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada.Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau. Difahamkan video berkenaan telah pun wujud sejak tahun 1998 lagi, cuma ia menanti masa untuk didedahkan. Malah terdapat juga info mengatakan setiap diplomat yang akan ke luar negara akan dipanggil menyaksikan tayangan video itu terlebih dahulu agar mempercayainya].


Korang fikir la sendiri. Benda ni macam tak masuk akal. Korang percaya ke semua ni?

10 ulasan :

hana berkata... [Reply to comment]

erm..
entah la..macam2 sangat isu yg timbul ngn politik Malaysia nh...sampai rasa macam x nak amek tau...kalau ini sume satu fitnah kan sudah mengundang dosa yg besar...

EJA berkata... [Reply to comment]

ermm macam2 apa nak jadi la skg ni kan chawie..

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

nika bosan sgt2 ngn keadaan politik Malaysia nie...kotor dan dh tak de matlamat.....

Eyra berkata... [Reply to comment]

apa la nk jadi negara kita skrang...tak abih2 perasan hasad dengki nya...isu politik yg tah pape..huhhh...bosan..

syuwai berkata... [Reply to comment]

haish! macam2x..

dunia politik memang kotor!


p/s dijemput tuk join my first GA ya http://syuwaistory.blogspot.com/2011/03/ga-lets-go-green-save-earth.html

eddy berkata... [Reply to comment]

hurmp....
biasalah kan...orang yang gilerkan kuasa sanggup lakukan apa sahaja bg memastikan lawannya tumbang

Azeri berkata... [Reply to comment]

Nampak sangat ada agenda nak menjatuhkan beliau. Mengapalah sanggup menzalimi sesama manusia.

Kepada syuwai... dunia politik tidaklah kotor tetapi tangan-tangan pemimpin tertentu yang menyebabkan ia menjadi kotor.

ibu berkata... [Reply to comment]

11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar[1031]. Annur ayat 11

Comrade Hazwan berkata... [Reply to comment]

susah ape...macam itu korang xpyahlah pening-pening atau ragu-ragu lagi dengan kerajaan.sokong jelah kerajaan,tak payah sokong pembangkang.kalau sokong pembangkang belum tentu negara kita akan maju.kita orang melayu tak bolehlah lari dari UMNO,UMNOpun dah banyak berjasa.korang fikirlah siapa yang tiap-tiap bulan kasi gaji kt bapa kita yg kerja kerajaan?siapa yang biayai yuran sekolah kita?siapa yang biayai kita kt IPT(bagi yg melanjutkan pelajaran ke institusi kerajaan)?tepuk dada,tanya selera...

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

Allah yang tentukan dan beri rezeki pada kita , bapa kita yang kerja dengan kerajaan dan setiap umat manusia....bukan umno yang bayar gaji penjawat awam.kalau umno x jadi pemerintah pun penjawat awam tetap dibayar gaji sbb segala cukai akan dimasukkan dalam pendapatan negara dan kerajaan pemerintah (x kiralah ape2 parti sekali pun) wajib mentadbir dan mengagihkan pendapatan tersebut dengan sebaik-baiknya termasuk gaji penjawat awam.

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting