1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Isnin, 21 Februari 2011

Ayah, Sex Tu Ape Ye?

ayah, nak tanya cikit boleh?

Assalamua'laikum. Cuba korang bayangkan, apa yang korang akan jawab kalau anak korang yang berumur 7 tahun tanya soalan ni? Haha..fikir-fikir.nananana~ Boleh pengsan oo nak jawab soalan ni.huhu.. Ni kisah benar yang tidak boleh dipercayai.huhu.. Rekaan chawi je la.hoho.. Jom kita layan sembang-sembang antara bapak dengan anak.

Si ayah tengah tengok tv kat ruang tamu, si anak di meja study. Dua-dua kusyuk je melayan feeling masing-masing. Tiba-tiba...

"Ayah, nak tanya cikit boleh?"

"Hah, tanya lah. Apa dia?"

"Sex tu ape ye?"

Si ayah yang tersentak mendengar soalan tu terus tertelan air liur secara tak sengaja sambil melihat tepat ke arah muka anaknya. Mana taknya, budak umur 7 tahun pon dah pandai tanya soalan-soalan macam ni. Baru darjah 1 tu, belum lagi masuk darjah 2 3, mau lagi advance dia tanya. Semua gara-gara pendidikan seks yang diajar kat sekolah la tu. Si ayah cuba untuk mencari helah supaya si anak lupa pada soalan tadi.

"Ermm..ape ye, ntah la. Ayah pon tak tau. Fadil dah makan ke?"

"Dah makan dah, da kenyang pon. Sex tu apa ayah? Tak kan tak tau kot.."

Si ayah garu kepala memikirkan apa yang patut dijawab oleh ayahnya. Sambil menonton tv3, idea tiba-tiba datang kat si ayah.

"Ermm..sex tu macam ni la, setiap kejadian tu ada pasangan nya. Macam lelaki pasangannya perempuan. Siang pasangannya malam."

"Apa ni ayah, tak faham la."

Dalam hati si ayah mula resah untuk jawab soalan anak beliau. Nak cerita betul-betul karang dah melampau la pulak. Mana boleh, budak-budak tak boleh tau lagi. Macam-macam si ayah fikir untuk bagi anaknya faham.

"Fadil, Fadil ingat tak masa fadil sunat masa bulan lepas? Sex tu lebih kurang macam tu la. Fadil da jadi dewasa la sekarang ni. Sakit tak kena sunat hari tu?"

Si ayah cuba tukar topik lagi. Dia berharap anaknya tak tanya lagi soalan tu lagi. Tak pernah dia dapat soalan yang begitu mencabar dalam hidup beliau. First time dapat soalan yang betul-betul menguji keimanan.huhu.. Anak nya masih lagi dalam keadaan blur-blur sambil senyum kambing.

"Tak sakit pon, fadil kan kuat. Betul tak ayah?hehe. Tapikan ayah, fadil rasa macam lain je maksud sex tu."

Si ayah tersentak lagi, dalam hatinya dia kata. 'ish budak ni, tak mau mengalah betul la. apa aku nak jawab ni'. 2 3 minit si ayah termenung mencari idea.

"Ermm..fadil, fadil nanti dah besar fadil tau la apa sex tu. Sebab sekarang fadilkan kecik lagi, mana boleh tau hal-hal orang dewasa. Faham?"

Si anak garu kepala guna pensil. Muncungnya terarah pada sebuah buku sekolah beliau.

"Owh, macam tu ke..Tapi kat buku sekolah fadil ni kenapa ada tulis male/female? Fadil kena pilih yang mana 1 ni? Nama dah tulis dah"

Arghhh!! tidak.kenapa tak bagitau awal-awal je. Kan senang, tak payah la pikir bukan-bukan. Si ayah merungut dalam hati. Rupa-rupa nya si anak tanya, sex tu nak pilih lelaki/perempuan dekat buku tu. Dia tanya jantina rupanya..hahaha...

So, moral of the story..ceewahh~ hehe.. Korang rasa apa dia? Cepat teka..huhu..

11 ulasan :

Unknown berkata... [Reply to comment]

budak sekarang ni open mided..kecik2 dah pandai..penat kita nak terangkan ye..hoho

Arpiiz berkata... [Reply to comment]

moral of the story is, kalau anak tanye bende tu, tnye die dulu dari mana dia dapat perkataan tu..hehehe

Wuucin berkata... [Reply to comment]

jwb ngn serious.. jgn berdalih2..
hee~ leh ke jwb ngn serous? hahhaha

Daara Couture berkata... [Reply to comment]

hahaha :)

Najeera Yahya berkata... [Reply to comment]

adesss...uapnyer tanye jantina ..moralnyer , ayahnyer kena buka kamus kalau anknyer tanya gitu..sex ini byk maknanyer ...

hahahaha..
terguling2 saya dibuatnyer...hehe

Anip berkata... [Reply to comment]

aku rasa ade komen yg tak baca entry ko. huhu, aku rasa dah pernah dgr citer nie, apepon ade pengjaran dia di sini. jangan main cakap je jwpnnye, fikir dulu soalan yg ingin diajukan yer..haha..lawak tol, wat suspen

attholib berkata... [Reply to comment]

hahaha.. Buat suspen je.. Rupanya nak tanya jantina.. "itu pentingnya english education" Usop Welca hantu kak limah.

Mohd Firdaus berkata... [Reply to comment]

haha..tu la akibatnye kalo asyik pikir benda lain je..haaha

Tanpa Nama berkata... [Reply to comment]

hahahah lain kali tanya dulu biaq kasi paham soalan si anak. kan dah malu!

EJA berkata... [Reply to comment]

chawie: eja suka sgt entry ni mgg kelakar sgt2 tu la ayah pun satu dok pk menda lain ja.lain kali tanya betul2.. nasib baik x ckp detail pasal sex kt anak dia..hehehe

Hanafi berkata... [Reply to comment]

woit...tade nme len ke ko nak tarok?aku seligi kang...

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting