1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Isnin, 27 Jun 2011

Cara Mudah Dapatkan Trafik Blog!



Assalamua'laikum. Dah lama rasanya tak kongsi tutorial pasal blog. Tiba-tiba pulak terasa rajin nak buat.hehe.. Ok la, ni salah 1 daripada cara mudah nak dapatkan trafik free of charge dari Apesal.com. Rasa-rasanya ramai yang dah tau pasal ni. Tapi takpa la, kepada yang belum tau meh sini aku habaq mai kat hangpa semua.

Senang je, dulu aku dah cerita kat korang semua kan. Kali ni aku just nak korang tumpu pada apesal.com je. Memang berbaloi-baloi kalau korang join. Tak caya cuba tengok kat bawah. Ni la hasil lepas aku join benda alah ni.

x byk mana pon, tapi ok la...

Tengok, banyakkan? Tq to apesal.com sebab dah banyak tolong blog aku ni daripada dikunjungi oleh pembaca. Korang nak join? Jom kesini aku ajar korang.. http://episodkehidupanku.blogspot.com/2011/03/gengblogger-vs-apesalcom.html


Rabu, 22 Jun 2011

Koleksi Gambar Lama Kaabah, Masjidil Haram, Mekah

Assalamua'laikum. Rasa tenang malam ni kan? Malam ni nak update blog letak gambar je. Tak mau taip panjang-panjang. Korang bukan baca pon.hehehe..

Kat bawah ni koleksi gambar-gambar yang jarang kita tengok. SubhanAllah.. Rasa kagum...




























































Ahad, 19 Jun 2011

Bahagian Kedua - Perodua "BEZZA" (Video)

Bezza memang berbeza...

Assalamua'laikum. Waa..panas nya malam ni. Alang-alang tak boleh tidur lagi sekarang lebih baik aku update blog ni kejap. Dapat gak korang baca, kan3??. Tadi masa tengah onlie fb tertengok la video yang dilink kan oleh seorang musuh member aku tadi. Pasal Perodua Bezza. Aku memang minat betul la dengan kereta ni. Bila kereta ni nak keluar? Nak gak aku beli sejibik.huhu..

DSC_4792
comelnye...
Kalau sebelum ni aku ada review cikit pasal kereta ni. Tak caya bukak balik entry aku yang agak skema cikit ni.hahaha.. Pergh! Klik Sini.. Tapi ni dah masuk bahagian yang kedua. Walaupon video ni dah lama dah, aku saja ja nak kongsi dengan korang yang tak pernah tengok lagi. Yela, tengok statistik orang yang tengok video ni pon tak banyak. Jom tengok video kat bawah ni haa.. Apakah sebenarnya kereta Bezza ni.






 So, macam mana? Ada niat nak pakai kereta ni tak? Best kan..jom beli..huhuhu

Rabu, 15 Jun 2011

Kartun Utusan Yang Menghina Agama Islam

??

Assalamua'laikum. Rasa panas hati betul bila baca kartun kat atas ni. Takda otak betul orang yang buat kartun macam ni. Lepas tu boleh pulak disiarkan dalam surat khabar Utusan Meloya ni. Apa ke bengap diorang ni. Tu la aku dah cakap, jangan beli surat khabar ni, mengarut je. Berenti le dari beli surat khabar yang tak berfaedah ni...

Sumber : Malaysiakini

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.
“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.
Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.
Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. 

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.
Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.
Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”
Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”
Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.
Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.
"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."
Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam. 

“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.
“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam. 

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.

Sabtu, 11 Jun 2011

Wahh.. Biar Betul! Banyaknya Traffik..

teruja tak?huhu..
Assalamua'laikum. Alangkah indahnya bila terkenang masa blog ni tengah up. Terbeliak bijik mata masa bukak blog ni bila tengok traffik nya macam kat atas ni ha..

Tapi tu semua dulu. Semua tinggal kenangan. Sekarang ni dah tak sebanyak tu dah. Blog Ben Ashaari boleh la ramai macam ni.huhu.. Penting ke ramai pengunjung ke blog kita? Mesti la penting. Kalau tak penting buat apa kita buat blog. Kita tulis dekat blog nak bagi orang baca, bukan nak buat koleksi buku-buku conteng. Tapi yang personal blog tu lain cerita la. Aku tak kisah. Ada aku kisah?huhu..

Macam mana aku boleh dapat traffik sampai macam tu sekali? Banyak caranya. Cara ni ada, cara tu ada. Tu pon kalau korang rajin. Kalau ikut cara macam aku sekarang ni memang takda harapan la.huhu.. Apa-apa pon selamat mencuba!

Rabu, 8 Jun 2011

MyVi 2011. Apa Yang Bestnya?



Myvi 20112 Brochure Perodua Myvi 2011
myvi generasi baru 2011

Assalamua'laikum. Sekarang semua orang teruja dengan kereta baru Perodua ni termasuk la aku. Rasa macam dah tak sabar nak beli kereta MyVi yang baru ni. Apa yang bestnya pasal Myvi baru ni? Apa bezanya? Nah..baca kat bawah ni ciri-ciri new MyVi 2011. Kalau tak faham buat-uat faham je la ye.

New Myvi 2011 brochure Brochure Perodua Myvi 2011

Nak tau pasal harga dia pulak? Ni haa kat bawah ni.

Harga tentatif PERODUA Myvi 2011. Variant bukan main banyak kali ini.

1.3 Standard (Ez) Auto       Solid : RM 47,426 | Metallic : RM 47,926
1.3 Standard (Ez) Manual   Solid : RM 45,400 | Metallic : RM 45,900

1.3 Premium (Ezi) Auto       Solid : RM 50,226 | Metallic : RM 50,726
1.3 Premium (Ezi) Manual   Solid : RM 48,200 | Metallic : RM 48,700

1.3 Elegance (Eze) Auto       Solid : RM 57,388 | Metallic : RM 57,908
1.3 Elegance (Eze) Manual   Solid : RM 53,200 | Metallic : RM 53,700

Klik untuk pembesaran - link dah rosak.hehehe

So, macam mana? Tak teringin nak angkat 1 ke? Jom ar beli, boleh buat geng dengan aku sekali nanti.huhu.. InsyaAllah sebelum hujung tahun ni kalau takda apa-apa halangan aku nak beli kereta ni. Tapi kena fikir 3 4 kali jugak, kalau beli bila lagi boleh simpan duit kan3?? Risau tak boleh simpan duit je. Memang tak kawin le aku nanti.haha..

Isnin, 6 Jun 2011

Walau Apa Pon Berlaku, Ni tetap Blog Aku!

Assalamua'laikum. Tak sangka, pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Jun. Moncah la kome budak-budak sekolah, cuti 2 minggu. Ni yang rasa macam nak balik ke zaman sekolah ni. Tapi apakan daya, memang dah tak boleh dah.huhuhu..

Untuk bulan 5 ni aku rasa pencapaian aku dalam dunia blog memang hancur. Tak boleh blah langsung. Update blog ikut dan je. Tak dan, takda la update blog. Tak rajin, bersawang la blog ni. Kenapa la ada sifat malas dalam diri aku ni yea? Heran betul la. Dulu takda pon macam ni. Ni korang punya pasal la, cuba la bagi semangat cikit. Macam lagu kat bawah ni haa. Aku suka lagu kat bawah ni sebab dia boleh naikkan semangat aku yang dah hilang.



So, aku harap aku boleh update blog aku macam dulu. Nak kata busy dengan kerja takda la busy sangat. Nak kata busy dengan awek tu mungkin la.haha.. Dah dah..takda nak korek-korek cerita. Ni hal aku je.huhu.. Ok la, walau apa pon berlaku ni tetap blog aku. Aku adalah aku. K?

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting