duit raya tahun ni. |
Assalamua'laikum. Lepas sahur ni selalunya korang tidur je kan? Tak baik tidur lama-lama. Tak bagus untuk kesihatan. Apa kata korang pergi bersenam ke, kemas-kemas rumah ke, ada jugak faedahnya. Macam aku ni. Tak tau nak buat apa, dah la tak boleh tidur, nak sarapan pon tak boleh, sebab tu la tiba-tiba rajin mengupdate entry pagi-pagi celik ni.
Sebenarnya macam ni, al-kisah ada la benda aku nak cerita pasal semalam punya kes. Baru je semalam aku join 1 program ni dah lebih masyuk dari apa yang aku dapat selama aku join Nuffnang. Bukan nak merendah-rendahkan martabat Mr.Nuff, tapi apa yang aku cerita kat korang sebenarnya banyak cara lagi korang boleh buat untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Nak cuba sesuatu yang baru tu bagus, tapi ada risikonya kan? Join Nuffnang takda risiko, tapi pendapatannya faham-faham je la. Melainkan kalau korang dapat BE. Lagipon program pon bukan la program macam Nuffnang tu, sebab tu la tak sama.huhuhu.. Apa-apa pon thanks to Mr.Nuff sebab aku dah boleh Cash Out duit dari Nuff. Sekarang tengah tunggu cek sampai kat rumah je.ngeh3~~
Ok la, sambung kisah semalam. Mula-mula tu saja je aku nak try. Modal RM20 je, bukan banyak mana pon kalau kena tipu.huhuhu. Aku join program ni petang semalam. Lepas je akaun aku dah aktif, promote la kat member-member dulu. Alhamdulillah, dah dapat RM40 sampai sekarang ni. Komisyen dia bagi 100% terus kat akaun korang. Tu baru 1 hari join. Belum berhari-hari, kalau 10 hari = RM400 dah. Ni bukan la MLM, skim cepat kaya ke, mantelo ke, ngarut je semua tu. Aku pon boring nak dengar ceramah-ceramah dari orang-orang MLM ni. Bukan apa, tak minat sangat la. Kalau dah tak minat macam mana nak ada semangat nak join semua tu, betul tak?
Nak tau lebih lanjut apa kata korang cuba try test join program ni dulu. Mana tau kot-kot boleh buat duit raya ke nanti.hehehe.. Klik kat sini. Serius! Ni betul-betul Masyuk!!. Ataupon kat bawah ni. Jangan lupa daftar dulu ye.
jom join!! |
InsyaAllah, cadangnya nanti nak buat contest yang pertama untuk blog ni. Tapi tak tau lagi nak buat contest apa. Wait n c je la ye.. ;)
23 ulasan :
wah..org laki sggh bijak cari duit sampingan..huhuh
@Cik Ila
sje je nk isi masa lapang...hehehe
bro, apa usaha yang kita lakukan sampai kita boleh dpt pendapatan tu, mksud aku, kalau mcm nuffnang kita tolong promosi iklan, then kita dpt ganjara kan, jadi kalau yg mcm bnda ni cmna pla?
@iman Haikal
yg ni kita just ajak org dftr join benda ni..tu je, komisyen kita 100% terus kat akaun kita, bukan melalui admin..nk sng cite, kalau bro nk join dftr dulu, lps tu bank in rm20 kat akaun aku lps tu aktifkan keahlian bro..(hehehe..tga promote ni)
macam MLM jer bunyi
cari orang juga duduk bawah kita
usaha lebih dptla hasil lebih...:)
In other words, marketing plan lbh pada 'head hunting' kan? ada downline upline. Dimana downline paling bawah, atau yg join paling lambat akan teraniaya. Kalau bahasa lain, namanya MLM. Dan ikut jumhur ulamak, dari arab saudi, syria, mesir, indonesia semuanya mengatakan ia adalah HARAM. kerana pengakhiran marketing plan sebegini hanya menganiaya downline, atau org yg paling akhir join. Ooh ya, di malaysia, byk ulamak dan para2 ustaz memfatwakan HARAM utk bisnes sebegini, tetapi kerana ramai juga ustaz2 yg dah gelap mata dgn duit yg dpt dari bisnes HARAM gini, bole pandai2 katanya halal. Even negara2 bukan Islam mcm China, Singapura, Perancis, dan byk lagi negara2 lain melarang marketing plan sebegini diadakan di negara mereka. Malah di China dihukum tembak saja pada mastermind MLM tu. Jadi, harap insaflah yer dgn bisnes2 gini. Yg dah dpt untung tu, derma sajalah duit tu, atau pulangkan kembali pada downline yg dah bayar kat kau tu, dgn harapan diampuni dosa2 kita olehNya, agar Ramadhan ini suci dari duit2 yg HARAM.
@Hans
dnt worry ni bkn MLM..
@Arzu
Anda rasa bagaimana?
Ini adalah kenyataan daripada pembeli sendiri.
Ada sesiapa lagi yang dah join tak?
Berkenaan MLM tu, saya tak kata salah. Itu adalah salah satu cara marketing bagi mempercepatkan perkembangan jualan produk. Cuma ada sebahagian MLM yang cuma mementingkan pengambilan ahli baru dengan mengenakan bayaran keahlian yang tinggi dan menjadikan Perniagaan itu sebagai satu perniagaan yang bukan menjurus kepada akad jual beli.
Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut;
1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.
Syarat-syarat di atas diputuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).
Jika MLM ini lebih mementingkan pengambilan ahli baru dengan mengenakan yuran yang tinggi ia lebih kepada sistem Piramid.
Sistem Piramid yang dimaksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah;
1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.
(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)
Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.
Di harap kita dapat menilai perkara-perkara ini sewajarnya.
Selepas saya meneliti RM20segera ini, memang jelas, tidak ada perkara yang tidak elok di dalamnya.
Admin cuma sediakan satu sistem supaya orang ramai berkunjung ke website beliau dan Sumber Pendapatan beliau diperolehi melalui pengiklanan.
boleh percaye ke nie..??
Entri Menarik Di Sini:
Menarik!! Gambar Rusuhan Di UK Apabila Diphotoshopkan..
Apa manfaatnya dengan program ni. Maksudnya kalau saya tak cari orang saya takkan dapat RM 20 ssaya tu balik kan? Harap pencerahan.
@Famili Ceria
xde pksaan utk prcaya... ;)
@Adam
konsepnya mudah, rajin dpt la hasil..malas x dpt apa2..tu je...kan3??
nok posen
makin ramai masuk..
makin bnyak duet la kan..
mcam mntak duet kat org la bnde nie..
ni mlm ni weh ! hoho.. dulu aku pon penah kene gak, janji manis diorg yg ckp ni bkn mlm, last last, org yg kat atas je yg kaye.. haha..
sorry.. aku luahkan je ! Hehe.. peace !!
bagus la, boleh buat duit raya tu....
kat artikel kata bukan MLM. then kat komen, citer pasal MLM plak. so thats it. THIS IS MLM.
aah ni mcm MLM. setuju dgn azu. kalo nk bsns baik bsns betul2.~ just dftar org dpt duit tu je. kalo nuff tu, kita tlong iklankan iklan dia kt blog kita. yg ni???? apa ada?
tidak syak lagi, inilah skim kegilaan ramai iaitu skim cepat kaya
skim cepat kaya
salam bro..
nk bisnes yg lagi masyuk..
cu try nie..
http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=amey69
insyaALLAH lg masyuk..
saya da try..
GUD LUCK!! =)
nak masuk...
tak sudah hehe
Catat Ulasan