1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Jumaat, 28 Oktober 2011

Gempar! Laman Web FAM Kena Hack!

Assalamua'laikum.

Laman Web FAM di Hack

Waaa..nampak gayanya makin kecoh sekarang ni pasal FAM tak nak turunkan harga tiket.. Terbaru, laman web FAM pula kena hack. Bagi aku la FAM tak sepatutnya naikkan harga tiket sampai RM50. Mahal sangat tu.. Ni bukannya perlawanan Terengganu lawan MU ataupon Chelsea. Tengok sekarang ni, apa dah jadi? Lain kali kalau nak naikkan harga tiket bukannya bincang dalam mesyuarat FAM je, tanya pendapat orang ramai jugak. Baru la betul.. Tak gitu?

Nak tengok laman web tu? Jom ramai-ramai kesini.. http://www.fam.org.my/

Isnin, 24 Oktober 2011

Keywords Famous Untuk Minggu Lepas

Assalamua'laikum...

keywords best

Dah lama tak update blog, saye rindu pada belog saye..huhu.. Ok, dah lama jugak aku tak cerita pasal keywords untuk blog aku ni. Oleh sebab mood masih lagi suam-suam kuku untuk taip panjang-panjang apa kata korang tengok je gambar kat bawah..

keywords for last week

Aku pon tak faham macam mana keyword 'spr' boleh sesat ke dalam blog aku. Agaknya sebab entry ni kot. Keputusan Penuh Pilihan Raya Negeri Sarawak dengan Semakan Daftar Pemilih : SPR Malaysia. So, kalau korang pandai bermain dengan SEO ni senang-senang je korang boleh dapat trafik free ke blog korang. Percaya la...

Oh ya, entry ni paling cepat naik diantara semua entry-entry dalam blog aku... Jom lawat kejap.. Free Download Klip 3GP.


Khamis, 20 Oktober 2011

Jom Tambah Trafik Blog!

klik pada gambar

Assalamua'laikum. Entry kali ni ringkas je, malas nak taip panjang-panjang. Jom join segmen dari blog ni.. http://salwaismail.blogspot.com

Khamis, 13 Oktober 2011

Lagu Baru Najwa Latif. Ending Cinta Muka Buku?

najwa latif

Assalamua'laikum...

Dengar tajuk macam ni confirm terfikir kat Najwa Latif tu kan? Sapa tak kenal budak kecik ni. Tengah top sekarang dengan lagu Cinta Muka Buku. Tapi...ramai yang tak tau lagi yang lagu Cinta Muka Buku ni dah ada ending dia.. Tapi bukan Najwa Latif yang nyanyi, orang lain..

Nak dengar lagu baru ni? Layan jugak la..ngeh3~



Lagu ni just for fun je..ni bukan lagu baru Najwa Latif.

Thanks to : Encik Mimpi

Free Download Klip 3Gp, Ganas, Gerun Dan Ghairah

klip 3gp

Assalamua'laikum...

Ye! esok korang dah boleh tengok dah cerita ni. Aku tak mau nak ulas apa-apa lagi pasal cerita ni. Apa yang dapat tau cerita ni agak ekstrem cikit. Cikit je..tapi tak sesuai untuk budak-budak macam aku yang belum baligh dan belum masuk jawi lagi.. Pelakon-pelakon Klip 3gp ni kebanyakannya pelakon baru yang berbakat besar seperti Mimi (O.N.E), Zahiril Adzim, Fikhree Bakar, Sabhi Sadhi, Adeline Tsen, Jojo, Zydee dan ramai lagi yang aku tak kenal pon sebenarnya diorang semua ni.

scenes 1
scenes 2
Apa yang aku nak ulas sebenarnya ialah... Tajuk kat atas tu adalah permulaan untuk keyword yang bakal up 2 3 hari nanti. Adakah korang tau bahawa keyword-keyword pasal Klip 3gp ni akan melambung tinggi kat google, yahoo, bing dan sebagainya dalam masa terdekat ni? So, aku nak nasihatkan korang kalau nak dapatkan free traffic ke blog korang, korang manfaatkan la keyword-keyword ni dengan sebaiknya.

scenes 3
Dari pengalaman aku la.. Keyword yang agak famous nanti mungkin : free download klip 3gp, download klip 3gp, cerita klip 3gp, sinopsis klip 3gp, trailer klip 3gp. Pokoknya perkataan klip 3gp itu harus ada..huhu..

So, apa tunggu lagi? Buat la entry pasal klip 3gp ni...

Selasa, 11 Oktober 2011

Best Pulak Lagu Jawa ni..

didi kempot. penyanyi jawa..

Assalamua'laikum.

Update 12/10/2011 (9.43pm) : Mana-mana blogger yang masuk ke entry ni dari innit.nuffnang.com aku mintak maap banyak-banyak..bukan aku nak buat trick ke ape ke, aku salah bagi link la..ramai pulak yang meradang ngan aku hari ni..huhuhu...

sebenarnya ni link yang aku nak post kat innit.nuffnang.com tu..

http://episodkehidupanku.blogspot.com/2010/11/walawei-tak-sampai-sebulan-join.html



Malam-malam yang tenang segini memang best kalau layan lagu-lagu jiwang. Tapi aku bukan mat jiwang, mahu pon mat rempit, apatah lagi mat ganja. Silalah percaya pada aku. ngeh3~

Minggu lepas member aku ni ada la bagi lagu jawa ni kat aku. Dengor punyer dengor walaupon tak paham rasa best jugak. Tu yang sekarang ni nak try cuba fahamkan apa maksud lagu tu. So, sapa-sapa yang kat sini orang jawa boleh la aku tolong translate cikit-cikit apa maksud lagu ni. Maklum la, aku bukan orang jawa, tapi orang KL.ngeh3~ Takda la, aku ni orang banjar yang berasal dari kampung je. Atuk dengan nenek aku je yang duduk kat KL. Biasa la, dunia dah terbalik.huhu..

Ok la, jom layan lagu jawa ni sat..zassss~~




Sabtu, 8 Oktober 2011

Mahal Gila Perodua Kancil Ni!!

Assalamua'laikum. Fuh! Sukar untuk dipercayai.. Hah! Korang tengok la sendiri...

RM 80 000?

Pergh... Dah sama harga dengan Kia Forte dah ni..hahaha....


Sumber : http://www.carlist.my/used-cars/458595/perodua-kancil-850.html

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kenali Jantina Laptop Anda


male or female?

Assalamua'laikum. Ye! Ape korang ingat benda hidup je ada jantina? Laptop/PC pon ade la.. Tak caye cuba try test korang buat macam kat bawah ni..


1.Langkah pertama buka notepad. Lepas tu taip perkataan dibawah dalam notepad. Nak senang copy and paste je..


CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2.Kemudian save as dengan nama
i love you.vbs

3.Tutup file tu,Kemudian buka balik file tu.Nanti akan keluar suara “i love u”.Kalau keluar suara lelaki tu maknanya laptop korang jantina lelaki dan begitula sebaliknya.


PC aku seorang gadis..korang punya??


Sumber : Dari facebook Yamaha Group


Rabu, 5 Oktober 2011

Adakah Ini Rupa iPhone 5 Sebenar?

iPhone 5 (1)
Assalamua'laikum. Yeah! Berjaya mengupdate blog setelah 3 4 hari cuti. Biasa la, sekarang ni kejap panas, kejap sejuk gile. Tu pasal tak berapa nak sihat lagi walafiat.

Malam semalam semua orang tertunggu-tunggu pengumuman yang di buat oleh syarikat Epal. Ingatkan nak umumkan iPhone 5, rupa-rupanya yang diumumkan hanyalah iPhone 4S. Korang tau ape tu 4S? Kat kilang-kilang banyak yang amalkan 4S ni.huhu.. Tapi bukan tu maksudnya.. Ntah la, yang aku tau cuma processor pada iPhone ni diupgrade kepada yang lebih power lagi... Betul ke??

Ok la, gambar-gambar kat bawah ni hanyalah rumor belaka. Tak tau la betul ke tak. Pergh! Layan siot..
iPhone 5 (2)
iPhone 5 (3)

iPhone 5 (4)

iPhone 5 (5)
iPhone 5 (6)


Lawa kan??

Sabtu, 1 Oktober 2011

Speed Up Komputer Korang Dengan Mudah

speed up my PC

Assalamua'laikum. Dah berapa hari ye aku tak update blog? Sakit otak aku tak tau nak update mende kat blog ni. Boring-boring aku pon bagi la lajukan PC aku ni yang dah memang laju macam Buggati Veron..ungkapan riak ikhlas dari hati aku..haha.. Takda la, gurau-gurau cikit..

Ada cara mudah nak lajukan korang punya PC atau Laptop korang. Nak tau? Senang je, kurangkan korang punya start up masa korang on PC/laptop korang. Aku pon tak tau nak bahasakan macam mana.huhu.. Senang cerita sila lihat video kat bawah ni..



korang untick la yang mana tak perlu kat bahagian start up tu. Buat lembap komputer je..yang agak-agak penting macam anti virus tu tak payah la untick..kan tu penting.. Yang ni simple punya pelajaran, budak darjah 2 pon boleh faham..huhu..

Ok la, korang cuba buat dulu..aku nak tidur.. ZzzzZZzzz.......

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting