1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Khamis, 19 Mei 2011

Al-fatihah Untuk Sahabat Blogger Kita

Al-Fatihah...

Assalamua'laikum. Tak sangka betul la, walaupon aku jarang update blog tapi blog member-member yang lain aku selalu jugak baca. Tadi dapat 1 berita dari kawan, dia kata owner kepada blog ni (http://telordibasuh.blogspot.com) dah meninggal dunia. Aku banyak kali jugak jenguk blog arwah. Memang sedih bila ada blogger meninggal, lepas tu kita pulak baca balik entry-entry yang dah dia tulis sebelum ni. Rasa sebak pulak bila baca entry-entry dia. Mesti kita terbayang balik masa dia buat entry tu.

Itulah lumrah dunia, yang dah 'pergi' takkan kembali. So, kita yang masih hidup kat dunia ni sentiasa la beringat. Kita tak tau bila pulak giliran kita menghadap Yang Maha Esa. Mungkin sekejap lagi, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin bulan depan. Tak seorang pon tau kan? Apa-apa pon sama-samalah kita sedekah Al-fatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatihah...

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting