1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Sabtu, 14 Mei 2011

Dia Rupanya Follower Ke-1000 tu..

Assalamua'laikum. Akhirnya hujan jugak ye petang tadi. Lebat pulak tu. Dah berapa hari dah asyik panas terik je. Sampai aku pon demam kura-kura cikit. Sejuk la cikit malam ni. Kalau tak tiap malam mandi dengan ais batu..huhu..

Ok la, seperti yang dijanjikan dalam entry aku sebelum ni, (Follower ke 1000!!)aku nak rivew cikit blog yang jadi follower aku yang ke 1000. Siapakah dia? Oh tidak..laki rupanya.. Ingatkan gadis-gadis. Kalau tak boleh jugak kenal-kenal.haha.. Tapi takpa la, janji tetap janji. Yang penting ikhlas. kan3?? So, beliau lah orangnya.

http://www.syafiqsalim.com/

Dah berapa hari dah aku asyik masuk blog ni je. Best jugak entry-entry beliau. Tak percaya try pergi terjah blog beliau. Paling buat aku terharu ialah baca entry yang ni, Pandang Ke Depan Untuk Meneruskan Kehidupan. Terasa diri dah dimotivasikan sekejap. Thanks bro sebab entry tu aku 'terjaga dari tidur' aku selama ni. Betul tu, kadang-kadang kita kena tempuhi situasi yang memeritkan untuk meneruskan kehidupan. So, aku tak boleh putus asa. Kalau orang tengok sekarang ni aku dah lain. Memang betul, aku dah lain sekarang sebab aku ada masalah. Tapi biarlah orang-orang yang tertentu je tau pasal masalah aku ni. Aku tak mau libatkan orang lain. Aku tak mau libatkan masalah dengan dunia blog. (Dah lari dari tajuk dah ni...)

Ok la, pape pon thanks bro sebab dah jadi follower aku yang ke 1000. So, target yang seterusnya?  


p/s: Oh ya, sebelum lupa. tiada lagi bahasa diri 'chawi'. Aku akan guna perkataan 'aku' mulai dari entry ni..Ok??

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting