Kalau hangpa semua perasan entry chawi kebelakangan ni tak banyak mana pon kan. Ada entry pon setakat cukup syarat ja. 'Copy paste' pulak tu. Tak guna betoi hang ni.hahaha.. Bukan takda idea, tapi kadang-kadang otak ni 'blank' cikit. Memang masa mula-mula buat blog tu rasa syok nak ja nak menaip. Sebab masa tu idea seperti mencurah-curah ke ladang gandum. Ada ja benda yang nak chawi beletiaq. La ni, bukan setakat mencurah, nak menitik-nitik pon jenuh.hohoho..
Tiba-tiba pulak teringat kata-kata pujangga zaman dulu kala. Kalau hangpa takda idea nak buat entry senang ja. Mula-mula hangpa pikiaq dulu apa yang hangpa nak cerita. Lepas tu hangpa tanya diri sendiri. Bila, kenapa, bagaimana, siapa, apa, dan macam-macam lagi la. Nak buat entry tu biaq pi la hangpa nak cakap sorang-sorang pon. Orang len bukan tau pon betoi tak? Kalau hangpa betoi-betoi ikut prosedure hat ni confirm idea boleh mai dengan sendirinya. Tak caya, cuba try test tengok.
Ceh, nak bagi nasihat kat orang konon. Chawi pon sama. Entry ntah kemana, blog pon dah bersawang, pelawat pon makin kurang. Sapa kata kurang? Blog chawi setakat ni ok lagi la, sehari tu buleh la dapat setakat 200 lebih orang datang melawat. Tu kalau tak update, kalau update buleh dapat 300-400 pelawat sehari. Tq la kat hangpa semua. Tiap-tiap hari mai cini, takda pa pon nak dibaca dah. Asyik benda yang sama ja, mesti boring betoi tak? Tengok la lepaih ni cam mana, kalau ada masa chawi nak update blog cam dulu. Kalau ada pa nak tegoq, gtau ja. Chawi 'open' kat hangpa semua nak kata pa pon.
Ok, last sekali. Awat tiba-tiba ja entry chawi dalam loghat utara? Chawi pon tak tau nak kata kenapa, mungkin sebab baru lepaih balik Langkawi kot. Tak hilang-hilang lagi ni cakap bahasa kedah.hahaha.. Tak caya? Jom layan gambaq kat bawah ni. Chawi tau entry tanpa gambaq tu boring.huhu..
membe-membe |
bawah burung helang |
cabel car |
Cukup la tu, nak buat pa letak gambaq banyak-banyak. Nak tengok Langkawi hangpa pi sendiri la. Baru pueh hati.huhu.. Haa.. Jumpa pon gambaq kontroversi ni, jenuh chawi cari.. Nak tengok gambaq pa? Syhhh~ diam, jangan bagitau orang len naa..hahaha.. (sori, lari dari tajuk asal)
8 ulasan :
Beshnye pegi Langkawi. Tak penah pegi sane pon.. Huhu.. Kakak angkat? Cantik punye posing cam da sweet couple da. Hikhikhik
heheh copy paste pun layan kan jerrr
kaloi tak penah test ag nek cabel car uh
kampung ceq!
ecececee~~~ yaka kak angkat chawi ???
posing cute tu..hihihihi..
ceq baru pi skali langkawi...borong coklat Daim..sodapnya......;p
@Anitafasha
bru first time g langkawi..teruja cikit la..huhuhu..
akak agkt je la, klo sweet couple len ckit..hehehe
@nurkaloi
copy paste pon kne mntk izin jgk...bru brkat..hehehe..kaloi mne bleh naek cabel car...huhu
@nub
aku x nmpk hg pon nub kt ctu..haha
@Nulia
ish3...awt x caya x tau..hehe..coklat daim best..trbaek!!
Catat Ulasan