1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Khamis, 19 Mei 2011

Al-fatihah Untuk Sahabat Blogger Kita

Al-Fatihah...

Assalamua'laikum. Tak sangka betul la, walaupon aku jarang update blog tapi blog member-member yang lain aku selalu jugak baca. Tadi dapat 1 berita dari kawan, dia kata owner kepada blog ni (http://telordibasuh.blogspot.com) dah meninggal dunia. Aku banyak kali jugak jenguk blog arwah. Memang sedih bila ada blogger meninggal, lepas tu kita pulak baca balik entry-entry yang dah dia tulis sebelum ni. Rasa sebak pulak bila baca entry-entry dia. Mesti kita terbayang balik masa dia buat entry tu.

Itulah lumrah dunia, yang dah 'pergi' takkan kembali. So, kita yang masih hidup kat dunia ni sentiasa la beringat. Kita tak tau bila pulak giliran kita menghadap Yang Maha Esa. Mungkin sekejap lagi, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin bulan depan. Tak seorang pon tau kan? Apa-apa pon sama-samalah kita sedekah Al-fatihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatihah...

Sabtu, 14 Mei 2011

Dia Rupanya Follower Ke-1000 tu..

Assalamua'laikum. Akhirnya hujan jugak ye petang tadi. Lebat pulak tu. Dah berapa hari dah asyik panas terik je. Sampai aku pon demam kura-kura cikit. Sejuk la cikit malam ni. Kalau tak tiap malam mandi dengan ais batu..huhu..

Ok la, seperti yang dijanjikan dalam entry aku sebelum ni, (Follower ke 1000!!)aku nak rivew cikit blog yang jadi follower aku yang ke 1000. Siapakah dia? Oh tidak..laki rupanya.. Ingatkan gadis-gadis. Kalau tak boleh jugak kenal-kenal.haha.. Tapi takpa la, janji tetap janji. Yang penting ikhlas. kan3?? So, beliau lah orangnya.

http://www.syafiqsalim.com/

Dah berapa hari dah aku asyik masuk blog ni je. Best jugak entry-entry beliau. Tak percaya try pergi terjah blog beliau. Paling buat aku terharu ialah baca entry yang ni, Pandang Ke Depan Untuk Meneruskan Kehidupan. Terasa diri dah dimotivasikan sekejap. Thanks bro sebab entry tu aku 'terjaga dari tidur' aku selama ni. Betul tu, kadang-kadang kita kena tempuhi situasi yang memeritkan untuk meneruskan kehidupan. So, aku tak boleh putus asa. Kalau orang tengok sekarang ni aku dah lain. Memang betul, aku dah lain sekarang sebab aku ada masalah. Tapi biarlah orang-orang yang tertentu je tau pasal masalah aku ni. Aku tak mau libatkan orang lain. Aku tak mau libatkan masalah dengan dunia blog. (Dah lari dari tajuk dah ni...)

Ok la, pape pon thanks bro sebab dah jadi follower aku yang ke 1000. So, target yang seterusnya?  


p/s: Oh ya, sebelum lupa. tiada lagi bahasa diri 'chawi'. Aku akan guna perkataan 'aku' mulai dari entry ni..Ok??

Rabu, 11 Mei 2011

Sori.. Saya Sakit...

Assalamua'laikum. Dah nak dekat seminggu cuaca kat Malaysia ni panas. Keadaan macam ni mungkin akan berterusan sampai minggu depan. So, hati-hati la ya. Jaga kesihatan korang selalu. Jangan jadi macam chawi ni. Dah tak sihat sekarang. So.. Lepas dah ok nanti chawi akan update balik blog ni macam biasa...

Sorry....

Jumaat, 6 Mei 2011

Follower Ke-1000!!

997??
Assalamua'laikum. Panaskan malam ni? Tapi rasa lebih tenang malam ni daripada semalam. Tambah pulak kat sini petang tadi panas terik. Fuh! memang susah la nak tidur.hehe.. Jangan lupa sembahyang isyak dulu k.

Sekarang ni follower dah 997 (setakat entry ni ditaip). Rasa macam tak percaya je chawi ada seramai ni follower. Member-member kat facebook pon tak ramai macam ni. Apatah lagi kat myspace dengan friendster.huhu.. Mula-mula buat blog tu tak pernah terfikir pon nak ada follower seramai ni. Setakat suka-suka je dulu. Best ke ada blog ni? Kalau ada orang tanya chawi macam ni, chawi akan jawab 'memang best'.. Cuma yang tak bestnya korang kena rajin update. Betul tak? Yela, kadang-kadang tu ada masa rajin buat entry, ada jugak rasa malas yang amat dasyat nak update. Macam chawi sekarang ni la. Dah tak macam dulu. Kan3??

So, chawi nak tengok la sapa yang bertuah jadi follower chawi yang ke 1000. Kenapa? Nak bagi hadiah? Cikit-cikit nak hadiah, follow la dengan hati yang ikhlas. Baru la ada keberkatan dalam dunia blog.hehehe.. Ok la, follower ke 1000 tu nanti chawi akan buat review cikit la kat blog dia sebagai tanda penghargaan. Nak hadiah wang tunai, chawi punya wang tunai dalam poket ni pon dah tak seberapa.hehehe..

Ok la, tak mau la membebel-bebel macam bos tempat chawi kerja. Nanti rasa panas pulak telinga korang. Renung-renungkan dan selamat beramah...

Isnin, 2 Mei 2011

Osama Laden Meninggal Dunia

NONE
osama laden



Assalamua'laikum. Tadi chawi baca berita kat Malaysiakini. Terkejut jugak bila terbaca berita pasal Osama Laden meninggal dunia. Tak tau la samada berita ni betul atau pon tak. Kat bawah ni haa berita nya..


Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara telah dibuat oleh Presiden Barack Obama.

Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.

Allahyarham dibunuh di Pakistan dalam serangan pada Ahad.

Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatakan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia.

Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.

Ahad, 1 Mei 2011

Sorry.. Dah Lama Tak Update Blog..

Assalamua'laikum. Fuh! Dah 2 minggu tak update blog. Macam-macam terjadi kat blog ni. Sorry to korang semua, bukan tak nak update tapi macam biasa la, ada masalah cikit-cikit. Tak payah tau la masalah apa, janji sekarang ni semua dah settle. Kan3??

Terasa blog ni dah macam benda yang dah usang pulak. Ranking blog jatuh kaw-kaw, BE nuffnang tinggal 1, pembaca blog dah kurang. Tu la, lain kali korang jangan jadi macam chawi, campur masalah peribadi dengan kerjaya seorang blogger.huhu.. So masalah peribadi dengan kerja jangan sesekali korang campur. Tu kesilapan chawi semasa 2 minggu ni. Sori k..

Ok la, lepas ni tak mau buat cam tu dah.. Dah insaf.huhuhu.... Sorryyyyy...

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting