1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Sabtu, 26 Februari 2011

Video Best! Style Kucing Ni..

pin2~

Assalamua'laikum. Tiba-tiba pulak rasa rajin nak buat entry pagi-pagi ni.huhu.. Ok la, balik kepada tajuk. Oleh sebab chawi ni pencinta kucing, chawi rasa nak share something dengan korang pagi ni. Nak tengok apa yang style nya kucing ni. Cuba korang tengok video kat bawah..



haha.. Gud! kucing chawi pon boleh jugak buat macam tu, so chawi takda la heran sangat. Rasa macam biasa je.huhuhu.. Takda la, kucing chawi tau makan dengan tido je, malas betul la. Lebih kurang macam kucing korang la jugak.haha..

p/s : kalau ada sapa-sapa nak bagi kucing parsi kat chawi secara 'free' bagitau chawi ye, nak bela.hohoho...

Korang Tau Berapa Harga Cicak Tokek? Perghh~

wanted!!

Assalamua'laikum. Sori la, 2 3 hari ni chawi bz cikit dengan keje. Sebab tu la jarang update. Ok la, malam ni chawi nak tunjuk cikit kat korang harga cicak koben tokek atau gecko atau pokke sekarang ni. Korang kalau nak cepat kaya cari la cicak tokek ni. Tengok harga dia sekarang ni berapa.


330Gram ~ 349Gram : 1 EKOR = RM100K ( PERLU ADA SEKURANG-KURANGNYA 10 EKOR)- (BERGANTUNG KEPADA KEADAAN TOKEK BAGUS BOLEH PERGI LAGI)

350Gram ~ 379Gram : 1 EKOR = RM120 ( PERLU ADA SEKURANG-KURANGNYA 7 EKOR) - (BERGANTUNG KEPADA KEADAAN TOKEK BAGUS BOLEH PERGI LAGI)

380Gram ~ 399Gram : 1 EKOR = RM180 ( PERLU ADA SEKURANG-KURANGNYA 2 EKOR) (BERGANTUNG KEPADA KEADAAN TOKEK BAGUS BOLEH PERGI LAGI)

400Gram ~ 410Gram : 1 EKOR = RM250k - RM550k (BERGANTUNG KEPADA KEADAAN TOKEK BAGUS BOLEH PERGI LAGI TINGGI)

411Gram ~ 499Gram : 1 EKOR = RM550K (BERGANTUNG KEPADA KEADAAN TOKEK BAGUS BOLEH PERGI LAGI TINGGI)

500Gram ~ 599Gram : 1 EKOR = RM1.5juta (BERGANTUNG KEPADA KEADAAN TOKEK BAGUS BOLEH PERGI LAGI TINGGI)

600Gram ~ 699Gram : 1 EKOR = RM2.5juta (BERGANTUNG KEPADA KEADAAN TOKEK BAGUS BOLEH PERGI LAGI TINGGI)

700Gram ~ 799Gram : 1 EKOR = RM3.5juta (BERGANTUNG KEPADA KEADAAN TOKEK BAGUS BOLEH PERGI LAGI TINGGI)

800Gram ~ 899Gram : 1 EKOR = RM4.5juta (BERGANTUNG KEPADA KEADAAN TOKEK BAGUS BOLEH PERGI LAGI TINGGI)

900Gram ~ 999Gram : 1 EKOR = RM5.5juta (BERGANTUNG KEPADA KEADAAN TOKEK BAGUS BOLEH PERGI LAGI TINGGI)

1000Gram Ke atas : 1 EKOR = RM10.5juta Ke Atas (BERGANTUNG KEPADA KEADAAN TOKEK BAGUS BOLEH PERGI LAGI TINGGI)


Sumber ; Carigold.com



mahal woo binatang ni...

Ada orang tanya, apa hukum jual cicak tokek ni? Halal ke haram? Jom kita sama-sama baca kat SINI. So, dah puas hati? Sapa-sapa yang ada bela 5 6 ekor tu bagi chawi sekor. Belanja membe-membe, apa salahnya. Betul tak? hohoho..

nyam2~



Khamis, 24 Februari 2011

Saya nak join bloglist Nelly The Strange

Nelly the Strange

Assalamua'laikum. Ajai sekali lagi telah menjadikan chawi sebagai mangsa tag. "apa? hang ingat aku takut dengan hang? aku pon boleh join jugak la" hahaha..

Ok la, cara mudah nak join. Ikut je jejak langkah kat bawah ni. Copy dari Blog Nelly


Syarat-syarat : 

  1. Copy BANNER yang Nelly dah sediakan dan linkkan ke entry ini.
  2. Paste kan kat entry, dan buatlah entry ringkas bertajuk : 
  3. "Saya nak join bloglist Nelly The Strange" 
  4. Yang belum FOLLOW, sila follow ye . .
  5. Korang pilih nak masuk kategori mana : Otai , Sempoi , Cool
  6.  Tinggalkan link anda kat ruangan komen entry INI.
  7. Tarikh tutup: 29 MARCH 2011 
  8. Tag dekat 3 orang ok  . .

Ok, chawi pilih kategori Sempoi. Sekarang chawi mencari mangsa pulak untuk mengetag.jeng3~huhu..

Selasa, 22 Februari 2011

Luahan Hati - Lagu Pilihan Masa Kini

Assalamua'laikum. Korang suka lagu apa sekarang ni? Jom kita share kejap lagu-lagu yang korang suka. Kalau sebelum ni chawi ada masukkan lagu baru Maher Zain, sekarang turn lagu ni pulak. Bagi chawi la, sekarang chawi suka dengan lagu ni. Nak tau lagu apa? Kristal - Luahan Hati. Pernah dengarkan? Jom kita layan  lagu ni kejap, memang layan woo..



Lirik Luahan Hati - Kristal


Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jika engkau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih


Best kan? Memang masyuk betul la dengan jiwa chawi lagu ni. Cuba hayati lirik lagu ni, perghhh.. Layanzz.. Ni yang rasa nak pegi karok lagu ni. Sapa nak ikut?huhu..

p/s: Karok, karok jugak. Jangan lebih-lebih sudah la.. 

Isnin, 21 Februari 2011

Ayah, Sex Tu Ape Ye?

ayah, nak tanya cikit boleh?

Assalamua'laikum. Cuba korang bayangkan, apa yang korang akan jawab kalau anak korang yang berumur 7 tahun tanya soalan ni? Haha..fikir-fikir.nananana~ Boleh pengsan oo nak jawab soalan ni.huhu.. Ni kisah benar yang tidak boleh dipercayai.huhu.. Rekaan chawi je la.hoho.. Jom kita layan sembang-sembang antara bapak dengan anak.

Si ayah tengah tengok tv kat ruang tamu, si anak di meja study. Dua-dua kusyuk je melayan feeling masing-masing. Tiba-tiba...

"Ayah, nak tanya cikit boleh?"

"Hah, tanya lah. Apa dia?"

"Sex tu ape ye?"

Si ayah yang tersentak mendengar soalan tu terus tertelan air liur secara tak sengaja sambil melihat tepat ke arah muka anaknya. Mana taknya, budak umur 7 tahun pon dah pandai tanya soalan-soalan macam ni. Baru darjah 1 tu, belum lagi masuk darjah 2 3, mau lagi advance dia tanya. Semua gara-gara pendidikan seks yang diajar kat sekolah la tu. Si ayah cuba untuk mencari helah supaya si anak lupa pada soalan tadi.

"Ermm..ape ye, ntah la. Ayah pon tak tau. Fadil dah makan ke?"

"Dah makan dah, da kenyang pon. Sex tu apa ayah? Tak kan tak tau kot.."

Si ayah garu kepala memikirkan apa yang patut dijawab oleh ayahnya. Sambil menonton tv3, idea tiba-tiba datang kat si ayah.

"Ermm..sex tu macam ni la, setiap kejadian tu ada pasangan nya. Macam lelaki pasangannya perempuan. Siang pasangannya malam."

"Apa ni ayah, tak faham la."

Dalam hati si ayah mula resah untuk jawab soalan anak beliau. Nak cerita betul-betul karang dah melampau la pulak. Mana boleh, budak-budak tak boleh tau lagi. Macam-macam si ayah fikir untuk bagi anaknya faham.

"Fadil, Fadil ingat tak masa fadil sunat masa bulan lepas? Sex tu lebih kurang macam tu la. Fadil da jadi dewasa la sekarang ni. Sakit tak kena sunat hari tu?"

Si ayah cuba tukar topik lagi. Dia berharap anaknya tak tanya lagi soalan tu lagi. Tak pernah dia dapat soalan yang begitu mencabar dalam hidup beliau. First time dapat soalan yang betul-betul menguji keimanan.huhu.. Anak nya masih lagi dalam keadaan blur-blur sambil senyum kambing.

"Tak sakit pon, fadil kan kuat. Betul tak ayah?hehe. Tapikan ayah, fadil rasa macam lain je maksud sex tu."

Si ayah tersentak lagi, dalam hatinya dia kata. 'ish budak ni, tak mau mengalah betul la. apa aku nak jawab ni'. 2 3 minit si ayah termenung mencari idea.

"Ermm..fadil, fadil nanti dah besar fadil tau la apa sex tu. Sebab sekarang fadilkan kecik lagi, mana boleh tau hal-hal orang dewasa. Faham?"

Si anak garu kepala guna pensil. Muncungnya terarah pada sebuah buku sekolah beliau.

"Owh, macam tu ke..Tapi kat buku sekolah fadil ni kenapa ada tulis male/female? Fadil kena pilih yang mana 1 ni? Nama dah tulis dah"

Arghhh!! tidak.kenapa tak bagitau awal-awal je. Kan senang, tak payah la pikir bukan-bukan. Si ayah merungut dalam hati. Rupa-rupa nya si anak tanya, sex tu nak pilih lelaki/perempuan dekat buku tu. Dia tanya jantina rupanya..hahaha...

So, moral of the story..ceewahh~ hehe.. Korang rasa apa dia? Cepat teka..huhu..

Pemalas Betul Blogger Ni ! Update La Entry Baru !!

arghhh!!

Assalamua'laikum. Huh. Tengah marah ni. So, jangan main-main sama gua. Nanti tak pasal-pasal korang kena maki hamun.huhu.. Haa..korang gerun tak? Confirm tak gerun lagi gentar betul tak?

Sebenarnya chawi tengah marah kat diri sendiri la ni. Bukan marah kat korang pon. Tak tau la kenapa 2 3 menjak terasa malas sangat nak update blog ni. So, chawi perlukan semangat dari korang semua untuk teruskan perjuangan dalam dunia blog ni..please.....huhu.

Sabtu, 19 Februari 2011

Review Blog : Aku, Basikal Dan Piano

aku, basikal dan biola..lalala~

Assalamua'laikum. Jom kita tengok kejap blog ni. Chawi dah terjah. So, turn korang pulak terjah blog beliau.. Jom...Zass~ 

Jumaat, 18 Februari 2011

Nuffnang Marah Woo Korang Guna Backlink 'Iframe'

"Nah, amek hang"

Assalamua'laikum. Minggu lepas kecoh pasal blogger-blogger yang menggunakan 'iframe' untuk mendapatkan trafik. Nak tau apa itu 'iframe'? Korang cari sendiri ye kat google. Ni bukan masanya nak cerita pasal benda tu. Chawi pon tanpa segan silu tanya la kat Pak cik Nuff ni.

"Pak cik Nuff, ceq nak tanya cikit boleh tak?"

"Hah, awat? hang nak tanya apa dia?"

"Tak, sebenaq nya lagu ni pak cik, la ni kecoh pasai blogger guna 'iframe' untuk dapatkan trafik. So, kalau ceq nak buat macam depa tu buleh tak?

"Apa dia! 'iframe'? Hang jangan nak buat pasai ngan aku naa, satgi aku pelangkung kepala hang baru hang tau!"

"Laa.. Awat nya? Tengok depa selamber ja guna banda hat tu"

"Sapa dia blogger tu? Hang habaq mai kat aku sat. Pelaq sungguh depa ni. Depa tak baca polisi la tu"

Haa..lebih kurang macam tu la cerita nya. Kalau nak lebih detail lagi korang baca surat yang Pak cik Nuff pos kat chawi tadi. Baca kat bawah ni.

Hi Firdaus,

Terima kasih di atas maklum balas anda. Buat pengetahuan anda, perkara ini sudahpun jelas dinyatakan di bawah Seksyen 6 polisi kami di mana blogger-blogger kami telahpun diberitahu agar tidak menyalahgunakan servis kami. Penggunakan iframe untuk memanipulasikan bilangan pengunjung untuk blog adalah salah sama sekali dan sesiapa yang didapati menggunakan kaedah "click fraud" untuk meraih trafik ini pasti akan disenarai hitamkan dari network kami kerana seperti yang telah dikatakan tadi, ianya terang-terangan bertentangan dengan polisi kami.

Walaubagaimanapun, kami memohon kerja sama anda untuk memberitahu kami sekiranya ada terjumpa mana-mana blog yang disyaki terlibat dalam akitiviti yang tidak sihat ini. Pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas blog-blog tersebut dan sekali lagi, kerjasama anda kami dahului dengan ucapan terima kasih.


Cheers,
Thara Sofian
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd




So, pendapat korang? Renung-renungkan, dan selamat beramal! muehehe..

Rabu, 16 Februari 2011

Keywords Terbaik Hari Ni

Assalamua'laikum. Sebenarnya entry ni dah dibuat semalam, tapi belum dipublish lagi. Tak sangka di hari yang mulia ni (semalam) banyak pulak keywords yang masuk ke blog chawi. Cuba korang tengok kat bawah ni. Sumber dari Nuffnang.

1
2

Keywords 'maulidur Rasul' memang laku semalam. Bagus la, semua nak tau apa maksud maulidur rasul tu. Semua disebabkan entry Maksud Maulidur Rasul. Insaf sekejap korang ye.hehe.. Tak mau la macam tu. Ok la, kat bawah ni pulak keyword untuk hari ni. 

1
2
Semenjak dua menjak ni banyak pulak keyword yang masuk ke blog chawi ni. Chawi suka tengok apa yang korang cari tu. Tu belum lagi cerita keywords yang sebelum ni, pelik-pelik je korang ni.huhu.. Kalau keywords masyuk, Mr Nuff tak masyuk ke? muehehe.. Ade la, mana boleh bagitau.huhu...

p/s: Ingat pesan Bro BEN tu, jangan kejar duit, kejar trafik dulu. Trafik ok duit datang dengan sendirinya. Tapi sekarang ni dia dah curang sama Mr. Nuff, cuba tengok entry yang NI.hehehe..

Kenapa Anda Buat Blog? Ni Rahsianya...

anda seorang blogger??

Assalamua'laikum. Macam tak percaya je yang chawi sekarang ni seorang blogger. Bukan lagi seorang broker, twitterer, facebooker, mahu pon seorang myspace ker. Kenapa chawi nak jadi seorang blogger? Suka hati chawi laa.hahaha.. Sebelum korang tanya, apa kata chawi bagi pendapat chawi kenapa korang jadi seorang blogger. Ni pendapat chawi je, takda kena mengena dengan sapa-sapa pon k! hehu~

1. Saja suka-suka. Akibat dah boring dengan facebook, myspace, twitter, dengan 1malaysia dia beralih arah. Kat blog ni boleh conteng macam-macam, takda sapa marah selagi dia ikut kod etika ketika berblog. Nak berblog pon ada kod etika, sapa-sapa yang tak tau tu kena baca balik.huhuhu..

2. Personal blog. Lebih kurang macam diari la. Oleh sebab zaman dah berubah, ni la diari sekarang ni. Apa barang pakai buku, tak canggih langsung! Kena kalau adik dia buat kapal terbang guna kertas diari tu kan susah. Kalau dah umur 70 nanti boleh la tunjuk kat cucu-cucu dia yang dia pernah buat blog. Kagum cikit cucu dia tu.hahaha..

3. Ikut peredaran semasa. Pantang ada laman sosial baru, laju je register. Bagus, tapi jangan la sampaikan menyusahkan kita pulak. Ye la, banyak sangat susah nak handle nanti. Nak handle seorang awek pon susah. Betul tak?

4. Cari duit. Haa..ni la antara sebab ramai buat blog ni. Tak salah pon, bagus la kalau macam tu. Sambil menyelam telan air sungai. Tapi kena pastikan kena dengan caranya. Tengok macam red mummy, beribu riban dia dapat sebulan dengan hanya berblog.

5. Nak jadi famous. Mana tau 1 hari nanti boleh jadi macam Hanis Zalikha ke. Saya suka Hanis Zalikha.muahaha.. 

6. Cari jodoh. Ada ka orang buat blog nak cari jodoh? Mesti la ada. Tak caya? Tanya chawi..haha..

So, korang rasa korang dalam kategori mana? Banyak sebab lagi sebenarnya. Cuba try test korang pulak bagi sebab kenapa korang buat blog..hehee...

Selasa, 15 Februari 2011

Cara Mengorat Awek Zaman Moden

peeewittt~

Assalamua'laikum. Di malam yang agak santai ni chawi nak berkongsi tips-tips untuk jejaka yang single mingle macam chawi ni 'testing' korang punya power rangers untuk mengorat aweks-aweks zaman moden ni. Ni zaman moden bro, bukan zaman 80-an, 90-an dah. So, ubah la cikit cara nak mengorat tu.huhuu..

1. Sajak? puisi? pantun? mana orang pakai dah benda-benda ni. Ntah-ntah korang pon tak tau apa benda tu.huhu.. Ni zaman 3D HD colour la. Cuba try test korang tunjuk kad kredit platinum ke, kad kredit emas ke, confirm awek-awek beratur tunggu giliran untuk jadi awek korang. Medical card tak payah la nak tunjuk.haha..

2.  "Errr..cik adik, tumpang tanya, jam pukul berapa ye?" Adoi..ada lagi ke yang guna ayat ni? Tak maju langsung la korang ni. Ayat tu simpan dalam muzium je. Kena kalau dia keluarkan jam kat iphone 4 dia tu, kan dah malu korang. Cuba try tanya macam ni, "Errr..cik adik, sekarang ni dah masuk waktu isyak ke?". Fuh! memang awek tu boleh cair woo tengok alim-alim kucing korang tu.haha..

3. Bagi sejambak bunga? Huh. ingat apa? Awek tu lebah madu ke? Cuba kalau bagi sejambak laptop ke, serumpun wang kertas RM100 ke, nescaya awek tu melompat-lompat keriangan.

4. Mula-mula jadi adik angkat. Cait! Zaman kuno dah ni. Apakata korang angkat je duit simpanan korang tu lepas tu tunjuk pada beliau. Bukan setakat adik angkat, bini nombor 4 pon dia sanggup.haha..

5. Surat dari abang posmen. Teringat masa dulu, gambar abang chawi masuk kat ruangan kenalan mastika. Pergh! Dalam masa seminggu je 30-40 surat dari gadis-gadis seluruh Malaysia sampai kat rumah. Chawi la tukang baca surat-surat tu.hahaha.. Tapi sekarang ni gentle la cikit mintak nombor telefon dekat fb. Add je aweks-aweks yang agak cun kat fb tu. Ramaikan?

6. "Apa kenyit-kenyit mata? Sakit mata ke?." Tak payah la nak kenyit-kenyit mata ni. Lebih baik korang kenyitkan korang punya alat penggera kereta Nissan Fairlady atau Mazda RX8. Tak perlu diajak, awek tu pandai-pandai la dia masuk sendiri dalam kereta sport korang tu.huhuhu..

So, dah dapat tips ni. Cuba la amalkan ye. Mana tau kot-kot berkesan.huhu..

p/s: Cerita ni hanyalah rekaan chawi semata-mata, tapi kalau nak cuba apa salahnya.miahaha...

Apa Makna Maulidur Rasul Yang Sebenarnya?

Assalamua'laikum. Abaikan hari Valentine's Day, sambutlah hari Maulidur Rasul. Terasa diri ni jauh dari kehidupan sebenar. Tekad untuk berubah tu memang ada, dan sekarang ni lah masa nya untuk mengubah segala-galanya. Tak perlu tunggu esok atau lusa, sebab mati tak mengenal usia. So, entry ni chawi nak pesan pada diri chawi sendiri dan korang untuk menghayati peristiwa Maulidur Rasul.



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sumber ; Wikipedia

Dihari yang mulia ni mari kita perbanyakkan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Isnin, 14 Februari 2011

Cara Mudah Lajukan Mozilla Firefox

mozilla firefox

Assalamua'laikum. Oleh sebab chawi dah guna Mozilla Firefox 4 Beta sekarang ni, chawi nak bagi tips mudah untuk korang semua. Mungkin ramai yang dah tau pasal benda ni, tapi takpa la just nak sharing info je.huhu..

Ok. Mula-mula open korang punya mozilla firefox tu. Lepas tu kat address bar korang tu taip about:config macam kat bawah ni. And then tekan Enter.

taip macam kat atas ni
Lepas tu korang akan nampak benda kat bawah ni keluar kan? Tekan Enter lagi sekali.

tekan je enter
Paparan macam kat bawah ni akan keluar.

ubah bahagian preference name
Korang taip benda-benda kat bawah ni kat bahagian filter.

network.http.pipelining => Ubah kepada true
network.http.proxy.pipelining => Ubah kepada true
network.http.pipelining.maxrequests => Ubah kepada 12
content.notify.backoffcount => Ubah kepada 5
plugin.expose_full_path => Ubah kepada true
ui.submenuDelay => Ubah kepada 0
network.dns.disableIPv6 => Ubah kepada true
javascript.options.jit.chrome => Ubah kepada true
javascript.options.jit.content => Ubah kepada true

Pada bahagian-bahagian ni korang ubah sikit. Cara nak ubah nye korang just double click je. Dah siap semua tu korang close balik mozilla firefox tu. Lepas bukak la macam biasa. Tengok ada perubahan ke tak.hehee..

p/s: Banyak lagi cara nak bagi lajukan mozilla ni, tapi yang cara yang paling senang.. ;D

Ahad, 13 Februari 2011

Ada Apa Dengan Follower?

sapa sebenarnya diorang ni?

Assalamua'laikum. Cerita pasal follower pulak la. Ok, korang suka ke orang follow blog kita tapi sekadar follow je? Mesti la tak best kan. Nak berblog ni bia la ada kerjasama, baru la blog boleh hidup. Takda la suram je. Communication antara blogger tu penting. Ni chawi nasihat untuk diri chawi dengan korang sekali. Chawi tau, 2 3 menjak ni chawi jarang blogwalking kan. Tapi takpa la, lepas ni chawi akan buat macam biasa. Promise!

Penting sangat ke follower ni? Ramai yang tanya soalan ni kat chawi. Bagi chawi la, sama ada penting atau tak penting sebenarnya tu tak perlu kita ambil tahu. Sebabnya, semuanya bergantung pada blogger tu la. Kalau dia rasa entry kita tu best, ada potensi untuk dia baca blog kita. Kalau tak best confirm la korang sekadar syok sendiri. Tak payah la setiap kali kita blogwalking kita kena bagitau 'i follow u, u follow i balik ya'. Tak penting pon semua tu. Nak follow tu biar la ikhlas. Yang penting kalau nak berjaya kena ada usaha.

Ramai follower ramai la yang baca entry kita. Betul ke statement ni? Bagi chawi betul. Jom kita belajar matematik lagi. Sebagai contoh, kita ada 10 orang follower. Kita andaikan potensi untuk semua follower tu baca entry kita ni 30%. So, maknanya 3 orang je yang baca entry kita ni. Kalau ada 1000 orang follower, maknanya 300 orang la yang baca. Nampak tak macam mana follower tu berfungsi. Untuk orang yang mula-mula buat blog tu lain cerita la. Mana ada orang baru buat blog tup tup terus dapat 1000 follower. Oh tak mungkin.. Chawi pon takda macam tu.

Korang jangan salah tafsir pulak! chawi just nak cerita je apa sebenarnya fungsi follower ni. Bukan nak kutuk korang ramai ke cikit ke follower blog korang tu. Tak..jangan la fikir bukan-bukan k. Just nak bagi penerangan yang tak seberape je.hehehe..

p/s: Korang punya pendapat pulak??

Follower Ke-800 !!



Assalamua'laikum. First sekali chawi nak wish thanks pada korang semua, tanpa korang takda la blog ni. Ok la, kali ni chawi nak ucapkan tahniah kepada follower blog chawi yang ke-800. Nak tau sapa dia? Jom kita tengok blog beliau. Layanzz....





Sabtu, 12 Februari 2011

Menjawab Soalan Cepumas Dari Eja

Corat coret eja.hehe..

Assalamua'laikum. Setelah di tag oleh Eja kat entry yang NI, chawi dengan ikhlas menawab soalan yang beliau bagi.cewaahh~ haha. Beliau bagi soalan, chawi jawab. Senang je, tak susah mana pon. Ni ha soalannya..

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan ’settle’ kan terlebih dahulu? Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.



Ok, chawi punya jawapan..


1. Bayi menangis.
Takkan nak biarkan bayi menangis kot. Kesian kat dia. Korang pon tak sanggup nak biakan macam tu je betul tak?


2. Air mendidih kat dapur.
Yang ni melibatkan keselamatan orang kat dalam rumah. Penting ni..


3. Air paip melimpah kat bilik air.
Tak baik membazir. Lagi pon bukannya susah nak tutup air, sekejap je buat benda ni.


4. Ada orang ketuk pintu.
Dah setel 3 masalah kat atas baru la pegi tengok sapa yang ketuk pintu. Takda la rasa susah hati sangat nak tengok tetamu. 


5. Telefon berbunyi.
Ni yang last sekali chawi akan buat. Kalau dah terlepas panggilan tu boleh call balik kan? Bukan susah pon, call je la.


Dah setel. So, apa jawapannya cik eja?hehehe..


p/s: Korang yang nak join pon boleh jugak, kalau nak join bagitau dia ye.huhu...

Jumaat, 11 Februari 2011

Mari Belajar Sifir 11 Dengan Cara Paling Pantas

jom study..

Assalamua'laikum. Tak best la kalau ada ilmu tapi tak mau dikongsi. Kan3?? Malam ni chawi nak jadi cikgu kepada budak-budak sekolah la. Tapi tak perlu panggil cikgu, cukup kalau panggil abang chawi je.haha. Haa..adik-adik, malam ni abang chawi nak ajar sifir 11 dengan cara cepat tanpa menggunakan helikopter kalkulator. Nak ajar guna blog ni tak boleh ajar banyak, kena ajar cikit-cikit je.hehe.. So, abang chawi akan ajar adik-adik sifir 11 didarab dengan sebarang nombor dibawah 100.hehee.. Ok la, kita start ye? Ok..set..

Nombor dibawah 10 kalau didarab dengan 11 akan menghasilkan nombor yang berganda. Sebagai contoh :

3 x 11 = 33
7 x 11 = 77
5 x 11 = 55

Ok? Faham? Senang je kan.hehehe.. 

Hah..kamu. Apa yang kamu tak faham? Ce cite.. 

Sekarang untuk nombor dibawah 100 pulak. Senang je. Tengok ye abang chawi bagi contoh ni.hehe.. Warna pada nombor-nombor memainkan peranan yang penting untuk adik-adik faham.hehehe..


42 x 11 = 462
So, dia macam ni la. 4 + 2 = 6Salin je balik nombor 4 dengan 2 tu, lepas tu tengah-tengah tu letak nombor 6Semudah ABC.

25 x 11 = 275
2 + 5 = 7Salin je balik nombor 2 dengan 5 tu, lepas tu tengah-tengah tu letak nombor 7. Semudah DEF.

69 x 11 = 759
6 + 9 = 15 Kan? Nak bagi senang faham tulis balik jawapannya 159.
Lepas tu nombor 1 tadi tu campur balik dengan nombor 6.  
6  + 1 = 7. So, gantikan nombor 1 tu dengan nombor 7. Jadi la 759. Semudah GHI.


81 x 11 = 891
8 + 1 = 9Salin je balik nombor 8 dengan 1 tu, lepas tu tengah-tengah tu letak nombor 9Semudah JKL.


97 x 11 = 1067
9 + 7 = 16 Kan? Nak bagi senang faham tulis balik jawapannya 167.
Lepas tu nombor 1 tadi tu campur balik dengan nombor 9.  
9  + 1 = 10. So, gantikan nombor 1 tu dengan nombor 10. Jadi la 1067. Semudah MNO.


Nak belajar lagi tak ni? Macam dah mengantuk je abang chawi tengok.hehehe.. Nak belajar nombor yang beratus-ratus tak? Nanti la ye. Kalau nak belajar nanti bagitau abang chawi ye. Entry baru akan menyusul..hehehe..

p/s: Kalau tak faham tanya, jangan diam je.hehehe... ;D

Realiti Seorang Penagih Dadah !

Assalamua'laikum. Korang pernah tengok macam mana kehidupan seorang penagih dadah? Cuba tengok gambar kat bawah ni, lepas renung-renungkan dan selamat beramal! hehe..

peritnya hidup macam ni!

sanggup tak korang jadi macam ni??

Gila ke nak hidup macam ni? Hidup menyusahkan orang! Lebih baik pegi mampos je. Lain la kalau orang tu nak berubah. So, korang yang kat luar tu fikir la baik-baik. Kat Malaysia ni yang ramai jadi macam ni bangsa melayu yang beragama islam pulak tu. Jangan sesekali nak try benda ni. Sekali dah kena memang susah nak berenti. 

Ni belum lagi cerita pasal rokok. Lagi ramai. Sorry la chawi bagitau ni bukan untuk mengutuk tapi nak bagi korang sedar cikit. Cuba korang fikir sekejap, apa faedahnya hisap rokok ni? Buang/bakar duit untuk dapatkan penyakit. Bukan kenyang pon kalau hisap rokok betul tak? Mengarut je semua tu. Dapat penyakit karang kena guna duit jugak kalau nak berubat. Ada orang kata kat chawi, "ko sembang je lebih, ko tak hisap rokok apa ko tau?". "Lantak ko la nak kata apa kat aku. At least aku boleh jugak fikir yang mana elok mana tak elok". So, korang sedar la cikit. Ok?? 

p/s: Nak buat seseuatu perkara tu fikir guna akal, bukan guna lutut. Peace!! ('!')

Rabu, 9 Februari 2011

Setelah 3 Bulan Berblog

Selepas 3 bulan

Assalamua'laikum. Masuk hari ni dah 3 bulan chawi berblog. Kiranya takda la lama sangat, masih fresh lagi la.hehe.. Sori la, 5 6 hari kebelakangan ni ada masalah cikit. Tension tahap dewa 19. Sebab tu malas nak update blog. Sekarang dah ok la cikit. Dapat la jugak buat entry ni..

Ok la.. Tak nak tanya ke apa yang chawi dapat lepas 3 bulan berblog ni?hehe.. Kat bawah ni adalah hasilnya. Korang tengok la sendiri ye. Sila klik untuk lebih jeles.hehe..


Overview

Posts yang femes

Referring URL

Referring Sites
Keywords

Senarai tetamu

Jumlah komen

Jumlah posts

Follow me


Ranking blog

Terima kasih sayang pada korang semua. Tanpa korang takda la blog ni.huhuu.. Chawi tau blog ni takda la best mana pon. Tapi, takpa la. Ada jugak orang baca. Kan3?? ngeh3~

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting