1 klik, 1 sedekah

Perkhidmatan Kereta Sewa

Rabu, 28 September 2011

Nak Famous Pon Agak-agak La Bro..

sumbangan dari google

Assalamua'laikum. Selamat malam untuk korang semua yang setia membaca blog aku ni. Walaupon blog aku ni tak sehebat blog Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Beautiful Nara, tapi korang tetap jugak baca blog aku. Blog yang hanya sekadar picisan dipinggir jalanan. Betul ke ayat aku ni?

Takpa la, aku tak kesah dengan semua tu. Buat apa kita nak bandingkan blog kita dengan blog orang lain kalau setakat nak mencari publisiti atau pon nak jadi famous. Tak penting pon semua tu. Ingat, kalau sekarang ni kita kat atas tak mustahil satu hari nanti kita akan jatuh juga. So, sentiasa la bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni. Jangan lah jadi macam sesetengah orang yang mencari publisiti dengan cara yang tak beberapa nak elok.

bersyukur seperti kucing ni bersyukur..

Hari tu ada la seorang member aku ni yang agak famous jugak dalam dunia blog. Tapi cara nya tak beberapa nak best sebab cara dia naik tu dengan cara menghentam blogger-blogger yang agak famous. Dia suka mencari kekurangan dan kesilapan blog-blog diorang tu. Lepas tu buat entry hentam kaw-kaw. Aku pon boleh buat macam tu, tapi tak best la kan. Tak payah sampai macam tu sekali. Bila blogger-blogger lain kutuk dia tau pulak terasa. Ingatkan takda perasaan.

kalau marah macam burung ni takpa lagi

Macam ni la.. Senang je, nak maju usaha kena lebih. Dah maju cuba bantu member-member yang lain. Jangan la buat orang sakit hati atau terasa dengan apa yang kita buat. Bagi aku la, menjaga hati orang lain lebih penting daripada menjaga hati aku sendiri. Ni la yang aku selalu buat. Betul ke apa yang aku buat ni?


Isnin, 26 September 2011

Apabila Hukum Hudud Dipersendakan Utusan

Assalamua'laikum. Panas betul hati aku bila tengok kartun Utusan hari ni. Boleh pulak diorang buat main-main pasal hukum hudud ni. Ni la akibatnya kalau tak faham pasal agama. Bukan nak kata la, aku pon bukan la pandai sangat soal agama ni. Tapi aku tau la mana satu gurauan, mana satu yang tak boleh dipermainkan.

Korang tengok kartun kat bawah ni. Apa korang punya pendapat?

jelas lagi nyata hina hukum Allah..

Jumaat, 23 September 2011

Iklan Terbaik TM!

Assalamua'laikum. Sekarang ni aku lepak mana-mana je mesti ada orang sebut pasal 'Ramli'. Siapa Ramli ni? Kat bawah ni gambar dia. Mesti korang kenal punya...

ramli oh ramli...
Iklan kat bawah ni antara yang terbaik pernah aku tengok iklan dari TM. Walaupon agak lawak tapi orang kata terbaik la dari ladang...huhuhu..

Ahad, 18 September 2011

Daftar 'Free Traffic' Untuk Blog Anda

traffic digger

Assalamua'laikum. Kembali kepada topik yang agak best untuk dikongsi. Blogger-blogger yang baru nak up mesti suka baca punya.. Aku pon kalau bab-bab nak naikkan trafik ni memang aku suka. Blog aku ni pon baru jugak..Tak sampai pon setahun jagung rebus blog aku ni wujud. Tadi aku bukak Blog Milo Suam, tengok la dia punya trafik blog..fuh! teruja aku.. korang nak tengok?

blog Milo Suam

pageviews

ni pon paling sikit aku rasa..selalunya 400 ke atas


Ok la, korang pernah dengar tak pasal traffic digger? Ramai yang belum tau lagi kot.. Aku dah lama tau tapi buat-buat tak tau je. Kali ni aku nak try la, mana tau kot-kot menjadi ke. Dari blog Milo Suam ni la aku teringin nak join benda ni sebab dia pon buat jugak.. Nak join? Senang je..

1. Daftar korang punya blog kat bawah ni...

Free advertising
klik kat sini..
2. Buat satu entry, nak copy paste entry aku ni pon tak pa..aiman tak kesah~

3. Tag la member-member korang seramai yang boleh. Lepas tu bagitau diorang, ajak diorang join sekali.. Yang tak ditag pon boleh join sekali...

Aku pon baru nak try ye. Jangan salahkan aku kalau tak menjadi.. Tak salah mencuba sesuatu yang baru, kan sedikit sebanyak ainya akan menambah ilmu kita..huhu..

Ok, ni mangsa-mangsa yang jadi pilihan hati aku..

1. Aizuddin Ahmad Kamal
2. Aesya Zealous
3. Lieynanilaz
4. Hasniza @ Eja
5. Aque Rusydone
6. Nur Ayuni
7. Sufi Print
8. Uncle Hyree
9. Farah Izwani
10. Sharifatulhana
11. Abang Zam
12. Urzain Hussain
13. Mohd Khairi
14. Juma
15. Eman Emano

Dah la tu cukup la kot..ramai dah ni...

Keyword Terbaik Minggu Ini

keyword for this week

Assalamua'laikum. Selamat pagi..Bangun! bangun!!. Dah pukul 9 lebih dah ni. Apa barang tidur lama-lama. Tak bujang la..huhu... Aku pon ngantuk lagi sebenarnya, taip entry ni pon dalam keadaan menguap seperti anak kucing sedang menguap.huaaa.....

macam ni la rupa aku masa menguap..comel kan?

Ok la, nak tunjuk cikit kat korang pasal keyword yang menjadi pilihan untuk blog aku minggu ni. Blog aku ye, bukan blog Hanis Zalikha..haish.. Macam mana boleh teringat kat kekasih lama dia pulak ni. Mungkin sebab rindu kat dia kot.ngeh3~

keyword dari Nuffnang
Macam biasa, ayat ayat manis sentiasa menjadi pilihan ke blog aku. Aku pon heran gak, padahal dalam blog aku ni ada 1 je entry pasal ayat-ayat manis. Ni ha entrynya.. Senarai Ayat-ayat Manis Lagi Power Rangers. Walaupon tak beberapa nak power keyword ni, tapi boleh la setakat nak tambah trafik ke blog aku. Dah la, aku nak sambung tidur balik.. chowww.....

Translate Dalam Youtube

youtube

Assalamua'laikum. Rasanya ramai yang tak tau lagi yang Youtube ade fungsi translate dalam sesetengah video. Walaupon benda ni dah lama wujud tapi aku pon baru je tau tadi. Agak ketinggalan cikit la aku ni..ish3~

Cuba tengok gambar kat bawah ni. Nampak tak ada tulis cc kat bawah tu.. korang boleh klik kat situ and then boleh select bahasa yang korang nak translate kan tu..

youtube translate
Sekarang meh kita layan video kat bawah ni.. Nah..korang cuba try test...




Sabtu, 17 September 2011

Churp Churp Lebih Masyuk Dari Nuffnang?

campaign image


campaign image

campaign image 

campaign image

campaign image 

campaign image

campaign image

campaign image


Assalamua'laikum. Ramai orang cakap iklan churp-churp ni kalau kita buat
betul-betul akan lebih masyuk dari Nuffnang. Betul ke? 
Takpa, biar aku try dulu..mana tau kot-kot betul ke. Gunakan manfaat yang
ada dengan sebaiknya. Sambil-sambil baca ni klik la apa yang patut ye..
Sedekah tu kan satu amal jariah...ngeh3~~


NTV7 Cuba Sabotaj Ucapan Najib?

ntv7

Assalamua'laikum. Cuba korang tengok gambar kat bawah ni. Ni masa pengumuman PM kita masa malam 15 September hari tu. Agak-agak apa yang korang fikir? huhuhu..

disaster date? biar betul ni...

Boleh pulak berlaku kesilapan macam ni..ish3.. Tak patut betul..hehehe...

Khamis, 15 September 2011

Pabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Dimansuhkan...

ISA dah dimansuhkan...
Assalamua'laikum. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang dah memakbulkan doa rakyat yang berjuang habis-habisan menentang akta yang mengarut ni. Terima kasih juga pada Pak Najib yang terbuka hati untuk memansuhkan ISA. Ingatkan tak sedar yang ISA ni dah tak sesuai dengan zaman sekarang. Sedar pon.. Terima kasih juga pada seluruh rakyat Malaysia yang join perhimpunan mansuhkan ISA satu tika dulu. Tak silap aku masa bulan ogos 2009.

gerakan mansuhkan ISA

perjuangan yang tidak sia-sia

Satu je aku nak tengok. Mana orang-orang yang selama ni beria-ria mempertahankan ISA? Kata ISA ni perlu la, penting la untuk jamin keselamatan negara, macam-macam lagi la. Adakah mereka akan menentang keputusan Pak Najib? Kebanyakannya pemuda Umno la yang sokong benda alah ni. Agak-agak berani tak diorang nak lawan keputusan ni? Bertuah..tepuk tangan lagi ada la.. Pak Najib kata apa diorang ikut je.. Apa-apa pon bagus la dengan pengumuman PM kita ni. Mungkin sebab pilihan raya dah nak dekat kot. Tu pasal nye..ngeh3~~


Rabu, 14 September 2011

Video Slow Motion Yang Membuatkan Anda Teruja!

slow motion

Assalamua'laikum. Dah makan? Jom layan video yang dipetik dari Youtube. Video dari geng The Slow Mo guys. Layanzzz..

.

Best tak? Banyak lagi video yang best-best. Jom tengok kat Youtube...

Ahad, 11 September 2011

Tutorial : Cara Meletakkan Facebook Comment Box Pada Blog

Facebook comment box

Assalamua'laikum. Sejuk betul ye pagi ni. Hujan dipagi ni membuatkan aku malas nak bangun dari katil aku.huhuhu.. Tapi tak boleh la, aku tak boleh nak tidur lama-lama. Nanti kepala aku pening-pening lalat. So, apalagi takda kerja cari kerja la. Kerja apa? Kerja gila..

Yes! dah tau dah macam mana caranya nak letakkan fb comment box kat blog. Senang je. Semudah ABC..Tengok kat bawah ni cara-caranya.

 1. Mula-mula masuk kat link ni dulu.
     http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/comments/

2. Lepas tu akan keluar paparan yang macam ni.

facebook plugins

3. Isikan apa yang patut. URL tu kena masukkan setiap kali buat entry baru. Setiap entry berbeza URL. Cara nak ambil URL entry tu korang kena publish kejap korang punya entry, lepas tu ambil (copy) dia punya URL and then edit balik entry korang tu.

4. Number of post tu korang letak le berapa pon. Jangan banyak-banyak, nanti panjanglebar pulak korang punya entry. Orang lain nak tengok komen-komen lain pandai-pandai la diorang view all nanti.

5. Dah siap isi semua klik get code. Paparan dia akan keluar lebih kurang macam ni.

comment box code

6. Copy code, lepas tu paste kan diakhir entry korang tu. Nak paste jangan paste kat bahagian compose. Klik HTML dulu, lepas tu paste kan dekat akhir entry korang tu. Nak lebih jelas tengok kat bawah ni. 

paste code dihagian HTML
7. Dah siap. Tu je caranya. Kalau nak buat kat entry lain so korang ulang balik la cara-cara kat atas tadi.


Sumber : credit to http://amenoworld.blogspot.com

Jumaat, 9 September 2011

Cukai 6% Perkhidmatan Prabayar

kena cukai ke??

Assalamua'laikum. Agaknya ramai yang dah tau pasal ni. Semua cakap ada dapat mesej yang kata mulai 15 September ni pengguna prabayar kena cukai 6%. So kiranya korang kena lebih la untuk beli topup. Padan muka kat hangpa!!haha..

www.bernama.com

Ramai yang tak puas hati dengan semua ni. Apatah lagi aku pengguna prabayar tegar. Dah la guna Maxis, Celcom, Digi. Kalau sekali topup RM10, so kena bayar RM10.60. Kalau 3 jenis prabayar ni, aku kena keluarkan duit lebih sebanyak RM1.80. Banyak tu RM1.80, boleh hantar mesej sebanyak 180 kat awek-awek aku.huhuhu...

Ok la, apa-apa pon aku harap benda ni tak jadi la. Bukan apa, betul-betul menyusahkan rakyat. Ni ke namanya rakyat didahulukan? Adoyai..apa daaa..

Selasa, 6 September 2011

Review Myvi Extreme 1.5 2011


Add caption
Assalamua'laikum. Kenapa aku suka bercerita pasal kereta Perodua je? Sebabnya i like Perodua. Cintailah barangan buatan Malaysia walaupon tak sehebat buatan luar negara..ngeh3~ Dengar-dengar cerita myvi extreme 1.5 ni akan dilancarkan 16 September nanti. Betui ke yoep?

Tengok dari gambar-gambar yang tersebar kat internet ni boleh tahan lawa jugak ye kereta ni. Entah le, aku pon tak sure sangat dalam nya pulak macam mana. Kalau aku praktikal kat Perodua lagi confirm dah penuh dah handphone aku ni dengan gambar Myvi Extreme ni. Habis la aku sebarkan gambar-gambar sulit kereta ni.huhuhu.. Takda la, aku tak sejahat tu pon. Try korang tengok gambar kat bawah ni. Cuba try komen cikit...

amacam?

smartkan?

Boleh laaa...

Yang aku tengah tunggu sekarang ni cuma harga dia je berapa. Takkan lebih RM60 ribu kot. dah nak dekat sama dengan harga Alza. Harap-harap murah la cikit kereta ni. Kalau kat luar negara agaknya kereta ni mungkin beharga RM15 je. Aku agak je. Cuma kereta kat Malaysia ni je harganya mahal-mahal disebabkan cukai kerajaan tu tinggi. Tak setanding dengan pendapatan penduduk orang-orang kat Malaysia ni. Betul tak apa yang aku cakap ni? Betul la cikit-cikit.. So, apa pendapat korang pulak?

Ahad, 4 September 2011

Yes! Dapat Buffered Earning Nuffnang Lagi!!

Nuffnang

Assalamua'laikum. Hah..tak nak bercerita panjang lebar. Penat la hari ni, asyik huhahuha je dari pagi tadi. Letih dah nak gelak sorang-sorang.ngeh3~

Akhirnya..penantian yang dinanti-nanti. Jeng3~~ Dapat Buffered Earning (BE) lagi..yes3! Kena manfaat betul-betul BE ni..kalau tak rugi la.. Nah, amek tips ni cikit. Rahsia Sebenar Nak Dapat Buffered Earning Nuffnang.

Sabtu, 3 September 2011

Lawak Betul La Diorang Ni!! (Video Best)

Lembu rempit..

Assalamua'laikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kalau selama aku berblog ni ada membuatkan korang rasa tersinggung ke dengan entry-entry aku sebelum ni. Kira 0-0 k? Ok ke tak ni..jawab la bro..huhu

Ok la, kembali ke tajuk asal. Tak dinafikan, orang Malaysia ni memang kreatif. Macam-macam boleh buat. Malam-malam yang agak tenang macam ni elok kita bergumbira cikit-cikit. Jom layan video kat bawah ni. Best wooo..hehehe




Yang ni ada pulak sambungan ceritanya. Nah tengok pulak part 2 ni..lagi macam hampeh.haha..

 

Amboih..tak cukup ke duit 50 i kasi you sebulan?.. Jangan awak nak buat muka BABOON.. Hilang penat lelah kerja petang tadi bila aku tengok video ni. Macam shial bak kata budak zaman sekarang..ngeh3~ Jom sambung bersantai balik..

Revolusi Blogger

ŀ
wordpress hosting